Demo Bershit 2.0 Di KL 09-07-2011…

Telah berbuih mulut PDRM meminta, merayu, memberi amaran dan mendapatkan perintah mahkamah, namun bebal dan bengap seseorang manusia tak mampu di atasi juga.

Demo golongan Bershit 2.0 tetap dilakukan juga dgn perarakan daripada beberapa kawasan malah hampir bertembung dgn pendemo Patriot. Beberapa tangkapan kepala pendemo termasuk Tian Chua, Ambiga, Khary dan beberapa yg lain telah dilakukan.

Apapun, apa yg menarik ialah soal keprihatinan dan sifat perikemanusiaan yg tinggi PDRM dan kerajaan BN bilamana ramai pendemo yg di tahan kemudiannya tetap diberikan kemudahan termasuk menyediakan tempat khas utk tahanan menjamu selera dan juga solat.

Bayangkan kalau ini adalah Amerika Syarikat, jangan haraplah layanan yg tinggi sifat kemanusiaan ini akan diberikan, silap2 semua tahanan demo di rantai kaki dan tangan kemudian di campak satu persatu ke dalam sel tanpa makan minum ataupun solat.

Tahanan Bershit 2.0, di soal siasat kemudian diambil keterangan diri utk dokumentasi oleh PDRM. Elok kalau PDRM serahkan semua keterangan tu pada majikan tahanan tu, biar diaorang di pecat ataupun di beri last warning. Golongan student pula elok di gantung pengajian ataupun di buang terus. Membazir wang rakyat je bagi peluang mereka mengaji, ramai yg masih menunggu kekosongan nak masuk IPT tu.

Salah seorang wanita tahanan yg menyertai demo Bershit 2.0, diberikan rawatan selepas mengadu kurang sihat. Dah tahu tak sihat yg gatai pi berdemo jugak tu awat?.. Gara-gara bershit 2.0, diri sendiri pula tebalkan muka utk di rawat oleh PDRM yg di anggap musuh oleh mereka.

Beberapa orang tahanan yg telah selesai di ambil keterangan diri sedang menjamu makanan di khemah khas yg disediakan oleh PDRM. Siap ada yg berkopiah warna kuning tu. Ha..ha.. Tak malu ke mereka ni? Dah la menyusahkan rakyat Malaysia yg lain, kemudian tanpa segan silu selepas memaki hamun polis dgn selambernya pula makan minum makanan yg disediakan oleh PDRM. Ayah sapa latu tu?..

Para tahanan Bershit 2.0 sedang mengambil air sembahyang utk tunaikan solat sambil di kawal oleh anggota polis. Sucikanlah diri tu elok2 semoga terbuka hati utk menjauhi kegiatan yg boleh menghuru harakan negara.

Sebahagian tahanan demo Bershit 2.0 baru selesai solat zohor di khemah yg disediakan oleh PDRM. Moga terbuka hati utk menyedari PDRM bukannya zalim, sebaliknya PDRM bertanggungjawab menjaga keamanan negara dan ketenteraman majoriti rakyat Malaysia daripada ancaman kekacauan ataupun huru hara.

Anda semua para pengunjung boleh mengikuti laporan penuh terkini drpd facebook PDRM utk lebih lanjut keadaan mutakhir di KL sekarang ini. Klik sini.

Sebelum itu, cuba sematkan dlm hati,.. lebih 50 tahun kita bina negara ini tanpa banyak huru hara, kenapa mahu kita porak perandakan milik kita ini hanya demi sebuah perjuangan yg palsu Anwar Ibrahim?

Anwar sudah di beri pelbagai peluang utk membela diri namun dia sendiri yg mencipta seribu satu alasan utk menangguhkan sekerap mungkin perbicaraan mahkamah, adakah itu adil kepada pesalah lain?

Anwar sudah di minta bersumpah bersaksikan Allah s.w.t, namun gagal dilakukan oleh Anwar dgn pelbagai alasan retorik, adakah Anwar pun sudah tidak yakin dgn kekuasaan Allah s.w.t ataupun sebenarnya Anwar takut di laknat bila dia bersumpah bohong?

Pas, PKR dan DAP memenangi 5 negeri, 82 parlimen, lebih 200 kerus DUN dan turut berjaya memenangi 8 daripada 16 PRK, adakah mereka berani declare kemenangan mereka itu sebagai tidak adil?

Bershit 2.0 telah di beri peluang utk berhimpun di Stadium Shah Alam oleh MB Selangor Khalid Ibrahim, tapi masih juga Bershit 2.0 degil mahu berhimpun di Stadium Merdeka hingga memaksa banyak perniagaan di tutup, majlis perkahwinan terganggu dan kegiatan harian penghuni KL lumpuh,.. adakah Bershit 2.0 bertindak adil terhadap hak majoriti rakyat lain?

Tahukah anda, salah satu bantahan Bershit 2.0 terhadap SPR ialah berkenaan undi pos dan mereka mendakwanya sebagai tidak relevan kerana hanya Malaysia saja yg masih melaksanakan sistem undi pos tersebut. Tahukah mereka di US, Switserland, UK dan Indonesia masih lagi mengamalkan sistem undi pos malah di US sendiri di negeri California salah satu daerahnya siap menyediakan drive thru voting konsep yg hampir sama seperti drive thru mcD dan KFC.

Masihkah Bershit 2.0, Pas, PKR dan DAP relevan dgn kehendak rakyat Malaysia tatkala mereka cuba merampas hak majoriti rakyat melalui kuasa jalanan?

Anda fikirkan sendiri dgn mata hati, lihat drpd mata burung jangan pandang daripada dalam tempurung.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s