Lynas: Dr. Rosli Membongkar Pekung Pas & PKR…

PR terutama sekali Pas dan PKR kerapkali memanipulasi fakta utk mencipta kekalutan. Itu kemahiran & kepakaran mereka yg tidak ada pada UMNO & BN.

Lynas hanyalah secebis kisah bagaimana isu tersebut di propagandakan secara besar-besaran oleh Pas dan PKR selepas berlakunya tragedi kebocoran radioaktif di loji nuklear Jepun akibat gempabumi dan tsunami awal tahun ini.

Soal kepentingan bahan nadir bumi utk kegunaan industri dan manfaat projek Lynas kepada ekonomi tidak pernah di jadikan tajuk utama dlm segala propaganda mereka, sebaliknya rakyat di momokkan dgn berita bahawa Lynas bakal menjadi ancaman kesihatan rakyat.

Dalam sekelip mata semua pemimipin politik Pas dan PKR tiba-tiba sahaja menjadi pakar dalam bidang tersebut.

Hatta kenyataan pakar Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) sendiri telah mengesahkan projek Lynas menepati piawaian dan stardard yg ditetapkan, namun Pas & PKR masih berkeras menyebarkan propaganda bahawa tragedi kebocoran radiasi bakal menghantui penduduk Kuantan & Pahang.

Namun, kebatilan tidak kekal lama kerana yg hak pasti berdiri jua.

Tiada gempa bumi, tiada gunung berapi yg meletus dan tanpa pukulan ombak tsunami yg membadai pantai tiba-tiba sahaja Pas bergoncang dan PKR bergoyang.

Dengan hanya satu kenyataan tulus berlandaskan fakta kebenaran yg keluar dari mulut seorang ahli parlimen Pas Hulu Langat, YB  Dr. Rosli telah menyebabkan kempen jahat Pas dan PKR berkaitan isu Lynas selama berbulan-bulan lamanya kini memakan diri sendiri.

Rahmat bulan Ramadhan Al-Mubarak, akhirnya pekung propaganda Pas akhirnya ditelanjangkan sendiri oleh pemimpin Pas sendiri.

Yang membawa isu ni PKR. Jadi saya bersabar lama dan saya pernah dapat warning daripada Penerangan PAS mengatakan YB jangan buat komen apa-apa. Saya terima. Saya tidak bercakap. Tapi tidak adil. Mereka buat komen setiap keluaran Harakah dengan bahasa yang kita kurang senang lah. Adakah Lynas itu sebagai loji nuklear? Pernah Dr Mitzi nampak sebagai loji radiation lah apa semua macam-macam. Dia spin.”

“Saya pun malu. Saya orang PAS juga. Jadi akhirnya saya buat keputusan saya sebagai saintis nuklear, saya datang hari ini. Apa dia orang nak kata, kata lah.” (Dr. Che Rosli Che Mat, Ahli Parlimen Pas Hulu Langat, Selangor)

Terima kasih diucapkan kepada Dr. Rosli kerana akhirnya berani tampil ke depan utk menjelaskan kekeliruan yg di cetuskan oleh parti dan sekutu yg beliau dukung selama ini.

Bukan kecil risiko yg beliau perlu tanggung selepas tampil menceritakan kebenaran tersebut, sekarang inipun sudah ada ura-ura utk memanggil beliau menghadap jawatankuasa disiplin Pas dan mungkin ada tekanan supaya beliau menarik semula kenyataan tersebut.

Kita harap beliau istiqamah pada kenyataan yg beliau keluarkan itu dan tidak tunduk kepada tekanan politik dalaman Pas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s