Malaysia Perlu Mantapkan Pertahanan…

Kekalahan 6-3 sewaktu menentang Liverpool membuktikan barisan pertahanan kita masih rapuh. Tapi ada peningkatan drastik bagi barisan serangan & bahagian tengah.

Kemampuan malaysia meledakkan 3 gol sebelum tewas muktamad 6-3, sedikit sebanyak telah memberi idea & ilham terbaik utk K.Rajagopal utk mempersiapkan anak buahnya menjelang perlawanan menentang Singapura kelak.

Bukan kerja mudah utk menewaskan sebuah kelab ternama dari England, namun kejayaan meledakkan gawang lawan patut diberikan sedikit pujian.

Masih banyak lagi pelajaran dan pengalaman yg perlu di asah oleh pasukan negara utk pergi lebih jauh. Jangan putus asa, anggaplah kekalahan itu guru yg terbaik utk memperbaiki kelemahan… Tapi jangan la pulak disebabkan kekalahan itu adalah guru maka lepas ni kita kalah pulak dgn Singapura. ha..ha..

Tapi macam biasa la, stadium masih lagi dipenuhi oleh sebahagian besar penyokong lawan berbanding penyokong team negara sendiri. Ini satu masalah mentaliti yg agak besar masih membelenggu peminat sukan bolasepak tanahair.

Sikap patriotik dan minat masih belum dapat di bezakan, nyata sebahagian kita masih kekurangan jatidiri. Perasaan rendah diri menjadi penyokong pasukan negara sendiri masih tebal, perasaan bangga mengangkat kehebatan kelab luar masih merajai jiwa sanubari.

Standard la tu, rata-rata kalangan kita sudah terbiasa utk menyanjung ‘barangan’ buatan luar negara. Kerapkali kita jadikan kualiti sebagai alasan utk menghalalkan sikap kita tu, sedangkan dalam pada kita mengutamakan kualiti yg sering kita banggakan itu sebenarnya di masa sama kita sedang perlekehkan negara sendiri.

Apa salahnya utk sekali sekala kita korbankan minat mendalam pada kelab-kelab luar tu dgn menyokong pasukan negara sendiri. Ni tak, pantang dengar nama Liverpool, Arsenal, Manchester, Chelsea… terus kembang semangkuk hidung tu kalau boleh seluar dalam pun ntah-ntah ada bendera kelab tu..

Hujan Salji di England, Hujan Batu Di Malaysia…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s