Pas Dah Hilang Telur…

Pasca PRU 2008 memang membawa seribu satu macam gelora politik dgn pelbagai isu yg sensitif dan boleh menyentap jiwa terutama sekali isu yg melibatkan sensitiviti umat Islam.

Rupanya disebalik keributan tsunami politik yg memalukan UMNO & BN lebih 3 tahun sudah tu membawa banyak hikmah & rahmat utk sama-sama jadi renungan kita semua.

Siapa sangka dek kerana sedikit kuasa yg Allah s.w.t pinjamkan utk Pas akhirnya menyebabkan pekung di dada pecah membuak-buak bersama bau nanah dan darah busuk.

Kalau sebelum PRU 2008 ataupun lebih tepat lagi sekitar akhir 1990-an hingga sebelum 2008, Pas cukup lantang bila membicarakan isu murtad, isu ternakan babi, isu negara Islam dan Hudud.

Tapi selepas PRU 2008 kerana terhutang budinya Pas kepada sokongan Bukan Islam terutama DAP dan penyokong non-muslim dalam PKR, sikap Pas yg keras hari demi hari, detik demi detik segalanya mula menjadikan Pas semakin liberal, malah keterbukaan sikap Pas sudah mengalahkan UMNO.

Pas sudah jadi selembut-lembutnya, taat mengikut perintah tuan DAP & PKR, tunduk membisu bila di sergah DAP dan malu-malu kucing bila mahu memperkatakan pasal perjuangan Islam & maruahnya.

Di Perak tatkala Pas memerintah atas ihsan DAP, tiada slogan Hudud & negara Islam yg kedengaran. Di Kedah bila DAP mengertak garang berkaitan isu pusat hiburan semasa bulan ramdhan walaupun dgn hanya berbekalkan 1 (satu kerusi DUN) namun tidak menghalang utk MBnya tiba-tiba sahaja buat pusingan U tanpa dolak dalik.

Di Selangor demikian jugak, Pas menjadi lunak dan mesra alam dgn teguran DAP & PKR. Tiada lagi bantahan terhadap kandang babi berteknologi tinggi di Sepang. Bertentangan sama sekali dgn sikap asal Pas yg berkeras mahukan Kerajaan BN sebelumnya supaya membatalkan projek teknologi tinggi kandang babi tersebut.

Bila saja Pas cuba bersuara misalnya dalam isu penjualan arak di 7 Eleven di kawasan majoriti Islam, bingkas bangun saja DAP campur tangan akhirnya Pas terkedu sendiri, malu alah dan angguk-angguk lagi.

Malah Pas jugak seia sekata bila kerajaan Selangor bermurah hati mempertingkatkan dana utk kebajikan kandang babi tersebut. Angguk-angguk macam pokko, tiada halangan, tiada flyer menentang, tiada ucapan yg mampu dilafazkan melainkan hanya angguk-angguk demi menjaga sejemput kuasa yg diberikan PKR kepadanya.

Di Penang lain ceritanya, Pas hingga ke peringkat terpaksa merayu semata-mata utk mendapatkan sejemput kuasa sebagai exco Agama utk satu-satunya ADUN Pas di Penang. Rayu punya rayu, satu habukpun tak dapat, alih-alih PKR juga yg merasa kerusi tersebut. Kesian.

Di Kelantan pulak demi sebuah keterbukaan & bagi menepati slogan baru ‘Negara Berkebajikan’ Pas akhirnya mula berjinak-jinak dengan hiburan, tiada lagi larangan utk konsert jom heboh, tiada lagi larangan snuker malah Pok Nik yg lebih 20 tahun duduk di singgahsana kerusi MB pun siap tumpang sekaki memegang kayu snuker simbolik tanda Pas semakin liberal.

Arak yg suatu ketika dulu sesuatu yg taboo, kini tiada masalah utk mendapat lesen jualan tambahan di Kelantan. Dizaman BN memerintah Kelantan dulu belum pernah ada muda mudi yg minum arak dalam plastik, kini di Kelantan perkara tersebut seperti normal. Malah nak jumpa botol arak kosong di tepi jalan pun susah.

Tapi skang tatkala malam raya, malam kemerdekaan atau tahun baru, cuba pergi di jalan besar Kota Bharu (dari Trafic Light Lundang hingga Traffic light Jalan hamzah) ada saja botol arak yg di buang di tepi jalan selepas selesai pertunjukkan lumba haram oleh segelintir pemuda gila motor mahupun penonton.

Agaknya inilah keterbukaan ala Pas. Melupakan sensitiviti mengutamakan sokongan undi.

Terbaru, di Selangor isu yg hangat dibicarakan ramai sekarang ini berkisar lawatan JAIS ke sebuah gereja selepas laporan awal menyebut kewujudan beberapa orang muslim yg turut menyertai majlis di gereja tersebut.

“Terdapat seramai 12 orang yang beragama Islam telah menghadri majlis tersebut. Tiada serbuan dan tiada tangkapan dibuat. Exco Agama, Hassan Ali.

Berdasarkan fakta JAIS terdapat cubaan utk menyebar ajaran kristian terhadap orang Islam ketika majlis berlangsung, malah pendedahan oleh HarianMetro semasa menemubual seorang ibu tunggal seakan mengesahkan wujudnya usaha halus utk menarik orang Islam yg kesempitan hidup berjinak-jinak dgn agama kristian.

Seorang ibu tunggal yang dikenali sebagai Sabrina berkata, dia sudah menyertai pelbagai aktiviti anjuran sebuah gereja di Seksyen 13 di sini, sejak lebih setahun lalu dan mendapati ada lebih 100 wanita sepertinya di rumah ibadat itu.

“Sebelum ini saya pernah mohon bantuan dari jabatan agama dan Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) tapi gagal, sedangkan mereka (gereja) sanggup memberikan wang untuk saya menyara diri dan keluarga, malah untuk modal saya membuka perniagaan,” katanya kepada Harian Metro.

Wang ringgit, bantuan kebajikan makan minum semuanya lengkap. Tapi sayang, dek kerana liberalnya Pas sekarang isu sebegini seboleh mungkin cuba ditutup dan mahu di sapu bawah karpet demi menjaga hati penyokong non-muslim.

Khalid Ibrahim, Khalid Samad seakan tiba-tiba menjadi hero datang menjentik JAIS sambil ‘menampar-nampar’ kenyataan Exco Agama Selangor yakni Hassan Ali yg juga pemimpin utama Pas di Selangor.

“They (Jais) cannot just storm into a church or any religious institution without having the facts. I was told there were no Muslims present at the dinner. How can they have such a raid?”

“It is very disrespectful,” said the PAS MP yesterday. Khalid described the raid as an “embarrassment to Muslims”.

He added that Jais should apologise for its action before the matter triggered any religious tension. MP PAS Shah Alam, Khalid Samad

Bayangkan kalau isu sebegini terjadi di negeri UMNO, memang tak cukup tanah dibuatnya. Sepanduk dan flyer malah demo jalan pasti jadi acara harian kalau takpun secara mingguan utk membela tindakan JAIS dan mengecam MB UMNO.

Tapi dek kerana ianya berlaku di negeri pimpinan rakan sendiri, lebih ramai pemimpin Pas yg menyekeh kepala kawan sekapal demi menjaga hati dan sokongan penyokong non-muslim.

Pas sudah hilang jatidiri dan mula melupakan asas sokongan grassroot terhadap perjuangannya. Telur Pas sudah masuk ke dalam kalau tidakpun hilang di makan sekawan babi di Sepang.

Sudahlah perjuangan mendirikan negara Islam sudah dibakulsampahkan dgn selamber tanpa rasa kesal sedikitpun, Hudud pun di muzium kan oleh Pas, kini utk bersuara membela JAIS dalam hal sensitif yakni wujudnya unsur utk memurtadkan umat Islam pun Pas sudah angkat kaki dan lebih berani menyepak rakan seperjuangan sendiri.

Hanya dalam tempoh 3 tahun lebih sedikit, Pas menjadi pondan dan dayus demi kerana sekelumit kuasa. Tak mustahil menjelang genap sepenggal Pas terus transform menjalani pembedahan jantina. Kesian pengikut Pas, sekitar 60 tahun tertipu dgn pelbagai slogan Islamik Pas akhirnya terpaksa menerima hakikat Pas sudah tiada telurnya.

Sesungguhnya benarlah hujah ramai pihak bahawa kuasa dan duit mampu menyebabkan pertimbangan kita hilang, prinsip boleh tergadai, asas perjuangan kemudiannya berterbangan.

One thought on “Pas Dah Hilang Telur…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s