ISA Itu Pencegahan Bukannya Hukuman…

Matlamat Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) sebenarnya bersifat mencegah daripada berlakunya kejadian yg tak diingini disamping utk mengelakkan keselamatan negara daripada terancam.

Berbeza dgn hukuman yg dijatuhkan oleh mahkamah  yg matlamat utamanya adalah bersifat menghukum atas kesalahan yg telah dilakukan oleh seseorang individu berdasarkan bukti-bukti yg dikemukakan semasa perbicaraan.

Dalam Islam kita digalakkan mencegah sebelum berlakutnya sesuatu penyakit kerana utk mengubati penyakit kerap kali memakan masa dan ada kala belum tentu berjaya.

Bagi kita rakyat Malaysia selagi kita hidup rukun damai dan tidak mengancam keselamatan & ketenteraman orang lain dan negara, tiada sebab utk kita berasa gerun atau takut kepada akta ISA.

ISA hanya menjadi musuh untuk mereka yg berniat jahat atau ingin melakukan tindakan yg boleh membawa kemudaratan kepada negara mahupun orang di sekeliling.

Dalam dunia hari ini banyak pihak yg berkepentingan adakalanya cuba mencapai hasrat diri atau pertubuhan dgn pelbagai cara. Di sinilah peranan pihak perisikan memainkan tugas utama mengumpul maklumat pelbagai sumber.

Ada banyak kes apabila sesuatu kegiatan terancang yg berniat jahat di ketahui, pihak berkuasa tidak mampu utk mengheret pelaku ke muka keadilan kerana perkara tersebut belum berlaku dan bukti yg diperolehi tidak cukup kuat utk dijatuhkan hukuman di mahkamah.

Di sinilah peranan ISA digunakan utk mencegah daripada menjadi teruk. Seumpama golongan wanita digalakkan mengambil tahu kaedah utk mencegah penyakit kanser payudara kerana jika gagal menimba ilmu bahaya kanser tersebut risiko penyakit kanser payudara bisa menyebabkan payudara terpaksa di potong ataupun nyawa melayang.

‘Terima kasih pulihkan saya’

SEORANG bekas tahanan ISA didakap oleh ahli keluarganya setelah dibebaskan di Pasir Mas, Kelantan, kelmarin.

PASIR MAS 6 Ogos – Seorang bekas tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) yang dibebaskan dari Kem Tahanan Perlindungan Kamunting (Kemta), Perak semalam menyifatkan kem itu menjadi universiti kedua buatnya kerana berpeluang mendalami pelbagai ilmu.

Bekas anggota Imigresen berusia lingkungan 50-an itu berkata, sepanjang lapan bulan menjalani proses pemulihan di Kemta, dia dilayan begitu baik oleh petugas kem, tidak buruk seperti digembar-gemburkan oleh sesetengah pihak.

Sepanjang berada di kem itu juga, katanya, dia sempat menghabiskan masa membaca antara empat hingga lima buah buku seminggu, selain menjalani kursus motivasi manakala tahanan beragama Islam pula diberi pendedahan mengenai pendidikan agama itu dengan baik.

Malah, dia yang menghidap penyakit ‘tiga serangkai’ mampu mengurangkan berat badan sebanyak 16 kilogram sepanjang ditahan, hasil diet dan pemakanan yang teratur, menjadikan tahap kesihatannya semakin baik.

“Semasa ditahan, semua tahanan berpeluang mendalami ilmu agama dan pelajaran. Perpustakaan pun ada. Saya dapat tahu ramai telah dapat doctorate (ijazah kedoktoran) di Kemta. Kemta macam jadi universiti kedua,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di rumahnya di sini hari ini.

Turut hadir pada sesi temu bual tersebut ialah Timbalan Komisioner Kanan Penjara, Bahagian Dasar Kepenjaraan Jabatan Penjara, Supri Hashim dan Pengarah Parol Kelantan, Mat Yaacob.

Dalam sesi temu bual kira-kira 20 minit yang berlangsung dalam suasana harmoni diselangi gelak-ketawa itu, bekas anggota Imigresen tersebut dengan ditemani isteri dan adik beradiknya, turut menyatakan telah insaf dan menyesal di atas apa yang telah dilakukannya.

“Saya berterima kasih kepada kerajaan kerana telah dapat memulihkan saya. Harapan kepada rakan-rakan di luar sana, kejadian yang ditakdirkan berlaku pada diri saya diambil dijadikan pengajaran dan iktibar supaya menjalankan tugas dengan lebih bertanggungjawab dan amanah serta penuh integriti kerana keselamatan negara lebih diutamakan,” katanya.

Beliau yang turut menyatakan penghargaan dan ucapan terima kasih kepada Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein; Ketua Setiausaha kementerian, Tan Sri Mahmood Adam dan pegawai-pegawai Kemta memberitahu, ingin melupakan kisah silam serta mahu memulakan hidup baru dan berhasrat terlibat dalam perniagaan selepas ini.

One thought on “ISA Itu Pencegahan Bukannya Hukuman…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s