Budaya Candle Light Vigil & Mogok Lapar…

Macam-macam hal berlaku sejak meletusnya tsunami politik persepsi pasca PRU 2008.

Terlampau banyak budaya baru dan pelik drpd batas normal, pendek kata banyak yg luar tabiee.

Terbaru dengarnya Presiden PSM (Parti Sosialis Malaysia), Dr. D Jeyakumar yg jugak ahli parlimen Sungai Siput mengancam utk melakukan mogok lapar sebagai membantah penahanannya di bawah akta ISA.

Sebelum ni sewaktu krisis politik di Perak pun ada jugak beberapa ADUN pembangkang daripada Pas, PKR & DAP yg buat mogok lapar, kata mereka simbolik utk membantah pertukaran kerajaan Perak yg mereka dakwa melanggar perlembagaan.

Protes mogok lapar ketika tu di ketuai oleh ex MB Perak, Nizar Jamaluddin serta ex Speaker YB Sivakumar dan di adakan di hadapan wisma DAP.

Kemudian selepas khalayak ramai mula memahami budaya mogok lapar adalah kaedah protes ritual agama Hindu dan tidak ada dlm ajaran Islam, mulalah Pesuruhjaya Pas Perak tika tu, Ahmad Awang (bekas YDP PUM) menggunakan alasan apa yg dilakukan Nizar tu hanyalah puasa sunat.

Selain mogok lapar, satu lagi budaya luar tabie yg kerap di agungkan oleh pakatan pembangkang sejak berakhirnya PRU 2008 ialah budaya memasang lilin ataupun candle light vigil samaada sebagai protes ataupun utk mengingati kematian seseorang, misalnya kes kematian Teoh Beng Hock.

Bukan saja dalam politik malah turut terbawa-bawa hingga ke IPT apabila kerapkali student pro Pas & PKR menjadikan acara pasang lilin ni sebagai simbolik utk membantah proses pilihanraya kampus yg mereka dakwa berat sebelah selain bantahan pada AUKU.

Kalau budaya mogok lapar sinonim dgn agama Hindu, candle light vigil pulak akrab dgn ajaran Kristian.

Tak pelik kalau orang bukan Islam seperti Jeyakumar ataupun Sivakumar nak buat mogok lapar kerana itu sebahagian drpd budaya mereka malah kalau akibat kemudiannya membawa kpd kematian atau sakit kronik pun bukannya perlu utk kita tangisi. Sapa suruh seksa diri sendiri?…

Cuma yg Nizar memandai pi join sekaki mogok lapar dulu tu buat apa? Walaupun alasan yg diberikan oleh Ahmad awang ianya adalah puasa sunat, tapi nawaitu sejak awal kita tahu mereka telah merancang utk melakukan mogok lapar dgn harapan dapat menarik perhatian khalayak ramai.

Malah tak pelik bilamana student pro pembangkang yg beragama Kristian melakukan candle light vigil kerana itu sebahagian drpd budaya agama mereka, tapi yg kita memang sah beragama islam ni pi terikut pegang dan pasang lilin tu buat apa?

Bagi kita umat Islam, matlamat tak pernah menghalalkan cara, tapi bagi pemimpin pembangkang matlamat tu penting di capai dgn apa cara sekalipun.

Berbalik pada kisah ugutan Jeyakumar, Presiden Parti Soasialis Malaysia utk melakukan mogok lapar, lebih baik pihak kerajaan biarkan saja perancangannya tu berjalan.

Mana ada law setempat mahupun antarabangsa yg membenarkan protes hingga membahayakan diri sendiri, alang-alang dia nak mogok tu elok digalakkan lagi, kita tengok setakat mana dia mampu bertahan.

Di pihak kerajaan cukup sekadar standby ala kadar bantuan kecemasan atas sbb perikemanusiaan je, kot kalau gara-gara mogok lapar punya hal tetiba ia membahayakan nyawa si pemogok yg perlu tanggung perasaan kesal bukannya kerajaan tapi pihak keluarga si pemogok tu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s