Libya Mengikut Jejak Langkah Iraq & Afganistan…

Kerajaan Libya pimpinan Ghadafi mungkin sudah jatuh jika mengikut laporan pelbagai media utama dunia.

Kejatuhan itu sekaligus meletakkan Libya sebagai negara terbaru yg akan mengikut jejak langkah Afghanistan & Iraq yg memiliki kerajaan baru yg dipengaruhi dasar pro Amerika atau dgn kata yg mudah kerajaan boneka.

Kejatuhan negara-negara tersebut menyimpan makna tersembunyi yg tersendiri. Sejarah membuktikan penglibatan Amerika dan NATO dalam konflik sesebuah negara kerapkali bermotifkan faktor ekonomi selain kepentingan politik.

Afghanistan, Iraq dan Libya berkongsi satu perkara yg sama.

Kejatuhan negara-negara tersebut di tangan Amerika dipercepatkan dgn bantuan rakyat negara-negara itu sendiri.

Amerika berjaya menguasai Afghanistan selepas mendapat bantuan pelbagai puak bertelagah yg disatukan bawah telunjuk Amerika, hasilnya kini berdiri tegak kerajaan baru yg bersifat boneka mengikut polisi Amerika.

Iraq pula berjaya ditawan tentera Amerika hasil bantuan puak Syiah dan Kurdis. Kedatangan tentera Amerika ke bumi Iraq disambut dgn tangan terbuka seolah bantuan Amerika itu telah melepaskan mereka daripada mulut naga.

Hakikatnya keluar mulut naga masuk mulut singa. 7 keturunan rakyat Iraq belum tentu mampu melepaskan diri daripada cengkaman Amerika dan selama itulah hakmilik kekayaan bumi Iraq banyak yg akan dinikmati oleh Amerika dan sekutunya.

Demikianlah Libya dgn jalan cerita yg hampir sama, jatuh kerana sengketa sesama sendiri diikuti campurtangan Amerika yg berlagak umpama polis dunia.

Taliban, Saddam dan Ghadafi mungkin kejam atau zalim bagi sesetengah rakyat mereka, tapi setidak-tidaknya hasil bumi negara tetap mengalir di tangan rakyat sendiri dan pentadbiran negara tidak di kawal kuasa asing.

Kuasa asing tidak datang menghulur tangan kepada negara lain semata-mata atas dasar kemanusiaan. Faktor ekonomi, kekuasaan dan agama kerapkali mempengaruhi penglibatan mereka dalam sesuatu konflik di kebanyakkan negara.

Afghanistan bukanlah sebuah negara minyak sebagaimana Iraq dan Libya. Mungkin tidak utk masa sekarang, tapi siapa tahu utk masa akan datang sekiranya projek carigali yg banyak dilakukan di sana sekarang ini bakal membongkar simpanan besar kelak.

Namun bumi Afghanistan sememangnya banyak menyimpan khazanah berharga lain seperti emas, besi, tembaga, kobalt dan logam-logam industri misalnya lithium yg jika dilombong secara besar-besaran mampu menghasilkan pulangan yg bukan sedikit utk kepentingan ekonomi Amerika dan sekutunya.

Manakala Iraq selain disebabkan kebencian Amerika terhadap Saddam Hussien, faktor minyak adalah dorongan utama yg menarik minat Amerika utk menjajah negara tersebut.

Pada tahun 2010 simpanan minyak Iraq ialah 115,000,000,000 barrels (bbl) menduduki tangga ke-5 terbesar stok simpanan reserve minyak dgn pengeluaran harian sejumlah 2,399,000 per barrel.

Manakala Libya pula memiliki sejumlah 47,000,000,000 barrel reserve minyak meletakkannya di tangga yg ke-9 simpanan minyak terbesar dunia disamping hasil pengeluaran harian 1,790,000 per barrel.

Pastinya sorak gembira di Libya kini yg diraikan sebahagian rakyatnya selepas kejatuhan Ghadafi hanyalah kegembiraan sementara, banyak tekanan dan galang ganti yg mereka akan korbankan kelak sebagai membalas budi bantuan kuasa asing seperti Amerika & NATO.

Percayalah, Amerika dan sekutunya tidak akan berhenti setakat meraikan kejayaan mereka membantu menjatuhkan Ghadafi di Libya, Saddam di Iraq dan Taliban di Afghanistan.

Lagipun dalam Al-Quran sudah termaktub firman Allah s.w.t bahawa kaum Nasrani dan Yahudi tidak pernah berdiam diri sehinggalah orang Islam tunduk kepada mereka.

Mudah-mudahan kita di Malaysia sentiasa sedar hakikat ini, jangan nanti kelak kita hanya mampu gigit jari sendiri tanda kesal.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s