Anwar Raja Tangguh Yang Bacul?…

Menjadi kebiasaan bila mahkamah melalui hakim yg membicarakan kes-kes tertentu membenarkan penangguhan beberapa kali bergantung pada permintaan pihak tertuduh mahupun pihak pendakwaan.

Tapi adalah sesuatu yg amat luar biasa bila pihak pembelaan kerap sangat memanipulasi soal teknikal, menimbulkan isu pertikaian yg pelbagai ataupun mencipta banyak alasan demi untuk membolehkan sesuatu kes di tangguh hingga berpuluh kali.

Itulah kenyataan yg terjadi dalam kes melibatkan perbicaraan Anwar Ibrahim, sejak awal kes hingga sekarang terlampau banyak penangguhan di pihak pembelaan termasuklah mencipta kontroversi paling lawak yakni berusaha utk memecat hakim dan pihak pendakwaan.

Angka tidak rasmi menunjukkan sudah lebih 60 kali kes perbicaraan Anwar & Saiful di tengguhkan.

Tidak mustahil ia bakal mencecah 100 kali selagi pihak pembelaan masih mampu memerah otak mencari idea dgn memanipulasi pelbagai isu terutama dalam kerangka teknikal.

Terbaru, kes liwat Anwar ini telah ditangguhkan ke tarikh 19 September 2011 nanti selepas pihak pembelaan mempertikaikan perintah Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail untuk memindahkan kes tersebut ke Mahkamah Tinggi.

Dan jangan terkejut bila tiba tarikh 19 September 2011 ini kelak, tiba-tiba pertikaian lain pula yg ditimbulkan oleh barisan peguam Anwar menyebabkan ia mungkin di tangguh pula sekali lagi.

Memahami rentak tari Anwar dalam kes ini, sepatutnya ramai yg sudah sedia maklum, motif Anwar semakin jelas sedaya upaya mahu melanjutkan perbicaraannya hingga kalau boleh sampai menjelang pilihanraya umum ke-13 kelak.

Sedangkan realiti kebanyakan kita jika di fitnah dan kes tersebut di bawa ke mahkamah sedaya upaya kita akan berusaha utk membersihkan diri daripada fitnah tersebut. Lagi cepat kes selesai, maruah pun kembali megah dan orang yg memfitnah pula bakal menerima akibatnya.

Berlainan dgn Anwar Ibrahim yg mengambil tindakan ke belakang, berusaha menangguhkan kes dgn macam-macam alasan dan paling haru bilamana di perintah untuk bela diri dia mengambil tindakan untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh tanpa boleh di soal jawab oleh pihak pendakwa.

Pendek kata Anwar tidak perlu mengangkat sumpah dan boleh bercerita apa sahaja dalam mahkamah, tiada soal balas yg dibenarkan untuk pihak pendakwa.

Sebelum ini bila Dato’ Seri Najib, Datin Rosmah dan Ex KPN Musa Hassan enggan ditemubual oleh barisan peguam bela Anwar maka kecohlah dikalangan balaci dan jibraun penyokong Anwar, PKR dan Pas yg memanggil mereka bertiga sebagai bacul, kecut perut dan dayus.

Sedang hakikatnya mereka bertiga bukannya ada kaitan langsung ataupun tidak langsung dgn kes tersebut.

Mangsa liwat yakni Saiful Bukhari bukannya orang suruhan Najib atau Rosmah dan bukan juga pembancuh kopi untuk Musa Hassan.

Sebaliknya yg mengambil Saiful bekerja, yg membawa Saiful menjelajah dunia di luar negara ialah Anwar Ibrahim, jadi apa kena mengena dgn Najib, Rosmah dan Musa Hassan?

Pun begitu hanya senggang beberapa hari sahaja, kini perkataan bacul, dayus dan kecut perut itu rupanya lebih sinonim dgn Anwar bilamana dia sendiri begitu takut utk di soal balas oleh pihak pendakwaan apabila mengambil keputusan memberi keterangan daripada kandang tertuduh tanpa perlu dipersoalkan oleh barisan pendakwaan.

Lebih sejam Anwar bercakap dari kandang tertuduh dgn bebas seolah-olah menyampaikan ceramah, tanpa perlu angkat sumpah, tiada soal jawab, malah tiada bantahan yg boleh dikemukakan oleh pihak pendakwaan.

Bukankah itu bacul namanya? Kalau tak bacul apa lagi? Kecut perut? Dayus?.. Semuanya membawa maksud yg sama yakni takut kantoi jika mengambil pilihan memberi keterangan secara bersumpah kemudian pihak pendakwaan boleh menyoal balas tertuduh.

Sudahlah bila di seru utk mengangkat sumpah laknat bersaksikan Allah s.w.t pun Anwar banyak berdolak dalik, kini dalam perbicaraan mahkamah dunia pun masih enggan mengangkat sumpah semasa memberi keterangan.

Hanya dia saja yg boleh bercakap dan berucap kemudian memaksa orang lain menerima buah fikiran dan kenyataannya tanpa sebarang hak untuk dipertikaikan atau di soal jawab.

Inikah pemimpin yg kita panggil sebagai telus, terbuka dan jujur? Telus kot mana? Terbuka kat mana? Jujur kot celah mana?

Apapun berdasarkan situasi itu patutnya kita sedikit sebanyak sudah boleh agak inilah gambarannya gaya pemerintahan Anwar kalau dia di angkat menjadi PM, pastinya autokratik dan diktator tu menghiasi pentadbirannya.

Semua rakyat dan pemimpin bawahan hanya perlu tadah telinga dan ikut buta tuli semua arahan dia. Betul atau salah, benar atau tipu jangan dipertikaikan atau dipersoalkan.

Tak yah pi jauh, tengok sajalah dalam kepimpinan PKR. Dari bawah hingga ke Presiden semuanya perlu ikut telunjuk Anwar, kalau membantah atau mempertikaikan kepimpinan sedialah terima akibatnya.

Ezam, Zulkifli Nordin, Zaid Ibrahim dan ramai lagi bekas pemimpin PKR pastinya mengiakan hakikat ini kerana mereka telah mengalaminya sejak sekian lama sebelum mengambil keputusan mengundur diri dari cengkaman autokratik & pemerintahan diktator Anwar dalam PKR.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s