Buta Mata Kerana Bolasepak…

Sukar nak diceritakan rasa sebak, simpati, marah dan geram yg bercampur baur bila baca berita kecederaan yg di alami oleh seorang penyokong bolasepak Malaysia.

Dek kerana wujudnya segelintir manusia keparat tak bertamadun, tak pasal-pasal seorang hamba Allah telah kehilangan sebelah matanya selepas kena serpihan percikan mercun.

Gila ke apa datang stadium utk main baling2 mercun sana sini. Ntah mak pak sapa yg melahirkan manusia jibraun tersebut yg mengakibatkan orang lain mengalami derita kehilangan bijik mata.

Tolol bin samdol, masa kecik taknak mampuih, bila besar membahayakan nyawa orang lain.

Penyokong bola sepak juga perlu profesional

PUTRAJAYA 2 Ogos – Masanya sudah untuk penyokong bola sepak tempatan bersikap profesional sejajar peningkatan kualiti bola sepak negara, kata Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek.

Beliau berkata, penyokong sentiasa berharap pemain bermain secara profesional ketika di padang, namun segelintir mereka juga tidak mampu berbuat demikian (bersikap profesional) apabila menonton di bangku stadium.

Ahmad Shabery berkata, penonton di stadium perlu berkelakuan baik, termasuk menghormati lagu kebangsaan negara lain.

“Penyokong harus sedar, jika ada yang berkelakuan kasar, FAM (Persatuan Bolasepak Malaysia) yang akan didenda, dan kemenangan pasukan negara boleh ditarik balik,” katanya selepas menghadiri sidang akhbar berhubung Laporan Pencapaian Piala Monsun 2010 hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas kejadian seorang penyokong bola sepak tempatan, Ahmad Jazimin Jalaluddin, 29, yang buta mata kanan akibat terkena serpihan mercun dilempar penonton pada perlawanan kelayakan Piala Dunia Malaysia menentang Singapura di Bukit Jalil, Khamis lalu. – Bernama

Payah sangat ke utk jadi penyokong bolasepak yg matang dan berdisiplin?

Ni skang sapa nak tolong ganti sebijik mata utk rakan kita saudara Ahmad Jazimin Jalaluddin yg hilang salah satu nikmat penglihatan? Sapa nak tolong biayai kos pembedahan & rawatan hamba Allah tu?

Tentu ramai yg kata, dah nasib nak buat camna.. Ye la, nasib-nasib jugak.. pokok pangkalnya skang, kalau diri tu betui2 minat bolasepak, tolong mulakan dari diri sendiri utk jadi penyokong yg berdisiplin, bertamadun. Takyah duk gatai nak bawak mercun atau apa saja.

Utk next time, rasa aku better pihak pengurusan stadium di mana2 saja perlu buat sport check yg lebih tegas tanpa pilih bulu.

Kalau jumpa laser ke, mercun ke, pisau ke atau apasaja yg boleh bahayakan atau mendatangkan kecederaan pd orang lain, terus tangkap dan balun kaw-kaw kemudian baru hantar pi balai polis.

Begitu jugak utk penggunaan flare, elok diharamkan terus kerana percikan api dr flare tu tak mustahil boleh juga membahayakan penonton yg lain atau jika masih mahu dibenarkan atas sebab utk memeriahkan sambutan, mungkin prosedur keselamatan boleh disediakan dan penggunaannya hanya terhad di penjuru tertentu sahaja.

Kalau boleh usahakan skit budget utk sediakan CCTV di beberapa penjuru stadium sebagai langkah pencegahan juga standby utk mengesan perbuatan jahat segelintir penyokong bola yg tak bertamadun.

Mudah-mudahan rakan kita yg menderita tu satu hari nanti mendapat semula nikmat penglihatan yg sempurna selepas adanya arwah insan lain yg sudi menderma organnya.

Banyakkan bersabar menerima ketentuan takdir Illahi.

 

2 thoughts on “Buta Mata Kerana Bolasepak…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s