Kekalahan Aggregat 4-6 Mengecewakan…

Agak mengecewakan tatkala semangat para penyokong Malaysia memuncak tinggi akhirnya gagal diterjemahkan kepada sebuah kemenangan yg manis.

Apa nak buat, kemampuan kita & skill permainan team Malaysia masih lagi memerlukan banyak penambahbaikan.

Kita sudah memiliki penjaga gol yg boleh di kira berbakat besar dan seorang penyerang yg berbisa, tapi keupayaan sebuah pasukan bola tidak terletak pada skil seorang atau dua tiga orang individu sahaja.

Bolasepak permainan berpasukan, combinasi skill individu & kesefahaman satu pasukan itulah yg akan bawa kepada kejayaan yg lebih tinggi.

Kalau kita imbas kembali perlawanan kedua menentang Singa Tua di Bukit Jalil yg berakhir dgn seri 1-1, mahu tak mahu kita kena terima hakikat kelemahan pasukan kita dalam menhantar secara tepat bola kepada rakan sepasukan selain sedikit kelemahan di bahagian pertahanan dan tengah.

Beberapa kekasaran yg berlaku juga seolah-olah menunjukkan para pemain kita agak tertekan dgn harapan besar dan tanggungjawab berat yg perlu di pikul malam tadi.

Terpaksa kita akui, bukan saja benteng pertahanan Singapura boleh tahan kuatnya malah banyak serangan mereka yg membuatkan jantung kita berdegup kencang.

Tapi takpe la, pemain kita sudah berusaha sebaik mungkin. Kena terima hakikat kita terpaksa kalah kepada musuh tradisi, nampak gayanya kena tunggu pertandingan piala lain pulak utk langsaikan luka yg berdarah ni.

Apapun, kepada para penyokong setia Harimau Malaya dan semua pemain Malaysia semoga kekecewaan ini tidak mematahkan semangat kita semua, yg penting ada kehendak utk berusaha maju ke depan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s