Suhardi ‘Mati’ Berkali-kali Buat Muka Selamber…

Setelah lebihkurang 3 minggu berdiam diri (bersembunyi?) akhirnya hari ini Suhardi Mat Isa tampil dalam sidang akhbar kononnya utk membersihkan maruah dirinya.

Dalam sidang akhbar tersebut Suhardi kata dia cuma pengsan & yg meninggal tu bukan dia tetapi arwah Baharuddin. Klik sini

Time awal tersebarnya berita kematian arwah Baharuddin memang benar ramai blogger & web pembangkang yg meletakkan gambar Suhardi sebagai arwah Baharuddin, tujuan & matlamat mereka ialah utk cetuskan kemarahan umum terhadap polis & kerajaan.

(Untuk mengetahui kisah & penjelasan awal kematian arwah Baharuddin, klik sini)

Namun sayang skali jawapan Suhardi tu bukannya menyelesaikan masalah sebaliknya memperlihatkan sikap & perwatakan yg selamber seolah-olah tidak bersalah.

Jangan kita lupa perkara utama yakni semasa demo jalanan Bershit 2.0 pd 09 Julai 2011 yg lepas, inilah wataknya yg bernama Suhardi yg beberapa kali buat-buat rebah dan kemudian digambarkan seolah-olah mati kerana kezaliman pihak polis.

Suhardi fikir bila dia berlakon pengsan dan kemudian di gembar gemburkan oleh blog pembangkang sebagai telah mati tu cuma satu perkara yg biasa dan tidak menyalahi undang-undang.

Dia ingat watak & lakonan yg di lakukan itu satu penghormatan demi kelangsungan nyawa politik PR di arena politik Malaysia.

Tahukah Suhardi kerana lakonannya itu hampir-hampir mencetuskan huru hara serta mampu mencetuskan kemarahan tak terkawal di kalangan penyokong PR?

Sebenarnya, itulah yg Suhardi & pemimpin PR mahukan. Mencetuskan suasana kelam kabut seterusnya mencipta persepsi bahawa pihak berkuasa ni jahat, kejam dan ganas.

Kalau betul Suhardi benar-benar pengsan atas sebab kesihatan dan bukannya mati berkali-kali, sejak hari pertama lagi dia sendiri yg akan tampil ke depan menjelaskan kepada umum bahawa dia cuma pengsan.

Dan kalau benar Suhardi pengsan, sebaik saja dia sedar dia akan berehat di hospital utk kebaikan kesihatan dia dan bukannya pergi sambung acara demo kemudian pengsan sekali lagi.

Tapi Suhardi tidakpun mengambil tindakan awal kerana fikir lakonannya mungkin akan membawa kepada kebangkitan & kemarahan besar-besaran kemudiannya.

Nyata Suhardi sudah terperangkap dgn permainan ciptaan dia sendiri dan kini cuba melepaskan diri. Lakonan dia cepat terbongkar dan berjaya di counter attack oleh para blogger UMNO yg mendedahkan kisah sebenar yg dia sebenarnya telah buat-buat pengsan di 2 tempat berlainan.

Pekung sudah berbau, bangkai gajah tak mampu  disembunyikan bawah karpet.

Lakonan Suhardi & demo Bershit 2.0 hanyalah pelengkap seterusnya utk penolakan besar-besaran rakyat Malaysia terhadap politik persepsi jahat yg cuba dimainkan pembangkang.

Kalau Suhardi boleh berlakon utk kelihatan 2 kali mati tapi Anwar lagi hebat sebab seolah-olah dah 8 kali mati.

Yg pastinya telah terbukti, baik Suhardi mahupun parti pembangkang pujaannya, mereka hanya mampu merancang pelbagai kaedah manipulasi & penipuan namun Allah s.w.t jua menentukan bahawa perancangan jahat itu berakhir dgn kegagalan & malu besar utk pembangkang.

Saksikan gambar & video berikut utk melihat lakonan mantap Suhardi dgn bantuan kameraman dan beberapa orang yg lain semasa demo Bershit 2.0.

Tu dia tak ingat duk depa tangan dlm aksi nak tarik perhatian khalayak.

Antara propaganda awal pembangkang utk membangkitkan kemarahan ramai disamping menimbulkan sentimen kasihan belas & kagum pada Suhardi.

Ni gambar waktu ‘mati’ kali pertama dgn tangan terikat kedua-duanya di belakang.

“Aik, tadi elok je duk berdemo.. Check nadi dulu, hidup ke mati dia ni..”.. agaknya tu lah kata-kata dlm hati bro baju putih tu…

Tu dia, sempat jadik tok imam sambil di snap oleh kameraman khas.. ha..ha.. baik punya propaganda..

Mantap,.. tangan menadah ke langit sedang berdoa.. peh, tangkap syahdu sapa yg lihat gambar ni kalau tak tahu kisah sebenarnya.

Erat sepakat gitu.. posing dulu depan kamera..

Time ni sebelum ‘kematian’ yg kedua, Suhardi sempat melaungkan takbir… ka..ka.. real sungguh.

Selesai laungan takbir, tutup mata.. Kan kalau betui Allah s.w.t tarik nyawa tu terus baru la menyesal tak sudah..

Akhirnya,.. ‘kematian’ kali kedua Suhardi menjelma dgn kedua-dua tangan terlentang.

2 thoughts on “Suhardi ‘Mati’ Berkali-kali Buat Muka Selamber…

  1. Pingback: Patutlah Bershit 2.0 Tak Berani Buat Di Stadium Shah Alam… « XPressMinda

  2. Pingback: Mahasewel PR Mengaku Memecahkan Pintu Cermin Klinik… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s