Fakta: Perlembagaan Membenarkan Tindakan JAIS…

Tiada salahnya tindakan Jais (Jabatan Agama Islam Selangor) mengambil langkah memeriksa kehadiran orang ramai dalam majlis di gereja DUMC (Damansara Utama Methodist Church) tempohari.

Malah tindakan Jais dgn bantuan pihak polis  membuat pemeriksaan utk mengenalpasti kehadiran orang Islam di gereja tersebut sama sekali tidak bercanggah dgn mana-mana peruntukkan undang-undang mahupun perlembagaan.

Kecoh dan gegak gempita cuma berlaku disebabkan tindakan jahat segelintir media pembangkang yg mensensasikan isu menggambarkan seolah-olah wujudnya serbuan dan penggunaan kekerasan oleh pihak berkuasa sedang hakikatnya hanya pemeriksaan yg dilakukan oleh Jais & polis secara tertib dan beradat.

Berdasarkan pemeriksaan & siasatan Jais setelah mendapatkan tentatif program thanksgiving yg di campak ke dalam tong sampah oleh peserta di gereja tersebut membawa kepada pembongkaran aktiviti program nyanyian “Alhamdulillah & Allahhuakbar” serta penyediaan “Kuiz Islam” kepada peserta.

Dengan itu, tindakan Jais memeriksa gereja tersebut jelas menepati tuntutan Seksyen 9 & 10 Enakmen Jenayah Syariah (Negeri Selangor) Tahun 1995 yg memperuntukkan kuasa kepada Jais utk menyiasat atau mengambil tindakan terhadap apa saja bentuk aktiviti yg boleh memudaratkan atau menghina Islam.

Antara Seksyen-seksyen yg terdapat dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995 ialah;-

Seksyen 9. Kesalahan berhubung dengan penggunaan perkataan-perkataan dan perbahasan tertentu yang bersumber Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia—

(a) dalam apa-apa tulisan yang diterbitkan; atau

(b) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan awam; atau

(c) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang ditujukan kepada mana-mana perhimpunan orang; atau

(d) dalam apa-apa ucapan atau pernyataan yang diterbit atau disiarkan dan yang pada masa ucapan atau pernyataan itu dibuat dia tahu, atau munasabahnya patut tahu ianya akan diterbitkan atau disiarkan,

menggunakan mana-mana perkataan yang disenaraikan dalam Bahagian I kepada Jadual, atau apa-apa perkataan terbitan atau variasinya, untuk menyatakan atau memperihalkan sesuatu fakta, kepercayaan, idea, konsep, perbuatan, aktiviti, perkara atau hal mengenai atau berkaitan dengan sesuatu ugama bukan Islam.

(2) Seseorang yang tidak berugama Islam adalah melakukan suatu kesalahan jika dia, dalam hal keadaan yang dinyatakan dalam seksyen kecil (1), menggunakan mana-mana perbahasan yang disenaraikan dalam Bahagian II kepada Jadual, kecuali sebagai petikan atau rujukan.

(3) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) atau (2) boleh, apabila disabitkan, dikenakan denda tidak melebihi satu ribu ringgit.

(4) Raja dalam Mesyuarat boleh, melalui perintah yang disiarkan dalam Warta, meminda Jadual.

JADUAL
(Seksyen 9)
BAHAGIAN I
PERKATAAN-PERKATAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN
BERKAITAN DENGAN UGAMA BUKAN ISLAM

Allah
Illahi
Rasul
Fatwa




Firman Allah
Wahyu
Iman
Imam




Ulama
Mubaligh
Dakwah
Nabi




Hadith
Syariah
Injil
Sheikh




Ibadah
Qiblat
Salat





Kaabah
Haji
Khalifah





Kadi
Mufti
Wali

PERBAHASAAN YANG TIDAK BOLEH DIGUNAKAN OLEH
ORANG BUKAN ISLAM BERKAITAN DENGAN UGAMA BUKAN ISLAM

1. Subhanallah
2. Alhamdulillah
3. Lailahaillallah
4. Walillahilhamd
5. Allahu Akbar
6. Insyaallah
7. Astaghfirullahal Azim
8. Tabaraka Allah
9. Masyaallah
10. Lahaula Walaquata Illabillahilaliyil Azim.

Manakala Seksyen 10 pula menyebut;-

Seksyen 10. Menghina atau menyebabkan dipandang hina, dll., agama Islam.

Mana-mana orang yang dengan perkataan yang dapat didengar atau dibaca atau dengan lukisan, tanda atau bentuk lain gambaran yang tampak atau yang dapat dilihat atau dengan apa-apa cara lain:-

(a) menghina agama Islam atau menyebabkan agama Islam dipandang hina;

(b) mempersendakan, mengajuk-ajuk atau mencemuh amalan atau upacara yang berhubungan dengan agama Islam; atau

(c) mempersendakan atau menyebabkan dipandang hina mana-mana undang-undang yang sedang berkuatkuasa di Negeri ini yang berhubungan dengan agama Islam,

adalah melakukan suatu kesalahan dan apabila disabitkan boleh didenda tidak melebihi lima ribu ringgit atau dipenjarakan selama tempoh tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya.

Pendedahan seorang peserta beragama Islam yg mendakwa diberikan sebuah Bible versi Melayu menguatkan lagi hujah betapa tindakan jais itu betul & tepat.

Di bawah Enakmen 1 Tahun 1988Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Seksyen 4 telah termaktub bahawa Jais dan mana-mana pengutkuasa berhak utk menghentikan dan mengambil tindakan yg perlu terhadap sebarang cubaan atau aktiviti yg boleh mengganggu gugat akidah orang Islam.

Seksyen 4. Kesalahan memujuk, mempengaruhi, atau menghasut orang berugama Islam supaya mengubah keimanan.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia memujuk, mempengaruhi atau menghasut seseorang yang berugama Islam—

(a) supaya cenderong kepada mana-mana ugama bukan Islam; atau

(b) supaya menjadi penganut atau anggota mana-mana ugama bukan Islam; atau

(c) supaya meninggalkan atau tidak suka kepada ugama Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

(3) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang berugama Islam itu telah tidak terpengaruh oleh apa-apa perkara yang diperkata atau dilakukan oleh orang yang dituduh itu kepadanya.

Manakala fakta hasil pemeriksaan menyebut bahawa selain terdapat 12 orang dewasa beragama Islam, turut serta dalam program di gereja itu ialah 8 orang kanak-kanak.

Berdasarkan peruntukan dalam Enakmen 1 Tahun 1988Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, Seksyen 5 jelas sekali pihak gereja dan penganjurnya telah melampau batas dan melanggar undang-undang yg antaranya menyebut;-

Seksyen 5. Kesalahan mendedahkan orang belum dewasa berugama Islam kepada pengaruh ugama bukan Islam.

(1) Seseorang adalah melakukan kesalahan jika dia menyuruh, menyebabkan, memujuk, mempengaruhi, menghasut, menggalakkan atau membiarkan seorang belum dewasa yang berugama Islam supaya—

(a) menerima ajaran dalam mana-mana ugama bukan Islam; atau

(b) supaya menyertai apa-apa istiadat, perbuatan menyembah atau aktiviti keugamaan mana-mana ugama bukan Islam; atau

(c) mengambil bahagian dalam apa-apa aktiviti yang dijalankan untuk faedah mana-mana ugama bukan Islam atau yang dianjurkan atau dikelolakan oleh apa-apa badan atau institusi yang bertalian dengan mana-mana ugama bukan Islam.

(2) Seseorang yang melakukan kesalahan di bawah seksyen kecil (1) boleh, apabila disabitkan, dikenakan penjara selama tempoh tidak melebihi satu tahun atau denda tidak melebihi sepuluh ribu ringgit atau kedua-duanya sekali.

(3) Adalah tidak menjadi suatu pembelaan terhadap pertuduhan di bawah seksyen kecil (1) bahawa orang yang dituduh itu tidak mengetahui atau tidak diberitahu oleh sesiapa mengenai ugama orang belum dewasa itu.

Hakikat nyata di sini, segala peruntukan undang-undang sebagaimana termaktub dalam Enakmen Jenayah Syariah Negeri Selangor Tahun 1995 adalah bersandarkan hak dan kuasa yg telah di gariskan oleh Perlembagaan Persekutuan Malaysia.

Yakni, Perkara 11 Fasal 4 Perlembagaan Persekutuan dengan tegas menyatakan bahawa undang-undang negeri boleh digunakan utk mengawal mahupun menyekat sebarang usaha utk memurtadkan penganut beragama Islam.

Perkara 11. Kebebasan Beragama
(1) Tiap-tiap orang berhak menganuti dan mengamalkan agamanya dan, tertakluk kepada
Fasal (4), mengembangkannya.

(2) Tiada seorang pun boleh dipaksa membayar apa-apa cukai yang hasilnya diuntukkan
khas kesemuanya atau sebahagiannya bagi maksud sesuatu agama selain agamanya sendiri.

(3) Tiap-tiap kumpulan agama berhak—
(a) menguruskan hal ehwal agamanya sendiri;

(b) menubuhkan dan menyenggarakan institusi-institusi bagi maksud agama atau
khairat; dan

(c) memperoleh dan mempunyai harta dan memegang dan mentadbirkannya
mengikut undang-undang.

(4) Undang-undang Negeri dan berkenaan dengan Wilayah-Wilayah Persekutuan Kuala
Lumpur, Labuan dan Putrajaya, undang-undang persekutuan boleh mengawal atau menyekat
pengembangan apa-apa doktrin atau kepercayaan agama di kalangan orang yang menganuti
agama Islam.

(5) Perkara ini tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan yang berlawanan dengan mana-
mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam
atau prinsip moral.

Jadi sekarang, kenapa perlu pemimpin DAP mahupun pemimpin politik Bukan Islam dalam BN mahu melatah?

Atas sebab apa pula pemimpin Islam dari Pas dan PKR beria-ia benar mengghentam Jais serta Exco Agama, Dr Hassan Ali sedangkan mereka telah melaksanakan satu tanggungjawab sebagaimana yg di tuntut oleh Islam dan juga undang-undang.

Dan apa perlunya untuk seorang MB beragama Islam memohon maaf kepada gereja sedang hakikatnya tiada kesalahan yg dilakukan oleh Jais semasa pemeriksaan dan siasatan tersebut?

Jawapan kepada persoalan ini sebenarnya ialah propaganda jahat media pembangkang yg memainkan jarum halus menyemat prasangka buruk disamping wujudnya campurtangan pemimpin politik kepartian yg mahu kelihatan liberal hingga melupakan kepentingan menjaga akidah umat Islam.

Media maya seperti M.Kini, M.Insider nyata sengaja mensensasikan isu dgn membayangkan wujudnya serbuan yg bermakna telah berlaku paksaan & kekerasan semasa pemeriksaan oleh Jais dan polis.

Manakala pemimpin Islam di kalangan parti pembangkang pula dgn mudah termakan mainan sensasi media tersebut hingga akhirnya menjadi pembela tegar kepada proses cubaan memujuk orang Islam keluar daripada Islam.

Ingatkan bila adanya parti politik yg menggunakan nama Islam yg siang malam berceramah pasal Islam di pentas politik maka bolehlah kita menumpang harap pembelaan, lain yg di harap lain pula jadinya. Jais yg melaksanakan tanggungjawab pula yg menjadi mangsa kecaman dan hentaman.

Nota: terima kasih kepada saudara Ikhwan kerana membekalkan maklumat pdf melalui email yg membolehkan penulis menggabung info tersebut dgn hasil carian info yg lain.

7 thoughts on “Fakta: Perlembagaan Membenarkan Tindakan JAIS…

  1. Pingback: Video Gereja DUMC: Pemeriksaan atau Serbuan? « XPressMinda

  2. Tindakan Jais mmg betul

    tpikn gmbar nik aziz pakai serban kene baling ngn kasut tu x payah la letak… x manis pulak serban diletakkan dalam keadaan cmtu…saya tahu nik aziz tu camne tapi RTM pun dah berhenri siarkan golongan yang pakai serban, jubah duk kutuk orang pasal rupa2nye huduh anak2 tngk orang berpakaian sunnah duk maki hamun orang.. ni cadangan saje… kalau x suka nik aziz pun x manis lah letak gmbar dia beserban cam tu…. biarlah pas yang emotional, kita jangan emotianal mcm diorang…

  3. Pingback: UMNO Saman Pas RM10 Juta… « XPressMinda

  4. Pingback: Umno saman PAS, Mustafa Ali RM10 juta | Mindaaktif.net

  5. Pingback: Selepas Dekat 2 Bulan Peram Laporan JAIS… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s