7 Keajaiban Dunia & Keajaiban Anwar…

Sejak sekian lama dunia mengiktiraf 7 keajaiban dunia yg diundi oleh masyarakat dunia sebagai tempat atau binaan yg menarik, ajaib dan mengagumkan.

Antara 7 keajaiban yg biasa kita dengar ialah binaan Piramid, Taman Tergantung Babylon, Kuil Artemis, Berhala Zeus di Olympia, Makam Maussollos, Patung Raksasa Rhodes dan Rumah Api Iskandariah.

Dan tempat-tempat atau binaan keajaiban nan 7 ni pulak akan berubah selang beberapa tahun mengikut undian masyarakat dunia.

Senarai terkini 7 keajaiban dunia (7 Wonder Of World) yg dipilih pada 07-07-2007 ialah Chichen Itza, Christ Redeemer, The Great Wall , Machu Picchu,  Petra,  The Roman Colosseum dan The Taj Mahal

Sehingga kini belum ada sebarang tempat menarik atau binaan bersejarah di Malaysia yg berjaya memasuki peringkat akhir dalam pemilihan 7 keajaiban dunia.

Menjelang pemilihan terbaru 7 keajaiban dunia pada 11-11-2011 ni nanti apakata utk membantu memperkenalkan nama Malaysia ke peringkat antarabangsa, sudi lah kiranya jika Kerajaan Malaysia mencadangkan kepada pihak penganjur 7 Wonder Of World supaya memasukkan sekali satu lagi kategori yakni keajaiban individu utk melengkapkan kepada 8 senarai keajaiban dunia.

Kalau selama ini semua kategori hanya melibatkan binaan bersejarah dan tempat-tempat yg menarik yg mengagumkan, kali ini tambahan satu kategori individu adalah wajar kerana ini satu-satunya peluang yg pasti bakal meletakkan Malaysia sebagai denstinasi pelancongan di mata dunia.

Jika diluluskan cadangan memasukkan kategori individu itu, tidak lain dan tidak bukan pastinya saudara Anwar Ibrahim yg juga ketua Umum Parti keadilan Rakyat (PKR) adalah satu-satunya calon yg layak dan pasti terpahat dalam sejarah dunia sebagai keajaiban ke-8 dunia moden.

Anwar merupakan manusia yg unik, pelik dan ajaib kerana barangkali beliau adalah satu-satunya insan atas dunia ini yg telah berbelas kali menangguhkan proses mahkamah dalam perbicaraan liwat dgn pelbagai alasan termasuklah peguamnya sakit, juga telah beberapa kali meminta pemecatan hakim serta turut memohon pelucutan pihak pendakwaan kesnya.

Malah jika diimbas kembali, Anwar seolah-olah telah 8 kali meninggal dunia berdasarkan gegak gempita propaganda kem penyokong Anwar membina persepsi nyawa Anwar terancam sewaktu timbulnya kes-kes seperti tumbukan padu bekas KPN, drama keracunan arsenik, sandiwara suntikan darah HIV+, lelucon patah tengkuk, filem paling meletup kisah lumpuh tulang belakang, hikayat ancaman bunuh selepas laporan polis kes liwat melibatkan Saiful Bukhairi, peristiwa kegagalan filem sabotaj kereta Wan Azizah hinggalah yg terbaru sinetron patah tengkuk selepas berdemo sewaktu Bershit 2.0.

Tidak lupa juga kemampuan beliau menterjemahkan demokrasi ala kroni dalam kepimpinan parti sebagai hakmilik hakiki keluarga & kroni apabila menjadi Ketua Umum di dalam parti yg Presidennya adalah isteri beliau, anak pula turut memegang jawatan sebagai naib presiden dan dimasa yg sama bekas setiausaha politiknya adalah Timbalan presiden parti.

Selain itu beliau juga satu-satunya manusia di muka bumi yg berkemampuan menolak bukti CCTV dgn hanya meyakinkan khalayak penyokongnya bahawa perutnya tidak boroi, ini adalah satu rekod yg pastinya bakal memaksa wujudnya transformasi pengenalan kad identiti daripada memaparkan hanya wajah pemilik kepada paparan menyeluruh daripada kaki bawa ke perut hinggalah ke wajah utk dimasukkan ke dalam kad identiti/pengenalan yg terbaru kelak.

Paling penting Anwar adalah ‘Anugerah Tuhan’ untuk memimpin rakyat Malaysia dengan kepimpinan demokrasi, tulen dan kebebasan hakiki sepertimana ditegaskan oleh isteri Anwar merangkap Presiden PKR merangkap bekas ahli Parlimen Permatang Pauh merangkap juga ibu kepada Naib Presiden PKR Nurul Izzah.

Nyata dengan pelbagai warna warni kehidupan watak Anwar Ibrahim  & keunikan diri serta keluarganya ini amat wajar sekali ia dicalonkan sebagai keajaiban ke-8 dunia yg pastinya menyebabkan banyak pemimpin politik dunia mencemburui keajaiban milik Anwar.

3 thoughts on “7 Keajaiban Dunia & Keajaiban Anwar…

  1. Pingback: "Saya tidak mahu kena tipu lagi," Ku Li « :: Kamaluddin Blog ::

  2. Pingback: Sistem Pemilihan Dikatakan TERBAIK DiDunia – PKR Hancur!!! « umnobahagianparit

  3. Pingback: SPR Bela Pengundi Hantu?… | XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s