Puluhan Ribu Penyokong PR Memenuhi Stadium Melawati…

Peh… ramai, sungguh ramai manusia pelbagai peringkat umur dari sekecil yg masih berada dalam perut hinggalah kepada tua bangka telah memenuhi Stadium tertutup Melawati yg mampu menampung sejumlah 15,000.. di ulangi 15 ribu hadirin pada satu-satu masa.

Tiada tempat yg kosong, tiada ruang yg tak terisi, tiada laluan yg tidak sendat… pendek kata kapasiti 15 ribu hadirin utk memenuhi Stadium Melawati, Shah Alam tu penuh sepenuhnya.

Tambah pulak yg datang memberi ceramah tu bukan calang-calang punya pemimpin. Hadi Awang ada, Wan Azizah ada, MB Selangor pun ada,.. peh.. mantap tu bro, mesti padat dan sendat punya la….

Dengan tema perhimpunan ‘Selangorku’ nyata majlis penerangan PR yg turut ‘menjemput’ kakitangan kerajaan negeri untuk hadir sama menjayakannya telah mencapai kejayaan gilang gemilang dgn kehadiran yg melampaui jangkaan awal.

Ya ke penuh?.. ha..ha.. saje buat gempak nak bagi totok pas dan PKR seronok… ka..ka..

Sebetulnya Stadium kecil yg mampu tampung 15’000 hadirin tu bukan sahaja gagal dipenuhi malah terlampau banyak lompang kosong sana sini.

Kalau dengar propaganda Pas, PKR dan DAP seolah-olah hampir 99% rakyat Malaysia menyokong Anwar, Pas, PKR dan DAP. Tapi rupanya duk tepuk gendang kosong je, sembang je deras.

Agaknya ruang kosong & kerusi yg tak berpenghuni tu reserve khas utk makhluk yg hanya boleh di lihat menggunakan kanta pembesar saja kot. Ha..ha..

Patutnya bila dah namanya program penerangan kerajaan negeri, semua lebih 2 juta rakyat Selangor ni berduyun-duyun pi sana. Ni siap suruh kakitangan awam pi turut serta pun masih banyak lopang kosong. malu-malu..

Khabarnya sejumlah 40,000 kupon bernilai RM5 utk beli belah di gerai luar stadium pun bersepah takde orang ambik betui ke?.. Apa la penyokong PR ni, tak sporting langsung, sia-sia la kerajaan Selangor sediakan kupon subsidi tu.

Jadi, sekarang kita semakin faham kenapa Bersih 2.0 tak berani mengadakan perhimpunan 09 Julai 2011 yg lepas tu di Stadium Melawati ataupun Stadium Shah Alam.

Mereka takut inilah jadinya kalau di buat di tempat luas dan tertutup, nanti nampak sangat sokongan terlampau kurang.

Berbeza kalau di buat di atas jalanraya KL yg sempit tu kelibat 5, 6 ribu manusia boleh di lihat seolah mencecah 20 atau 30 ribu kalau di pandang guna mata katak bawah tempurung.

Jom layan gambar2 yg di ambil oleh MinaqJinggo utk tatapan semua termasuklah acara pegang lilin. Seronok puak Pas & PKR skang, pantang ada isu depa suka sungguh pegang lilin, macamlah acara pegang lilin tu termasuk dlm tuntutan Islam.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s