Yayasan Selangor Nak Tutup Asrama…

Sejak pak-khatan rakyat menguasai Selangor ni, antara benda yg paling kerap mereka lakukan ialah tutup atau jual dgn alasan utk mengelakkan defisit ataupun nak cepat dapat duit utk cover kelembapan ekonomi & pentadbiran negeri.

Misalnya Kompleks PKNS di pusat bandar Shah Alam, Sacc Mall Shah Alam & Menara PKNS Petaling Jaya yg di bina sewaktu zaman pemerintahan kerajaan BN telah di jual dgn harga RM 270 Juta kepada Amanah Raya. klik sini & sini.

Manakala di Sabak Bernam pula sebuah Institut Kemahiran Yayasan Selangor (IKYS) juga telah di tutup dgn alasan ianya tidak menguntungkan.

Ewah-ewah, hebat konsep pentadbiran MB Selangor YAB Khalid Ibrahim, susah payah pemimpin & kerajaan BN buka pusat latihan untuk anak-anak Melayu yg berpendapatan rendah, suka-suka dia pulak pi tutup atas alasan takde untung. klik sini & sini

Dan terbaru, dengarnya Yayasan Selangor (YS) sedang beria-ia utk menutup 2 buah asrama milik YS di KL (Asrama Tun Dr. Ismail  dan Asrama Toh Puan Norasikin) kali ni dengan alasan kesesakan lalulintas. klik sini

Kalau macam ni punya gaya belum tamat tempoh sepenggal pemerintahan PR di Selangor mahunya lepas kerajaan BN ambil alih nanti hanya tinggal bangunan SUK saja yg tak terjual.

Yang heran tu, dalam duk jual sana duk tutup sini, takde pulak pusat-pusat urut yg tumbuh macam cendawan di Selangor ni ditutup operasinya. Lagi bercambah ada la. Berbeza sewaktu pemerintahan BN yg kerap menyerbu rumat urut dan pusat maksiat hingga ada satu ketika seorang pemimpin DAP datang buat kecoh dan cuba campurtangan membantah operasi tersebut.

Agaknya ni la salah satu cara menunjukkan betapa berkebajikannya kerajaan Selangor skang di bawah PR disamping utk menonjolkan perbezaan corak pentadbiran mereka berbanding BN.

Ntah lepas ni apa lagi menda yg bermanfaat & memberi kemudahan utk rakyat terutama orang Melayu yg akan di tutup atau di jual, kita tunggu aja la beritanya.

4 thoughts on “Yayasan Selangor Nak Tutup Asrama…

  1. ni semua akibat sesetengah kita menganggap percubaan menukar pemerintahan negeri semudah mengira 1,2,3.

    tapi ada baiknya sbb setidak-tidaknya sudah ramai yg faham bahawa pemerintahan kerajaan tu bukannya sesenang kita berceramah politik di pentas ceramah.

    bercakap dan berceramah memang mudah, namun perlaksanaannya belum tentu.

  2. Mmg menteri besar sgor dah besar kepala.dia dah x pikir hak anak2 melayu
    sgor.mmg pilihanraya nanti dia mmg keluarlah dari pemerintahan kerajaan
    selangor.harap sultan selangor dapat lihat dan ubah masaalah ni..mmg zallim khalid ni…tolonglah sultan selangor..selamatkan anak anak melayu
    yg ada di asrama terbabit……

  3. Confirm roboh asrama ni. Saya baru lepas meeting antara Yayasan Selangor dengan ibubapa. Confirm dan diaorang suruh kita isi borang pemindahan ke asrama yayasan kat Klang (tukar sekolah) dan yang tak mahu kena cari sekolah sendiri. Alasannya tempat dah sesuai. Tapi kalau dibangunkan/dijual lagi sesuai betul tak.

    Lepas ni jangan mimpilah orang kampong di Selangor ni nak sekolah kat bandar (KL) ye.. Lebih baik kita duduk diam-diam kat kampong .

    Rasanya tapak asrama kat Klang tu pun tinggi harganya . Kalau jual pun elok juga . Bagus untuk pembangunan dan tempat tu pun dah tak sesuai . Dah sibuk tempatnya. Buat apa buang duit untuk pendidikan. Lebih baik jual. Ada untung .

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s