Arsenal 4, Malaysia 0…

Aiseymen… parah kena titik 4-0 sama Arsenal. Dalam hati duk fikir-fikir kot-kot team Malaysia mampu paling tidak ikat kedudukan seri tanpa jaringan ataupun kalah sipi-sipi je.

Tak sangka pulak kena sampai 4 debik. Nampak gaya perjalanan masih jauh dan banyak lagi perlu dipelajari disamping timba pengalaman utk Malaysia pergi lebih jauh.

Perlu di akui semenjak dua menjak ni pasukan kebangsaan kita dah banyak peningkatan, dah ramai bintang2 baru berjaya di lahirkan. Cuma level permainan kita masih jauh lagi drpd menghampiri standard omputih punya skill.

Takpe la, ada kalanya kekalahan tu bawak banyak pengajaran dan menjadi guru yg paling dominan utk kebangkitan kemudian hari.

Cuma yg sedikit ralat tu, rasa macam ramai penyokong Arsenal berbanding penyokong Team Malaysia. Tak ke pelik tu? Kalau yg menyokong Arsenal tu memang pure datang dr England nuu takdelah timbul ralatnya. Tapi ni rakyat Malaysia sendiri, drpd yg berkulit sawo matang, kulit putih mata sepet hinggalah lain-lain.

Kot ye standard permainan team kita masih jauh di belakang kelab England, kurang-kurang apa salahnya utk sekian kalinya kita letak ke tepi sekejap minat mendalam kita tu pada team Arsenal. Tak rugipun kalau kita korbankan seketika utk membantu memberi sorakan semangat utk team negara sendiri.

Tapi inilah hakikat yg kita kena terima, sindrom rendah diri sebagai penyokong team kebangsaan  masih kuat tersemat dalam sanubari ramai peminat bolasepak tanahair. Masih ramai yg ragu-ragu utk sokong team negara sendiri bilamana adanya games persahabatan dgn kelab bertaraf dunia terutama dgn kelab bolasepak drpd England.

Apapun, menda ni takleh nak paksa. Terpulang jugak pada individu. Agaknyalah hanya kalau Malaysia mampu menyertai persaingan piala dunia barulah berkemungkinan semua sehati sepakat berasa bangga menjadi penyokong team negara. Ya ka?… ntah la.

Nampak gaya Kementerian Penerangan serta Kementerian Belia & Sukan memerlukan satu skala pelaksanaan program jatidiri yg lebih ke depan utk sematkan semangat patriotik yg lebih kuat di kalangan rakyat Malaysia khususnya peminat sukan tanahair.

Sebelum terlupa, tahniah utk rakyat Malaysia yg masih ramai jugak yg tak segan silu menyokong team Malaysia di stadium tu. Engkorang semua memang mantop, dedikasi & memiliki jati diri yg kuat.

Hujan Salji di England, Hujan Batu di Malaysia…  Majulah Sukan Negara Kita.

Nota: Sabtu nanti cuba test pakai jersi Biru. Dah 2 kali jersi kuning asyik kalah je ni.. He..he.. cadangan je,… puak Bershit 2.0 jgn terasa hati… ha..ha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s