Anwar Magic… Kalah David Copperfield…

Sahih & jelas, legenda ahli magic terkenal dunia David Copperfield pun takleh nak lawan kehebatan Anwar dlm mempersembahkan seni magic yg memukau khalayak ramai.

Kalau dulu Anwar buat magic keracunan arsenik hingga disebarkan ke seluruh jagat alam yg nyawanya terancam dan hanya mampu hidup sehingga maksima 1 tahun, kemudiannya selepas setahun berlalu Anwar mampu meneruskan kehidupan baru hasil magic nyawa kucing.

Kini magic terbaru Anwar nyata lebih hebat, hanya dalam masa beberapa hari sahaja selepas lehernya dikatakan patah utk kali kedua sudah tegak kembali. Boleh tergeleng-geleng kiri kanan dan angguk-angguk atas bawah tanpa rasa sakit.

Kalau pada 09 Julai 2011 Anwar kelihatan nazak seperti menanti sakkaratul maut menjemput dgn keadaan pendakap leher dilihat menyokong tengkuknya itu, kali ini di Jakarta tiada lagi pendakap leher tersebut.

Ntah apa jenis ubat atau mungkinkah ada urutan special yg hanya Anwar saja yg tahu kemujarabannya, dgn hanya beberapa pusingan siang malam dan beberapa kelipan mata Anwar sahaja sudah sembuh drpd nazak patah tengkuk.

Hebat,.. inilah agaknya keajaiban ke-8 dalam dunia moden yg mampu mengalahkan keajaiban binaan piramid di mesir.

Saksikan gambar di bawah utk melihat keajaiban ke-8, hanya milik Anwar.. diulangi hanya milik Anwar.

1) 09 Julai 2011 – Keadaan yang nazak, saat-saat seolah menanti sakkaratul maut.

2) 09 Julai 2011 – Masih lagi nazak kemudiannya memakai pendakap leher utk mengelakkan kepala tercabut jatuh menyembah bumi.

3) 11 Julai 2011 – Anwar memakai pendakap leher sementara menunggu giliran berceramah di Penang… Chewah, selepas dikatakan nazak masih lagi mampu berceramah dan berteriak sakan.

4) 14 Julai 2011 – Magic Jakarta, tiada lagi pendakap leher… semua urat yg terkehel dah betui kembali, tulang leher yg patah dah bersambung.. Mantap.. Keajaiban ke-8 dunia moden hanya milik Anwar.

Ha..ha.. kita sudah ada David Copperfield yg baru lagi mantap berbanding yg lama kerana si Copperfield yg baru ini memiliki keajaiban ke-8, tengkuk yg patah mampu di cantumkan, leher yg terkehel mampu diubati hanya dlm masa beberapa ketika..

Sama-sama kita tunggu kot-kot Anwar the Copperfield akan kembali melakukan magic lagi bersama pendakap lehernya dalam masa terdekat ni. Tentu pemuja Anwar ramai yg bangga dgn bakat magic yg dimilik Anwar Ibrahim.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s