Bila Komunis Dijadikan Hero…

Mat Sabu terkenal sebagai salah seorang ayam tambatan Pas dalam menjalankan pelbagai propaganda dan ceramah membusukkan UMNO/BN dan Kerajaan Malaysia sejak sekian lama.

Merupakan seorang pemimpin politik Pas yg antara paling kerap bertukar kawasan pilihanraya. Pernah bertanding di Nilam Puri (Kelantan), pindah ke Kuala Kedah serta pernah juga bertanding di Kuala Terengganu sebelum tewas kerana seorang makcik tua bernama Mak Mun.

Jangan cuba tanya apa jasa Mat sabu pada negara atau apa jasa dia untuk rakyat setempat terutama sekali utk kawasan-kawasan Parlimen yg pernah dia wakili di Nilam Puri ataupun Kuala Kedah.

Kalaupun ada sejarah yg mungkin boleg dipertimbangkan untuk catatan negara barangkali hanyalah rekod ceramah beliau yg panjang berjela, siang malam pagi petang sentiasa sibuk dgn ceramah politik yg sebahagian besar isinya hanyalah mengutuk UMNO/BN dan mencela pentadbiran kerajaan Malaysia, itu saja.

Dalam UMNO belum pernah ada pemimpin yg kerjanya hampir 100% terarah pada ceramah semata-mata sepertimana Mat Sabu.

Tapi itulah kelebihan Mat Sabu sejak zaman dulu kala hingga kini, ceramah, ceramah dan ceramah. Banyak bercakap daripada bekerja untuk rakyat. Kecuali kalaulah pemikiran orang-orang Pas yg beranggapan ceramah politik itu adalah kerja kebajikan pemimpin mereka untuk rakyat.

Orang tua selalu berpesan kurangkan bercakap kerana kalau banyak cakap banyak pulak silapnya. Ini hakikat.

Sekarang ini pula mungkin kerana sudah berasa hebat kerana telah berjaya menyandang jawatan Timbalan Presiden Pas, Mat Sabu cuba pula untuk menjadi pakar sejarah.

Kata Mat Sabu semasa ceramah di Tasek Gelugor pd 21 Ogos lepas, anggota komunis yg menyerang Balai polis Bukit Kepong adalah hero sebenar rakyat.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,”

Ikut pada logik Mat Sabu nampak macam betul kalau kita ambil kira masa tu memanglah British masih menjajah Tanah Melayu. Jadi agaknya kerana arwah polis-polis yg di bunuh oleh pengganas komunis tu adalah polis British maka secara automatik Mat Sabu fikir ianya layak utk meletakkan pengganas komunis sebagai hero negara.

Sedang hakikatnya Mat Sabu tidak pulak menceritakan bahawa rata-rata anggota polis dan keluarga mereka yg di bunuh itu adalah orang Islam dan yg menyerang pula ialah komunis yg diketahui anti Islam.

Anggota polis yg mempertahankan Bukit Kepong berjuang bermati-matian bukannya demi British sebaliknya perjuangan mereka untuk nyawa mereka dan keluarga selain sebagai usaha untuk menghalang kemaraan komunis yg pastinya lagi memudaratkan orang Melayu Islam kelak.

Malah sejarah dunia telah membuktikan tiada sebuahpun negara yg berkiblatkan komunis membenarkan rakyatnya yg beragama Islam utk menjalani ibadat dan mengamalkan Islam secara bebas.

Contoh mudah di China dan Russia. China misalnya bukan sahaja membunuh ramai pejuang Islam yg bangkit menentang pemerintahan komunis China malah Muslim Uighur dilarang sam sekali utk menjalani ibadat puasa misalnya.

Manakala sewaktu era komunis Soviet Union banyak negara & wilayah Islam Turmestan, Azebaijan, Chechya misalnya menyaksikan penindasan dan kekajaman komunis terhadap umat Islam.

Kalau sekadar menyebut nama Mat Indra sebagai salah seorang anggota komunis Melayu yg menjadi talibarut komunis sebagai asas fakta utk menghalalkan keganasan pihak komunis tentulah tidak layak untuk dikenang apatah lagi diangkat sebagai hero.

Mengheret nama Jins Shamsudin sebagai seorang ahli UMNO tidak mampu memadam hakikat bahawa sejarah Bukit Kepong adalah berkisar isu cubaan komunis utk menguasai Tanah Melayu sebgai salah satu wilayah komunis.

Lagi pulak hakikatnya ketika itupun ramai pengasas parti Pas juga adalah sebahagian ahli UMNO misalnya Tuan Haji Ahmad Fuad yg merupakan pengasas dan Presiden (YDP) pertama Pas.

Pas ditubuhkan pada tahun 1951 selepas kekalahan Ahmad Fuad sewaktu menentang Tunku Andul Rahman dalam percubaannya utk menjadi YDP UMNO ketika itu. Manakala serangan komunis di Bukit kepong berlaku dalam tahun 1950.

Kebenaran Pas beroperasi sebagai parti politik pulak diperolehi daripada British selepas keluar daripada UMNO akibat kecewa dalam pertandingan dalaman parti.

Beza UMNO yg ditubuhkan pada tahun 1946 dengan Pas yg ditubuhkan pada tahun 1951 ialah UMNO lahir hasil kesedaran orang Melayu Islam utk berjuang memerdekakan tanah air drpd penjajahan British.

Manakala Pas dibenarkan penubuhannya oleh British selepas melihat itulah satu-satunya cara menghalang perpaduan orang Melayu Islam drpd berjaya menuntut kemerdekaan.

Bukit Kepong adalah manifestasi pengorbanan orang Melayu Islam utk mempertahankan tanah air drpd penguasaan dan penjajahan komunis ketika di masa yg sama UMNO sedang berjuang mendapatkan kemerdekaan daripada penjajahan British.

Di mana letaknya hero dan benarnya perjuangan komunis hingga di iktiraf oleh Mat Sabu? Sedangkan ideologi komunis itu sendiri berfalsafahkan tiada kepercayaan pada Tuhan apatah lagi Allah s.w.t.

Hatta Nik Aziz yg pernah diangkat sebagai ularmak ulung oleh Pas pun memandang jijik pada ideologi sosialis sebagai adik komunis sewaktu membantah pencalonan Syed Hussien (ex Presiden PSRM) di parlimen Kota Bharu ini tiba-tiba Mat Sabu pulak beria-ia mengangkat komunis sebagai hero baru.

Dah biol ke apa. Inilah padahnya bila salah meletakkan orang sebagai pemimpin. Semuanya mahu dipolitikkan demi mengikut fahaman rakan sebantal yakni DAP yg diketahui sejak dahulu sinonim menggunakan taktik psiko komunis utk memecahbelahkan orang Melayu.

Kat mana Mat sabu nak letak sejarah tanah air sewaktu Jepun berundur tiba-tiba sahaja kumpulan komunis Bintang Tiga membuat huru hara dan membunuh ramai orang Melayu Islam? Itu tindakan hero jugak ke?

Kot ye pun sudah selesa memegang panji-panji DAP janganlah sampai menghina sejarah perjuangan bangsa & agama sendiri wahai Mat Sabu oooii. Jangan jadi musang berbulu ayam hingga sanggup khianat untuk merubah sejarah negara.

Kita faham hala tuju perjuangan Pas sekarang seboleh mungkin utk menarik perhatian dan sokongan pengundi Cina yg kebanyakannya pro DAP, selepas berlaku hakisan hebat menyaksikan sokongan yg makin merudum dikalangan orang Melayu Islam untuk Pas.

Namun tindakan Mat Sabu ini takde untungnya untuk Pas melainkan hanya mempercepatkan lagi proses penghakisan dasar asas Pas yakni Melayu & Islam.

Menghina sejarah perjuangan darah daging anak bangsa sendiri seumpama gantung tengkuk sendiri je. Tunggu sajalah akibatnya dalam PRU 13 kelak, tika itu pastinya sejarah akan mencatitkan Mat Sabu sebagai pemangkin kejatuhan Pas, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s