Bershit 2.0 Di Perintah Melalak Dalam Stadium…

Akhirnya golongan-golongan Bershit 2.0 tidak jadi menyesakkan jalanraya KL yg dah sedia sesak dgn pelbagai kenderaan tu.

Ingatkan masih nak tunjuk degil dan keras kepala, mujurlah depa masih lagi ada sejemput akal yg berguna, kalau tak confirm pertembungan sengit yg menyusahkan penduduk KL mungkin berlaku gara-gara hanya nak hantar memo punya pasal.

Kerajaan Pusat melalui PM dan juga penjaga keamanan negara yakni pihak Polis sejak awal lagi sudah menyarankan supaya golongan yg suka buat perarakan ni berhimpun saja di stadium, tujuannya utk elak kemusnahan ekonomi dan kesan buruk pada kehidupan rakyat sekiranya perhimpunan jalanan ni di lakukan secara terbuka.

Manfaat dan ketenteraman rakyat majoriti jauh lebih penting berbanding matlamat serta niat meragukan yg tersembunyi di benak penganjur-penganjur Bershit 2.0.

Kalau kita selongkar tujuan di adakan Bershit 2.0 ni, matlamat utama mereka di war-warkan pada umum ialah utk hantar memo kepada YDP Agong utk sampaikan rasa tidak puashati depa berkenaan perjalanan pilihanraya oleh SPR yg mereka dakwa sebagai kotor dan tidak adil.

Tapi yg pelik bin ajaib tu, alang-alang dah jumpa YDP yg kemudiannya membawa kepada perubahan tempat berhimpun drpd jalanan kepada stadium, awat yg depa ni banggang nak mampuih tak bawak sekali memo tu utk diserahkan terus pada YDP Agong? Bukankah itu tujuan utama buat demo ke?

Haaa.. di sinilah makin terbongkarnya niat tersembunyi mereka sebelum ini. Agenda asal mereka yg mahu menghiruk pirukkan bandaraya KL dgn perhimpunan tu sebenarnya tidak lebih hanyalah utk cuba mengaplikasikan apa yg terjadi di Mesir, Tunisia, Syria, Yemen dan beberapa negara lain. Itulah matlamat mereka yg sebenar-benarnya.

Soal nak hantar memo itu hanyalah umpama umpan utk tarik perhatian lebih ramai penyokong mereka di samping utk cuba menghalalkan perhimpunan berniat jahat mereka tu, itu saja.

Apapun, dengan perkembangan terkini yg mana perhimpunan tu dah di ubah ke stadium, harapnya eloklah di buat di Stadium Shah Alam. Nak terjerit, terlolong sambil pakai spender kuning macam superman pun kitaorang tak kisah, buatlah selagi mampu.

Sambil tu pihak berkuasa terutama pihak polis dan ATM tetap perlu berjaga-jaga, bukan kita tak tahu kata-kata yg keluar drpd mulut pembangkang dan penyokong majlis peguam tu bukannya boleh dipegang 100%, dibuatnya ada sekelompok dua puak Bershit 2.0 yg hilang akal depa pi jugak buat havoc di KL, naya je nasib orang ramai yg keluar bersama keluarga ambil angin di hujung minggu terganggu dek jerit pekik lolongan hantu siamang yg terlepas tu jadi eloklah langkah berjaga-jaga di teruskan. Mencegah tu lebih baik drpd mengubati.

Sementelah dah hampir pasti Stadium Shah Alam berkemungkinan besar jadi venue utk acara pekik memekik, melalak dan melolong tu (dengarnya Khalid Mb Selangor tu pun dah offer secara bersyarat), di sarankan kepada penganjur penghimpunan orang kuning berpenyakit kuning tu memastikan takde sampah sarap yg bersepah selepas perhimpunan, takde spray kuning atau hijau yg mencemari kerusi ataupun mana-mana bahagian stadium serta paling penting jangan ada yg kencing merata-rata sesedap rasa je.

Time Bershit 2007 dulu selepas saja depa berhimpun sampah sarap, botol mineral, plastik, flyer, kertas dan bermacam lagi bersepah merata tempat hingga memaksa DBKL bekerja keras membersihkannya kembali dari lewat petang bawak ke lewat malam baru selesai. Pengotor sungguh. Nama je bersih tapi buat sepah merata-rata.

Barangkali acara paling penting sementara menunggu khalifah baru Pas berucap, eloklah di sertakan skali persembahan Carburetor Dung dgn nyanyian ‘jilat, jilat’ sambil tunjuk buntut tu, confirm akan tambah berkat utk perhimpunan orang kuning di stadium tu. Ha..ha..

Akhir kalam, selamat berdemo sampai serak anak tengkuk, ingat pesan Khalid Ibrahim, jaga tatatertib dan tolong berdisiplin ye.. Tentu skang Khalid duk pening kepala sebab risau orang Shah Alam terutama area Seksyen 9, 11, 12 & 13 mengamuk sakan hari sabtu nanti sbb confirm trafic jam. Ada harapan hilang undi penduduk Shah Alam next pru. Ha..ha..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s