Arwah Baharuddin Mati Kerana Di Pukul Polis?…

Benarkah dakwaan pembangkang dan penyokong mereka yg menuduh polis telah melakukan kekejaman dengan membelasah arwah Baharudin hingga patah gigi, patah tulang dan akhirnya menyebabkan kematiannya?

Betulkah gas pemedih mata dan kekasaran pihak polis serta kelewatan bantuan perubatan menjadi punca kematian arwah? Adakah benar tulang rusuk dan gigi arwah patah disebabkan tindakan kejam anggota polis?

Untuk menjawab persoalan tersebut, jom sama-sama kita susuri beberapa info di bawah utk memahami lebih jelas kes kematian arwah Baharuddin ini seterusnya menilainya sendiri dgn akal & fikiran yg waras.

Status Kesihatan

1} Arwah Baharuddin Bin Ahmad berusia 56 tahun, bekerja sebagai pemandu teksi, mempunyai 3 orang anak dan seorang isteri.

2} Mengikut dakwaan anak saudara arwah yg dikenali sebagai Azhar Kassim, kesihatan arwah adalah baik dan cuma ada sedikit tekanan darah tinggi.

“Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis…yang ada darah tinggi sahaja sedikit…pendek kata dia sihatlah” – Azhar Kassim / Haprakdaily / 10 Julai 2010.

“Dia sihat. Dia tak menghidapi masalah jantung. Dia tak ada penyakit lelah. Dia hanya ada sedikit penyakit darah tinggi tetapi tak kronik. Kematiannya berlaku dengan tiba-tiba. Jadi kematiannya amat memeranjatkan saya dan seluruh keluarganya”- – Azhar Kassim / kl-today / 14 Julai 2010.

3} Berdasarkan hasil siasatan awal pakar perubatan pula menunjukkan arwah meninggal dunia kerana komplikasi jantung ataupun dgn bahasa mudah ianya melibatkan masalah jantung / kegagalan fungsi jantung.

Tohmahan Terhadap Polis & Kerajaan

4} Bagaimanapun, parti pembangkang  serta pertubuhan haram Bersih 2.0 secara terbuka telah menyalahkan pihak polis sebagai punca kematian arwah Baharuddin dgn mendakwa arwah mati kerana sesak nafas gas pemedih mata, di kasari oleh pihak polis serta kelambatan polis memanggil bantuan perubatan.

4.1} Kenyataan Rasmi Bersih 2.0 secara terbuka menuduh polis dan kerajaan sebagai punca kematian arwah.

Bersih 2.0 dalam kenyataannya 11 Julai lalu mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham Baharuddin Ahmad sambil menuntut pihak berkuasa supaya tidak berdalih lagi dengan hakikat bahawa polis telah menggunakan kekerasan yang berat terhadap para peserta Bersih 2.0.

“Ini (kematian Baharuddin) hanyalah salah satu daripada pelbagai tindakan polis pada 9 Julai yang lalu yang mengakibatkan kecederaan teruk,” – Kenyataan Rasmi Bersih 2.0 / Harakahdaily / 11 Julai 2011

4.2} Berikut pula ialah kenyataan oleh Ketua Wanita PKR, Yb Zuraida Kamarudin dgn nada yg hamnpir sama menyalahkan kerajaan dan pihak polis atas kematian tersebut.

Ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin yang mengesahkan berita ini kepada MerdekaReview menuding jari terhadap kerajaan kerana menyebabkan kematian Allahyarham Baharuddin Ahmad.

“Ini sesuatu yang amat menyedihkan kerana menyebabkan kematian.  Kerajaan tidak faham apa itu kebebasan bersuara, kebebasan berhimpun, maka cara ia menangani perhimpunan telah menyebabkan tragedi ini.”- Zuraida Kamarudin / Merdekareview / 10 Julai 2011


Ketua Wanita KEADILAN itu berkata, tindakan polis itu boleh diumpama sebagai penagih tegar yang ketagihan melakukan keganasan terhadap rakyat.

“Kematian Baharuddin Ahmad bukti keganasan polis sudah memuncak dan mencapai limitasi. Polis umpama penagih tegar, ketagihan melakukan keganasan terhadap rakyat,” – Zuraida Kamarudin / KeadilanDaily / 17 Julai 2011.

4.3} Manakala Pas pula melalui Naib Presidennya, Husam Musa turut melakukan kecaman yg sama sambil meminta kerajaan pusat bertanggungjawab atas kematian peserta demo tersebut.

PAS mengecam pendekatan pihak berkuasa menangani Himpunan Bersih 2.0 semalam yang disifatkannya sebagai “ganas” sambil menegaskan, Putrajaya perlu bertangggungjawab ke atas kematian seorang peserta perhimpunan itu.

Naib Presiden PAS Datuk Paduka Husam Musa (gambar)berkata, “Baharuddin Ahmad meninggal dunia akibat sesak nafas selepas terkena semburan air berasid dan gas pemedih mata di kawasan Pusat Konvensyen Kuala Lumpur” – Husam Musa / KlToday / 10 Julai 2011.

Imbas Kembali

5} Sebelum beralih ke segmen seterusnya, paling penting jgn lupa kenyataan pengakuan anak saudara arwah yg secara jelas mengakui arwah memang ada masalah tekanan darah tinggi.

“Dia tiada ada asma, jantung atau kencing manis…yang ada darah tinggi sahaja sedikit…pendek kata dia sihatlah” – Azhar Kassim / Harakahdaily / 10 Julai 2010.

“Dia sihat. Dia tak menghidapi masalah jantung. Dia tak ada penyakit lelah. Dia hanya ada sedikit penyakit darah tinggi tetapi tak kronik. Kematiannya berlaku dengan tiba-tiba. Jadi kematiannya amat memeranjatkan saya dan seluruh keluarganya”- – Azhar Kassim / kl-today / 14 Julai 2010.

Apa Kaitan Darah Tinggi & Sakit Jantung?

6} Ok, sudah baca semua kenyataan tersebut?. Baiklah, sekarang kita masuk bab kesihatan dan belajar mengenali jantung kita serta apakah punca-punca yg boleh menyebabkan serangan jantung berlaku.

6.1} Tahukah anda, salah satu punca serangan jantung ada kaitan rapat dgn tekanan darah tinggi? Fakta perubatan secara jelas menyebut;-

Tekanan darah yang tidak dikawal boleh meningkatkan risiko kegagalan jantung sehingga 200 peratus. – JomDiet.com


Insidens kegagalan jantung yang kronik akan berganda setiap dekad bagi mereka yang berumur di antara 40 – 80 tahun. Dari segi umur, penyakit ini lebih biasa berlaku di kalangan kaum lelaki daripada kaum wanita. – JomDiet.com


Peningkatan ini lebih nyata dengan pergerakan pantas Malaysia mencapai status negara maju menjelang 2020. Menurut kajian tempatan, dengan bilangan penduduk dianggarkan mencecah 33.4 juta ketika itu, masalah kegagalan jantung akan dialami sejumlah 660,000 orang, iaitu 20 orang setiap 1,000 penduduk. Penyelidik perubatan menganggarkan bilangan ini akan meningkat dengan ketara akibat pertambahan bilangan kes tekanan darah tinggi, kencing manis dan penyakit koronari jantung. – Kegagalan Jantung / Berita Harian / 20 Februari 2011


High blood pressure increases the risk of coronary artery disease (also called atherosclerosis).

Coronary artery disease is the buildup of plaque or fatty matter in the walls of the coronary arteries; this buildup leads to narrowing of the arteries over time. The narrowed artery limits or blocks the flow of blood to the heart muscle. The hardened surface of the artery can also encourage the formation of small blood clots.

People with high blood pressure are more likely to develop coronary artery disease because high blood pressure puts added force against the artery walls. Over time, this extra pressure can damage the arteries. These injured arteries are more likely to become narrowed and hardened by fatty deposits.

Damaged arteries cannot deliver enough oxygen to other parts of the body. For this reason, high blood pressure can harm the brain and kidneys. High blood pressure also increases the risk for stroke, congestive heart failure, kidney disease, and blindness. – Clevelandclinic.org

6.2} Berikut pula ialah antara punca-punca utama & sampingan yg boleh menyebabkan kegagalan fungsi jantung sekaligus mampu mengancam nyawa seseorang.

  • Tekanan darah tinggi
  • Kecacatan pada injap jantung
  • Masalah kapilari darah koronari
  • Kadar denyutan jantung yang tidak stabil
  • Kencing manis
  • Jangkitan otot jantung
  • Masalah kesihatan yang menjejas kelenjar-kelenjar hormon

Menjawab Tohmahan

7} Kita sudah tahu arwah menghidap penyakit darah tinggi, berusia lebih 50 tahun yg termasuk dalam golongan berisiko besar terkena serangan penyakit jantung dan kini tiba pula masanya utk menjawab dgn lebih detail tuduhan & propaganda jahat pembangkang berkaitan isu ini.

8} Antara tuduhan penyokong & pemimpin parti pembangkang ialah arwah meninggal dunia kerana sesak nafas disebabkan gas pemedih mata serta mengalami kecederaan teruk pada tubuh badan arwah seperti patah gigi dan tulang rusuk patah akibat kekasaran pihak polis.

9} Hakikatnya, video rakaman CCTV di bawah ini tempat di mana arwah meninggal dunia, lokasi di Avenue.K berhampiran KLCC telah membuktikan tiada tembakan gas pemedih mata dilepaskan, sebaliknya arwah dan ramai lagi peserta demo haram Bershit 2.0 bertindak melarikan diri ke dalam Avenue.K selepas kedatangan kenderaan meriam air polis FRU.

10} Dengan usia arwah yg melebihi 50 tahun dan di sahkan pula oleh anak saudaranya bahawa arwah menghidap penyakit darah tinggi maka  risiko  mengalami kegagalan fungsi jantung amat besar apatah lagi selepas berjalan kaki berarak ke sana ke mari dan kemudian pula menggunakan tenaga  utk berlari yg tentu sekali memaksa aliran tekanan darah menjadi tinggi dan jantung terpaksa bekerja lebih kuat daripada kebiasaan.

11} Terdapat juga tuduhan penyokong pembangkang yg mengatakan beberapa orang polis membawa arwah memasuki Avenue.K dan menutup pintu seterusnya membelasah arwah nyata sekali hanya satu propaganda jahat.

12} Hakikatnya arwah bukan di tarik masuk ke Avenur.K oleh pihak polis sebaliknya arwah melarikan diri bersama kelompok ramai peserta Bershit 2.0 yg lain dan selepas penat berlari itu barulah  arwah di dapati tiba-tiba jatuh.

1 3} Tuduhan yg mengatakan bantuan kecemasan lambat tiba dan arwah di biarkan selama lebih sejam tanpa rawatan juga adalah penipuan jahat. Kenyataannya ialah, bantuan kecemasan tiba kira-kira 17 minit selepas menerima panggilan kecemasan pihak polis.

Dakwaan Patah 4 Tulang Rusuk & 3 Batang Gigi

“Empat tulang dadanya didapati patah manakala tiga batang giginya juga patah,” kata Azhar kepada pihak Suhakam yang diwakili oleh Naib Pengerusi Suhakam, Prof Datuk Dr Khaw Lake Tee dan Pesuruhjaya Suhakam, Muhammad Sa’ani Abdullah. – Harakahdaily / 14 Julai 2011

14} Utk menjawab dakwaan tersebut, kita perlu maklum bahawa selepas ketibaan pasukan perubatan, bantuan CPR telah dilakukan utk memulihkan dengupan jantung dan penafasan arwah.

15} Siasatan pihak polis dan laporan hasil bedah siasat pakar perubatan membawa kepada penjelasan berikut;-

Beliau juga menafikan luka di bibir dan gigi lelaki berusia 58 tahun itu patah adalah akibat keganasan pihak polis.

“Saya diberitahu terdapat dakwaan tiga tulang rusuk dan giginya patah. Menurut pakar perubatan tulang rusuk itu patah mungkin akibat rawatan CPR.

“Mengenai gigi yang patah, ini mungkin kerana tiub dimasukkan ke dalam mulutnya kerana pegawai perubatan cuba menyedarkannya semula,” katanya pada taklimat kepada media dan beberapa NGO berhubung beberapa kejadian 9 Julai lalu mengikut versi polis, di Bukit Aman, petang semalam. – Pengarah Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Bukit Aman, Datuk Salleh Mat Rasid / Mkini /22 Julai 2011

Apa Itu CPR?… Peluang Pemulihan & Risiko Sampingan

16} Jom kita memahami apa itu CPR ataupun nama penuhnya Cardiopulmonary Resuscitation dan tujuan kaedah kecemasan ini.

Photo: Antara teknik manual bantuan kecemasan CPR. Penafasan mulut ke mulut serta tekanan pada dada mangsa.

16.1} CPR di lakukan pada saat emergency bertujuan utk memulihkan penafasan selepas dengupan jantung terhenti atau perlahan.

16.2} Kaedah kecemasan CPR antaranya kaedah manual melalui bantuan penafasan mulut ke mulut kemudian ikuti dgn tekanan pada dada serta penggunaan alat bantuan penafasan jenis tiub (intubation and mechanical ventilation) selain alatan  canggih seperti mesin AED (mesin kejutan jantung).

16.3} Bagaimanapun tahukah anda bantuan kecemasan CPR walaupun mempunyai peluang utk memulihkan kembali dengup jantung dan penafasan mangsa serangan sakit jantung, namun tetap juga boleh menyebabkan kesan sampingan lain misalnya patah tulang rusuk, kecederaan organ dalaman dan juga patah gigi atau cedera pada mulut.

16.4} Fakta perubatan membuktikan bahawa;-

Frequently ribs are broken with the pressure CPR places on the sternum. Some studies quote up to 30% of cardiac arrest victims have broken ribs as a result of CPR. This happens more frequently the older the victim since the cartilage is less compliant and the bones more easily crackable. But remember, it’s better to have a cracked rib than be dead. Klik di sini.

Terjemahan bahasa Melayu lebihkurang seperti berikut;-
Lazimnya tulang rusuk akan patah kerana tekanan bantuan CPR pada sternum. Beberapa kajian menunjukkan sekitar 30% mangsa serangan jantung mengalami patah tulang rusuk selepas bantuan CPR.

Perkara ini kerap berlaku pada golongan tua kerana tulang rawannya sudah kurang anjal serta masalah seperti tulang yg rapuh. Bagaimanapun, lebih baik mengalami tulang rusuk patah daripada mati.

————————————————————————

The goal of the CPR is to provide blood flow to a victim’s heart, brain, and other vital organs until proper medical care can be given. The victim is likely to die if CPR is not started immediately. Complications may include fracture of the ribs, broken teeth, infections, and puncture of the lung.

People with weakened bones have a higher risk of bone fractures from CPR. However, there is far greater risk of death if CPR is delayed or not done correctly. Klik di sini.

Atau dalam bahasa Melayu mudah ia membawa maksud;-
Tujuan bantuan CPR utk membolehkan aliran darah mangsa serangan jantung mengalir ke jantung, otak dan organ dalaman penting yg lain sementara mendapatkan rawatan yg sesuai.Mangsa serangan jantung berkemungkinan akan mati sekiranya bantuan CPR tidak disegerakan.

Komplikasi retak/patah tulang rusuk, patah gigi, jangkitan dan tekanan pada paru-paru adalah kesan yg akan timbul di sebalik bantuan CPR.

Individu yg mempunyai tulang yg lemah / rapuh berisiko tinggi utk mengalami patah tulang berikutan kesan sampingan semasa bantuan CPR. Pun begitu, risiko kematian jauh lebih besar sekiranya CPR gagal disegerakan atau dilakukan dgn cara yg tidak betul.

Utk bacaan lanjut perkara asas CPR dan keberkesanan serta risiko CPR dalam bahasa melayu sepenuhnya, sila lawat link ini.

16.5} Fakta perubatan juga mengesahkan bahawa selain risiko keretakan atau patah tulang rusuk semasa atau selepas proses kecemasan CPR, mangsa serangan jantung juga berisiko utk mengalami pendarahan mulut, sekitar rongga ataupun mengalami kerosakan dan patah gigi.

16.6} Sebelum itu kita kenali dulu beberapa alat bantuan CPR yg berbentuk tiub pengudaraan & mesin penafasan ((intubation and mechanical ventilation). Apa yg anda lihat di bawah bukannya kayu hoki dan bukan juga tukul kecil tetapi itu adalah antara alatan CPR utk tujuan pengudaran dan bantuan penafasan dgn menjolok masuk jauh ke dalam salur trakea (saluran penafasan).

Photo: Intubation / Mudah di bawa utk kegunaan kecemasan

Photo: Mesin Pengudaraan & AED / Biasanya terdapat di dalam ambulan, klinik ataupun hospital.

16.7} Kenyataan berikut berkenaan alat bantuan tiub penafasan/pengudaraan mungkin mampu merungkai sedikit sebanyak persoalan semasa sementara menantikan keputusan rasmi hasil bedah siasat di umumkan.

Complications are rare, but no procedure is completely free of risk. If you are planning to have intubation and mechanical ventilation, your doctor will review a list of possible complications, which may include: (klik di sini)

  •     Damage to teeth, lips, or tongue
  •     Damage to trachea (windpipe), resulting in pain, hoarseness, and sometimes difficulty breathing after the tube is removed
  •     Esophageal intubation (when the tube is accidentally inserted into the esophagus and stomach rather than the trachea)
  •     Low blood pressure
  •     Pneumonia
  •     Lung injury
  •     Infection

Terjemahannya;-

Komplikasi jarang berlaku, tetapi tiada prosedur yg benar-benar bebas daripada risiko. Jika anda merancang untuk melakukan intubasi dan pengudaraan mekanikal, doktor akan menyenaraikan beberapa kemungkinan komplikasi termasuk:

  •     Kerosakan gigi, bibir atau lidah
  •     Kerosakan kepada trakea (salur udara), kesakitan, serak dan ada kalanya kesukaran bernafas selepas tiub dikeluarkan
  •     Intubasi Esophageal (apabila tiub secara tak sengaja masuk dalam salur esofagus serta perut dan bukannya trakea)
  •     Tekanan darah rendah
  •     Pneumonia
  •     Kecederaan paru-paru
  •     jangkitan

Kesimpulan

17} Berdasarkan info di atas pastinya sedikit sebanyak telah menjawab persoalan yg membelenggu fikiran sebahagian drpd kita. Propaganda penyokong & pemimpin pembangkang yg tanpa fikir panjang mengaitkan polis & kerajaan sebagai punca kematian dan kecederaan di alami arwah Baharuddin jelas tidak mengambil kira faktor kesihatan arwah & risiko semasa rawatan kecemasan CPR.

18} Demikian juga cubaan pihak tertentu menggambarkan arwah di pukul, di belasah hingga patah gigi dan tulang rusuknya nyata bermotifkan politik dgn tujuan membangkitkan kemarahan khalayak. Sedangkan fakta perubatan sendiri telah mengakui dalam keadaan genting menyelamatkan nyawa seseorang mangsa serangan jantung secara rawatan kecemasan CPR, terdapat risiko sampingan dalam keadaan tertentu atau tanpa disengajakan samaada atas faktor usia mangsa mahupun mungkin kecuaian semasa melakukan CPR.

19} Pun begitu, sehingga keputusan rasmi bedah siasat mangsa di umumkan, segala info yg tercatit di sini tidaklah muktamad melainkan sekadar utk memudahkan kita semua berfikir dengan lebih waras dan tidak terburu-buru menuduh pihak polis dan kerajaan sengaja membunuh arwah.

20} Apapun arwah telah pergi meninggalkan alam yg fana ini, maka sama-samalah kita sedekahkan bacaan Al-Fatihah dan mendoakan kesejahteraan roh arwah. Kepada kaum keluarga arwah diucapkan takziah, di harap dapat bersabar dan tenangkan fikiran, elakkanlah seboleh mungkin daripada terikut hasutan atau dorongan segelintir pihak yg hanya mahu mengambil kesempatan di sebalik pemergian arwah utk kepentingan kepartian.

21} Sekian sahaja utk kali ini, jika ada sebarang kesilapan maklumat atau tambahan info sila kemukakan di ruangan komen ataupun terus email kepada xpressminda(@)yahoo.com.

2 thoughts on “Arwah Baharuddin Mati Kerana Di Pukul Polis?…

  1. Pingback: Suhardi ‘Mati’ Berkali-kali Buat Muka Selamber… « XPressMinda

  2. hope yang diluar sana baca apa yang dipost oleh saudara.. kadang2 orang yang x belajar medic ni.. x tahu perkara sebenar..

Leave a reply to isma Cancel reply