Demo 09/07/2011 – Ulasan Ringkas

Secara ringkasnya, demo yg digembar gemburkan oleh 3 pihak pada 09 Julai 2011 gagal mencapai matlamat masing-masing.

3 pihak yg dimaksudkan itu ialah Bershit 2.0, Patriot dan Perkasa.

Bershit 2.0 pada awalnya menjangkakan lebih 30 ribu penyokongnya akan memenuhi jalanraya, menghampiri jumlah peserta dalam demo Bershit pertama tahun 2007 dulu.

Kemudiannya Anwar Ibrahim selaku ketua pembangkang pula menjanjikan sejumlah 300 ribu rakyat malaysia akan menyertai Bershit 2.0. Manakala Pas pula sebagai parti tunggangan dalam PR telah mengeluarkan arahan supaya semua 200 ribu ahli pemudanya wajib menyertai perarakan Bershit 2.0.

Jika di conggak kiraan mudah matematik patutnya setidak-tidaknya wajib ada minima 500 ribu manusia yg menyertai Bershit 2.0 yg jika berarak di atas jalan akan mencecah panjangnya sehingga melebihi 20 kilometer.

Pun begitu sehingga tamat perhimpunan haram tersebut, angka yg paling hampir ialah sekitar 10 ribu orang peserta dalam beberapa kumpulan yg berpecah-pecah. Lebih rendah berbanding pencapaian semasa Bershit pertama dulu.

Satu yg agak menarik dalam Bershit 2.0 ini ialah tiada lagi gerombolan baju kuning sedondong yg di pakai oleh para peserta demo Bershit 2.0. Hanya segelintir yg boleh di kira dgn jari yg benar-benar berani mengambil risiko memakai baju Bershit 2.0, manakala  sesetengah yg lain hanya sekadar mampu melayang-layangkan baju tersebut.

Ini satu kegagalan nyata yg paling memeningkan kepala utk di manipulasi oleh Anwar, Bershit 2.0 mahupun juak pembangkang lain seperti Pas dan DAP.

Paling sukar diterima oleh Anwar dan pemimpin PKR serta penganjur Bershit 2.0 ialah kegagalan mereka utk memasuki Stadium Merdeka walaupun beberapa kali cuba merempuh kepungan polis dan FRU.

Persoalan mahu menghantar memorandum ke istana negara juga gagal di capai, yg banyak terjadi kumpulan Bershit 2.0 kerap kali berubah lokasi, bergabung kemudian berpecah semula dan bergabung lagi di lokasi berikutnya hinggalah perhimpunan di suraikan menjelang 5 ptg.

Pun demikian jika di bandingkan jumlah peserta Bershit 2.0 dgn jumlah peserta demo Patriot baju merah memang jauh bezanya. Anggaran sekitar 600 – 700 sahaja peserta demo Patriot. Satu kegagalan utk Khairy Jamaluddin, namun penyertaan mereka dalam demo kali ini sedikit sebanyak turut telah mengurangkan satu lokasi di KL daripada di tawan oleh Bershit 2.0.

Patriot bagaimanapun nyata sedikit berbeza dgn peserta Bershit 2.0 kerana keberanian mereka utk seia sekata berbaju merah, tapi akibatnya ramai jugak kalangan mereka yg terpaksa di tahan selepas degil melanggar arahan bersurai.

Matlamat kumpulan patriot utk menuju ke Stadium Merdeka juga gagal tercapai selepas tersekat di jalan Pudu berikutan halangan pihak polis dan FRU. Sekaligus berjaya mengelak drpd wujudnya pertembungan antara 2 kumpulan tersebut.

Jika tidak kerana kecekapan pihak polis dan FRU, agak sukar dijangkakan apa akibatnya bila 2 kumpulan keras kepala ini bertembung memaki satu sama lain, silap haribulan mahu ada yg pecah kepala atau meninggal dunia agaknya.

Satu lagi kumpulan yg pada awalnya mahu turut serta berdemo terdiri pada penyokong NGO Perkasa, tapi hingga saat-saat akhir tiada kelibat pimpinan Perkasa yg di lihat sekitar lokasi-lokasi perhimpunan.

Perkasa sebenarnya sehari sebelum perhimpunan telahpun menarik diri sebagai menghormati pandangan YDP Agong, Sultan Mizan. Namun kegagalan Perkasa menyertai demo membantah Bershit 2.0 bersama Patriot sedikit sebanyak menyebabkan imejnya tercalar walaupun hakikat adalah sebaliknya.

Apa yg pasti demo kali ini nyata hanya banyak merugikan para peniaga di KL bilamana hampir kebanyakkan pemilik premis perniagaan enggan mengambil risiko kerosakan dan kehilangan harta benda.

Tak kurang juga kesannya pada ramai pasangan pengantin yg sepatutnya gembira di majlis kenduri perkahwinan mereka turut terkena tempias kesan demo jalanan kali ini.

Entah siapa yg mahu menanggung kerugian atas semua yg terjadi, biasanya siapa saja yg berak atas jalan agak sukar nak mengaku itu adalah tahiknya. Jadi kalau esok lusa wujud tuntutan oleh peniaga, pemandu teksi, pemilik premis dan lain-lain individu kerana kerugian angkara demo, jangkaan pasti tentunya pihak Bershit 2.0 yg akan paling awal tidak mengaku itu tanggungjawab mereka.

Paling-paling menarik kalau kita kaji kenapa bershit 2.0 enggan menukar lokasi perhimpunan ke Stadium Shah Alam walaupun tawaran telah di buat oleh MB Selangor, serta telahpun dberi kebenaran berhimpun di sana oleh PDRM.. tentu sekali ramai yg sudah boleh jangka sebabnya selepas melihat pelbagai gambar peserta Bershit 2.0 yg padat berhimpun di satu-satu kawasan berskala kecil yg hanya mampu menampung sekitar 4 ke 5 ribu orang sahaja secara berhimpit-himpit.

Cuba bayangkan kalau perhimpunan Bershit 2.0 itu di buat di lokasi besar berskala puluhan kali ganda luasnya seperti di Stadium Shah Alam, sahih akan wujud lompang-lompang kosong yg jelas kelihatan.

Bagi yg biasa ke KL tentu faham keluasan jalan-jalan di sekitar Puduraya, Sogo, pertama Kompleks, jalan tenku Ab rahman dan Dataran Maybank tidaklah seluas mana. Maka tahulah kita kenapa Bershit 2.0 beria-ia benar utk berhimpun jugak di KL walaupun puluhan kali di beri amaran.

Mereka sebenarnya takut kegagalan menarik orang ramai memenuhi setiap inci ruang duduk kerusi dan kawasan padang serta luar stadium Shah Alam akan menyebabkan backfire yg teruk pada semangat juang penyokong pembangkang dan Bershit 2.0.

Bershit 2.0 mahu menarik minima 30 ribu orang peserta, Anwar Ibrahim pula bermimpikan 300 ribu akan menyertainya, tapi Stadium Merdeka yg hanya mampu menampung 25 ribu orang pada satu-satu masa itu jugaklah yg diinginkannya.

Sudahlah jalan-jalan di KL tidak seluas mana di tambah pulak dgn bangunan premis kiri kanan jalan, jika di tambah lagi sekitar 10 ribu manusia yg berhimpit-himpit jantan betina lagi la sesak dan padat jadinya.

Gerombolan yg sepatutnya hanya memenuhi hampir satu padang bola, kalau berhimpun berarak di jalan sempit sekitar KL pastinya akan menjadi satu barisan panjang utk satu dua kilometer. Jadi nampak la sikit ramai peserta. Itu sajalah sebab kenapa KL tetap juga jadi pilihan bershit 2.0 dan Anwar.

Tempat biar sempit, kecik baru nampak padat dan sendat. Masing-masing jantan betina boleh berhimpit darurat la katakan. Bukankah menda yg sempit dan sendat ni sedap? Cuba tanya Anwar kenapa sedap? Tentu dia tersenyum malu-malu kucing.🙂

* tajuk ulasan ringkas, tapi tak macam ringkas.. he..he..

One thought on “Demo 09/07/2011 – Ulasan Ringkas

  1. 1. Setuju tuh bro… tapi wa punya teroi jumlah maksimum sekitar 15,000 org jer. Setiap kali demo, Polis mampu tahan antara 10-15% penunjuk perasaan jika dilakukan semaksimum mungkin sebagaimana sewaktu berSHIT. So dengan jumlah tangkpan sekita 1.6K maknanya jumlah kehadiran sekitar angka 15-16k. Jauh tersasar dari 300 juta orang yang digebangkan.

    2. PAS pulak arahkan 200K ahlinya turun.. tapi yang datang 0.5/10 angka tuh.. maknanya, baki 9.5/10 ahli sudah engkar arahan ketua walinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s