Nik Aziz: Sosialis Tu Adik Komunis…

Bukan UMNO yg kata, bukan pemimpin kerajaan pusat yg sebut tapi kenyataan tersebut keluar drpd buah mulut Nik Aziz sendiri.

Al-kisah jijiknya Nik Aziz dgn sosialis dan komunis ni tercatit dlm sejarah politik tanahair sewaktu menjelang pilihanraya ke-11 tahun 2004 yg lalu.

Waktu tu, Syed Hussien yg juga Timbalan presiden PKR merangkap x-presiden Parti Sosialis Rakyat Malaysia (PSRM) telah dipilih oleh PKR Pusat untuk bertanding di Parlimen Kota Bharu untuk menentang Dato’ Zaid Ibrahim (sekarang presiden parti  KITA).

Dek kerana bantahan keras Nik Aziz itu akhirnya PKR akur dan meletakkan calon lain utk parlimen tersebut.

Jom kita imbas kembali kata-kata Nik Aziz itu sebagai renungan dan perbandingan dgn ucapan terbaru Mat Sabu yg menyanjung komunis sebagai hero.

“Terus terang saya sebut, saya tolak yang berjiwa sosialis, semalam sudah beritahu dengan telefon, pagi ini dengan surat. Ini kerana sejak zaman-berzaman apabila disebut sosialis ia dikaitkan sebagai adik sedikit daripada komunis’. – Nik Aziz, Mushit Am Pas/MB Kelantan / 10 Mac 2004

Selang 7 tahun kemudian yakni 21 Ogos 2011 kenyataan Nik Aziz itu di sanggah pula oleh Mat Sabu bila secara terbuka Mat Sabu iktiraf pengganas komunis adalah hero yg sebenar.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung”. – Mat Sabu, Timbalan Presiden Pas / 21 ogos 2011.

Nik Aziz bukan sahaja menolak komunis malah terang terangan menentang fahaman sosialis. Namun Mat sabu pula terang-terangan menyokong dan mengangkat perjuangan pengganas komunis sebagai hero yg mesti disanjung.

Di antara 2 keparat ni siapa yg betul?

Ok, jom kita pi pulak imbas beberapa kenyataan lain melibatkan pemimpin Pas dan ideologi komunis.

“Tidakkah komunis juga tidak percaya kepada agama. Begitu juga dengan Umno yang menolak agama. Tidakkah perumpamaan itu hampir serupa. Serupa satu pun sudah cukup”. -Nik Abdul Aziz Nik Mat / 27 Jun 2009.

Nik Aziz secara jelas menolak komunis kerana sifat ideologi komunis ialah menolak kepercayaan kepada Tuhan & agama. Itu satu kenyataan yg benar dan semua kita sepakat mengakuinya.

Tapi Mat Sabu pula sebaliknya, dia bangga mengangkat pengganas komunis sebagai hero yg mesti disanjung.

Cuma Nik Aziz silap, komunis dan UMNO langsung tak sama kerana UMNO tidak pernah menolak agama atau memisahkan agama Islam drpd pentadbiran.

Kalau UMNO tolak agama dah lama la agensi seperti JAKIM, JAWI atau JAIS dibubarkan. Kalau UMNO tolak Islam dalam pentadbiran dah tentulah takde la peruntukkan Artikel 11 dalam Perlembagaan negara yg secara nyata menghalang cubaan agama lain utk mempengaruhi orang Islam supaya murtad.

Seterusnya baca pulak kenyataan berikut;-

“Yang tak benar demonstrasi ini hanya negara komunis sahaja, kalau demonstrasi dia tangkap”. Hadi Awang / Haprakdaily / 18 Julai 2011.

Itu kenyataan Hadi kira-kira sebulan lebih yg lalu selepas himpunan bersih yg diluahkan sebagai respon bila pihak polis dan FRU menangkap penyangak-penyangak demo jalanan Bershit 2.0 tempohari.

Tapi kini Pas melalui Mat Sabu sudah rela agaknya kalau negara kita benar-benar dikuasai dan berketuakan komunis seperti Chin Peng bila mengagungkan perjungan ganas komunis yg telah banyak mengorbankan nyawa orang Melayu Islam.

Sebetulnya rakyat Malaysia wajar berterima kasih kepada Mat Sabu kerana kegelojohan Mat Sabu utk memikat undi penyokong harbi DAP dgn mengagungkan pengganas komunis itu secara langsung telah memudahkan orang Melayu Islam membuat pilihan segera menjauhkan diri daripada Pas.

Secara kasarnya tiap kali pilihanraya umum Pas setidak-tidaknya mampu meraih jumlah keseluruhan sehingga 5000 atau 6000 undi pos drpd anggota tentera dan polis seluruh negara, namun kini angka tersebut pastinya merudum.

Pas bukan sahaja bakal kehilangan undi pengundi setia di kalangan polis dan tentera malah pasti akan kehilangan puluhan ribu undi dari kalangan anggota keluarga tentera dan polis.

Bukan itu sahaja, sekian banyak  mangsa keganasan komunis Bintang Tiga dan kaum keluarga mereka tentunya tidak akan berdiam diri. PRU 13 kelak silap gaya boleh menyebabkan Pas di talkinkan oleh majoriti besar orang Melayu Islam.

Sifir mudah Mat Sabu apabila mengeluarkan kenyataan memuji perjuangan ganas komunis barangkali dgn harapan ia mampu meningkatkan lagi imejnya yg liberal dan tidak exkstrim dikalangan orang bukan Melayu yg menyokong DAP.

Nampaknya antara Pas, Orang Melayu Islam dan DAP, Mat Sabu memilih utk memikat hati DAP mungkin kerana mahu memastikan kerusi parlimen Bukit Bintang yg bakal ditandingi oleh Mat Sabu kelak mendapat sokongan penuh jentera kempen DAP nanti.

Nampaknya talian hayat Pas benar-benar bergantung pada sokongan pengundi & penyokong DAP jika Pas mengambil keputusan berdiam diri dgn kenyataan busuk Mat Sabu tu.

Kita nantikan antara Mat Sabu dan Pas, siapa dahulu yg bakal ditalkinkan.

2 thoughts on “Nik Aziz: Sosialis Tu Adik Komunis…

  1. salam,kebangkitan perjuang Melayu. Mat sabu taik palat lucutkan kerakyatannya hantar ke negara china. Dulu saya sokong pas sekarang bertaubat. Didalam pas banyak buaya,naga ular,babi,dajal yg betopeng atas nama Islam. Fahaman pun banyak spt wahabi & syiah. Kerajaan perlu bertegas sekarang. Akan ku hancurkan pengkhianat bangsa dengan keris hikmatku Insya Allah,amin.

  2. Pingback: Ideologi Komunis & Nasionalis Perlu Di Tolak Rakyat – Nik Aziz… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s