Khairy Nak Tebus Dosa?

Betul ke Khairy Jamaluddin bersedia utk tidak dicalonkan dlm pilihanraya umum akan datang? Bunyi macam pelik bin ajaib tu.

Khairy sudah berubah ke? Benarkah Khairy bersedia korbankan kepentingan dirinya demi menebus kembali segala onar yg pernah dibuatnya sewaktu Tun Abdullah yg jugak pak mentuanya menjadi Perdana Menteri dulu tu?

Payah nak percaya berita ni. Bukan apa, orang politik ni ada kalanya mulutnya bunyi lain dalam hati pula bermaksud sebaliknya.

Tapi kalau betullah Khairi sanggup jadi gurkha dan tidak ambil hati kalau dirinya tak tercalon dalam pilihanraya akan datang, bolehlah kita anggap ianya satu pengorbanan yg baik utk UMNO.

Lagipun inilah masanya utk dia menebus dosa lalu dan bermula semula dgn kudrat sendiri. Pahit maung dan kemanisan berpolitik tu lebih dihargai kelak bila kita mampu berdiri atas kaki sendiri.

Kata mesti di kota, jgn pula bila tiba-tiba confirm namanya tak termasuk dalam senarai akhir kemudian dek kerana marah alih-alih buat kerja belakang pi menghasut penyokong utk boikot atau bikin onar pada UMNO sebagai ugutan utk memaksa namanya di senarai pendek sebagai calon.

Masa akan menentukan.

Khairy akur jika tidak dipilih sebagai calon PRU-13

KOTA BHARU 21 Ogos – Ahli Parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin bersedia untuk tidak dicalonkan pada pilihan raya umum akan datang sekiranya kepimpinan parti mendapati beliau bukan calon yang boleh menang.

Beliau berkata, keputusan untuk memilih calon bagi mewakili Barisan Nasional (BN) adalah kuasa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan semua pihak perlu akur serta mengelakkan perasaan tidak puas hati bagi memastikan kemenangan dapat dicapai.

“Saya tidak tahu (akan dicalonkan atau tidak), Perdana Menteri kena nilai sama ada saya calon boleh menang atau tidak. Mungkin laporan saya bukan calon boleh menang, kalau saya bukan calon boleh menang, saya kena terima keputusan yang dibuat oleh Perdana Menteri.

“Yang penting siapa saja yang jadi penyandang hari ini atau siapa ada jawatan dalam parti kalau sekiranya Perdana Menteri bagi tahu awak bukan seorang calon boleh menang maka kita kena terima jangan anggap diri terlalu hebat atau tidak boleh diganti kerana sikap seperti itu mungkin boleh menjejaskan jentera sekiranya tidak dipilih,” katanya.

Beliau yang juga Ketua Pemuda UMNO berkata demikian kepada pemberita selepas Majlis Perasmian Program Jom Ramadan dan Majlis Berbuka Puasa Pemuda UMNO Bahagian Kota Bharu di Masjid Bahagia di sini, malam tadi.

Turut hadir, Ketua Pemuda UMNO Kelantan, Anuar Safian dan Ketua Pemuda UMNO Kota Bharu, Rosmadi Ismail.

Pada program Jom Ramadan, Pemuda UMNO telah menyumbang sebanyak RM10,000 kepada masjid tersebut untuk kerja-kerja baik pulih termasuk pemasangan satu unit penghawa dingin.

Khairy berkata, penyandang kerusi atau mana-mana individu yang bercita-cita untuk dipilih sebagai calon harus berkerja kuat dari sekarang untuk memikat hati rakyat.

Sumber: Utusan Malaysia

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s