Kenapa Bersih 2.0 Tidak Di Buat Di Stadium?…

Cuba tanya akal minda kita kenapa golongan haprak, penyangak dan pelopor gerakan Bersih 2.0 tidak berminat mengadakan perhimpunan yg depa yakin aman damai tenteram tu di stadium-stadium yg mana ada di setiap negeri yg dikuasai mereka?…

Misalnya Stadium Shah Alam mampu menampung sehingga 80 ribu manusia kalau di benarkan sekali padang rumput tu di pijak-pijak utk membolehkan ramai lagi penyangak Bersih 2.0 berhimpun mahu mencecah lebih 100 ribu manusia semuanya.

Kalau tak cukup Stadium Shah Alam, Stadium Melawati yg terletak bersebelahan pun mampu menampung lagi sekitar 15 ribu orang manusia keparak yg gemar berhimpun tu.

Tapi kenapa tidak di buat di sana? Kenapa? Takut rumput di padang tu rosak menyebabkan gangguan pada perlawanan bolasepak kelak?.. Mustahil sebab itu, kerana selama ni sejak PKR menguasai Selangor bersama DAP, Pas banyak kali tumpang sekaki meranapkan rumput padang tu dgn aktiviti ceramah serta pelbagai solat hajat yg tak sampai-sampai satu pun hajatnya.

Jadi sebab apa?..

Jawabnya mudah, mereka takut kalau di buat di stadium akan nampak lompang-lompang kosong di antara kerusi-kerusi pengunjung juga ruang kosong yg besar di atas padang kelak. Bila ini berlaku maka malulah Anwar dan penyangak lain dalam Pas, PKR dan DAP kerana majlis kurang sambutan ramai.

Rekod kehadiran majlis politik di stadium Shah Alam anjuran Pas dan PKR hanya mencecah 20 ribu orang sahaja. masih ada ruang kosong 60 ribu kerusi dan lebih 20 ribu tempat kosong di padang stadium.

Berbeza kalau di buat di kawasan tempat tumpuan ramai misalnya diMasjid Negara, Central Market, Jalan Tengku Ab Rahman, sekitar Sogo, Pertama Kompleks dan sepanjang jalan menuju Istana, lompang kosng takkan kelihatan, jumlah hadirin akan kelihatan ramai kerana bercampur sekali dgn orang ramai yg melakukan urusan harian.

Paling penting mereka dambakan perhatian ramai. Bukankah sudah peel perangai manusia keparak sukakan perhatian dan gemar menarik perhatian khalayak dgn perbuatan budus sombong.

Lihat saja haiwan-hawan dan menatang beruk yg bergayut sakan di zoo negara, bukankah mereka itu suka melihat dirinya diperhatikan pengunjung yg datang. Demikianlah dgn penganjur dan penyokong himpunan Bersih 2.0 ni, mereka mahukan perhatian dan sanggup laku apa sahaja demi menarik perhatian walau sekalipun cara tersebut bakal menyusahkan ratusan ribu warga kota yg lain.

Mat Sabu, Tian Chua, Ambiga, Mahfuz, Khalid Samad itu semua, mereka amat jarang bermandi peluh dalam kereta yg tersangkut dalam jam, kereta mereka semuanya berhawa dingin, ramai yg ada pemandu sendiri dan ramai yg tidak lagi menggunakan class manual dlm pemanduan. Jadi keperitan hidup selama 2, 3 jam kadang-kadang mencecah 5, 6 jam tersangkut dalam kereta atau bas kerana kesesakan lalulintas angkara perhimpunan haram ni tidak pernah mereka lalui.

Seksanya hati memandang-mandang isteri yg hampir bersalin di tempat duduk belakang tidak pernah mereka rasai tatkala dalam perjalanan menuju HKL. Kalau meninggal bayi dlm kandungan atau perginya isteri menghadap Illahi, adakah Ambiga, majlis Peguam, PSM, Pas atau Anwar Ibrahim boleh tolong replace nyawa bayi atau si isteri tu?

Perasaan sayu dan sedih melihat anak yg demam panas menangis di pangkuan ibunya ketika jalan semakin sesak dan pergerakan semakin perlahan berikutan halangan penyangak yg membanjiri jalanraya tentu sekali tak terlintas difikiran mereka.

Kalau takdir budak kecil itu kena sawan dan akhirnya menderita terencat akal seumur hidup kerana kepanasan melampau dan lambat sampai di wad kecemasan HKL, mahukah Anwar serahkan cucunya sebagai galang ganti utk si ibubapa tadi tu?..

Bagaimana pula kalau dengan takdir Allah s.w.t ibu atau isteri Khalid Samad diserang penyakit kronik akhirnya meninggal dunia di dalam ambulan hanya disebabkan terlewat 10 atau 15 minit sahaja disebabkan kesukaran ambulan meneruskan perjalanan yg lancar angkara perhimpunan nam jahanam lagi celaka itu? Tentu sekali Khalid sedih, mana ada manusia yg gembira kematian ibu atau isteri.

Bagaimana pula dengan nasib pemandu kereta yg puluhan ribu tersangkut dlm kesakan lalulintas itu? Di kalangan mereka ada yg berpenyakit jantung, darah tinggi dan pelbagai penyakit lain. Jika kerana tekanan akibat kesesakan lalulintas angkara perhimpunan celaka Bersih 2.0 yg akhirnya ada pemandu yg meninggal dunia dlm kereta, siapa yg mahu menanggung anak bini si mati? Mat Sabu atau Ambiga?.. Tentu sekali kedua-duanya akan lepas tangan.

Pernah para lahabau, penyangak dan penganjur perhimpunan Bersih 2.0 ini fikirkan hak majoriti lain di kotaraya Kuala Lumpur ni? Sejak bila hak minoriti 30 ribu penyangajk Bersih 2.0 boleh menghapuskan hak majoriti hampir 2 juta penghuni kotaraya KL?

Kita faham ramai peserta Bersih 2.0 terdiri daripada orang yg tiada sifat rajin berusaha, mereka malas dan haprak, maka kerana itu memiliki waktu terluang utk mengacau bilau urusan harian penghuni kota. Sedangkan ratusan ribu warga kota tetap perlu menunaikan tanggungjawab mencari rezeki sesuap nasik di hari sabtu.

Ribuan pegawai marketing sibuk memenuhi temujanji menemui client, ribuan lagi peniaga daripada Selangor, Melaka, Negeri Sembilan menuju ke Lowyat, Sungai wang, Pertama Kompleks utk mendapatkan tempahan barang-barang telefon dan komputer yg dipesan pelanggan.

Apa terjadi bila kesesakan berlaku? Perlukah mereka semua menangguhkan tempahan pellanggan, membatalkan temujanji semata-mata kerana terperangkap dlm kekalutan haprak penyangak Bersih 2.0? Siapa mahu tanggung kerugian kalau tempahan dibatalkan dan client tidak jadi meneruskan urusniaga kerana kelewatan temujanji? Pemimpin Pas, PKR nak tanggung?… Eleh, ada yg hati kering duk berangan pergi Mekah pun duk harapkan pakej vvip tajaan orang lain, ada hati nak tanggung tuntutan orang ramai.

Jadinya, eloklah para penyangak Bersih 2.0 sekalian fikir guna akal di kepala bukanya guna otot di lutut sebelum berhajat buat kalut dan bikin kotaraya KL jadi sesak.

Kot ye haprak sangat dan teringin sangat nak berhimpun, pi buat sesak di area stadium masing2, kemudian hantarlah wakil 2, 3 orang kepala pengat hangpa utk sampaikan memorandum ntah hapa-hapa tu pada Tuanku Agong. Akal ada tolong guna, jgn asyik duk fikir macamana cara nak susahkan orang ramai je.

Kecik-kecik tak nak mampuih, dah besar-besar semua menyusahkan orang. Haprak sungguh.

8 thoughts on “Kenapa Bersih 2.0 Tidak Di Buat Di Stadium?…

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.
    Kepada penulis artikel yang lancang menulis, selidiklah bahasa dan akhlakmu sebelum menulis. Tinggi rendah ilmu pengetahuan boleh dinilai melalui penulisan. Kita diberi akal untuk berfikir sebaiknya. Jangan mudah melabel mana-mana pihak sebagai pemalas dan sebagainya. Saya kira anda hanya menulis mengikut hawa nafsu yang marah entah kenapa. Sesungguhnya iman yang lebih berhak ke atas lidah bukan hawa nafsu syaitani. Terima kasih di atas penulisan di atas kerana jawapan kenapa Bersih 2.0 tidak dijalankan di stadium-stadium negeri kerana ianya perarakan yang akan diakhiri dengan penyerahan memorandum kepada DYMM Agong dari rakyat jelata.

    nota: Tahukah kita Bersih 2.0 sah di sisi undang-undang mengikut artikel 10 Perlembagaan Persekutuan?

  2. W’salam.

    perarakan hanya utk hantar memorandum kemudian menyusahkan kehidupan ratusan ribu rakyat lain tu tuntutan perlembagaan ka?.. tentu sekali tidak.

    perlembagaan menuntut hak ketenteraman awam, keamanan rakyat di dahulukan. perlembagaan memberi kebebasan menyuarakan pendapat, tapi di masa sama perlembagaan yg dikatakan taghut oleh pengikut Pas itu juga menegaskan hak majoriti rakyat menjalankan kehidupan harian mesti dijaga.

    punya besar stadium di shah alam, kotaraya KL juga yg dipilihnya. ada akal ka? Ngko sendiri pernah tersangkut dlm jam disebabkan perhimpunan golongan2 haprak ni?.. kalau pernah rasa jerih perih gara2 pehimpunan budus ni, baru la ngko tahu betapa bangangnya golongan yg menyesakkan jalanraya KL dgn perarakan yg tak de faedah tu.

  3. betul tu..memang menyusahkan! akibatnya? lebih kurang 5000 peniaga mahu saman Ambiga akibat drpd perhimpunan tempoh hari. Tak boleh ke tunggu sampai pilihanraya nanti? buatlah parti BERSIH! kita tentukan dari situ..baru sama adil.Kitakan negara demokrasi..wahai saudara2 ku, bersyukurlah dgn apa yg ada. Negara sudah aman, jangan di porak perandakan.

  4. salam..nampak gaya saudara express minda perlu mengexpress lagi mindanya. Manakala saudara nan plak perlu muhasabah diri supaya anda tidak di label xde otak seperti Roti Nan kat kedai mamat. Ini komen dari pengkritik politik Malaysia bernama prof. Madya selepas berlakunya perhimpunan ini “Perhimpunan seperti ini xkan terjadi sekiranya pihak pembangkan diberi peluang untuk bersuara kepada media tentang apa yg ingin dituntut”(tapi suara beliau ini juga tidak disiarkan media)…Negara kita negara demokrasi..Harap saudara berdua perlu belajar sedikit sebanyak tentang perlembagaan negara ini. Saya fikir anda berdua terlalu terpengaruh oleh siaran television yg dimonopoli oleh kerajaan. tidak hairan anda juga meminati drama-drama tv yang membuang masa. Menangis di kala menonton drama sedih, marah tanpa sebab di kala menonton drama lakonan kerajaan.. Bersih 2.0, jalan sesak kerana pihak kerajaan sendiri yang menyekat jalan untuk memasuki bandar KL. Disusuli dgn jalan menuju ke kL. Perhimpunan itu bukan merugikan peniaga. Tapi peniaga sendiri yang ditipu oleh kerajaan. Konon-konon terjumpa parang, bom botol dan sebagainya. Seperti anda sedia maklum, semua itu drama kerajaan di TV. Peniaga menjadi takut untuk meniaga kerana ancaman yang dibawa kerajaan sendiri. Dan ada cerita benar ingin saya kongsi bersama saudara. Cerita ini dengan nama Allah bahawa benar. Saya ada bersama ketika bersih 2.0. Setelah berhimpun, kami semua beramai-ramai minum dan makan di salah sebuah kedai yang ada dibuka. Sedang elok duduk, datang polis menghalau semua yang ada di kedai. Dalam masa 5 minit, kedai yang dipenuhi pelanggan senyap tanpa orang. Ini cerita polis yang merugikan peniaga. Kerajaan turut sama. Sekian kepada saudara ku seislam

  5. W’salam.
    Utk saudara yg guna nick Manusia,… saudara faham ka artikel 10 perlembagaan kalau nak digunakan utk menghalalkan perhimpunan awam perlu di baca skali dgn fasal-fasal di bawahnya, jgn main serkap jarang.

    Hak berhimpun walaupun ada dlm perlembagaan tapi hak ketenteraman majoriti di utamakan. Hak 10,000 manusia yg desperate berhimpun tidak boleh mengalahkan hak kehidupan aman 2 juta penduduk KL.

    Tujuan bershit 2.0 nak hantar memorandum, tapi awat time di beri peluang berjumpa dgn YDP Agong langsung tak di hantar memorandum? Nampak kat situ permainan kotor geng2 bershit 2.0?

    MB Khalid Ibrahim dah beri kelulusan stadium shah alam dan polis anytime sedia keluarkan permit berhimpun di stadium yg di luar KL, kenapa masih nak kacau dan berhimpun di jalan sempit di pusat bandar KL?

    baca artikel 10 di bawah, jgn baca sekerat-sekerat. Sejarah dah buktikan sejak 13 tahun bermula zaman gelap reformasi tahun 1998, pelbagai kerosakan harta benda awam berlaku disebabkan penganjur gagal mengawal peserta perhimpunan.

    Polis, tentera dan FRU tugas mereka menjaga hak keamanan penduduk dan hak ketenteraman rakyat, dan tugas mereka meliputi sekali peranan yg di sediakan dlm artikel 10 fasal 2,2 dan 4.
    ++++++++++++++++++++++++++++++++
    Artikel 10.

    Kebebasan bercakap, berhimpun dan menubuh persatuan.

    (1) Tertakluk kepada fasal (2), (3) dan (4);
    (a) Tiap-tiap warganegara adalah berhak bebas bercakap dan mengeluarkan fikiran;
    (b) Semua warganegara adalah berhak berhimpun secara aman dan dengan tidak bersenjata;
    (c) Semua warganegara adalah berhak menubuhkan persatuan.

    (2) Parlimen boleh dengan undang – undang menggunakan:

    (a) Ke atas hak-hak yang diberi oleh perenggan (a) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, perhubungan persahabatan dengan negeri-negeri lain, ketenteraman awam untuk melindungi keistimewaan-keistimewaan parlimen atau mana-mana Dewan Negeri atau untuk mengelakkan penghinaan terhadap mahkamah, fitnah, atau perbuatan mengapi-api supaya dilakukan sesuatu kesalahan;

    (b) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (b) Fasal (1), apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya, atau ketenteraman awam;

    (c) Ke atas hak yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) apa-apa sekatan yang didapatinya perlu atau mustahak demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam atau akhlak.

    (3) Sekatan-sekatan ke atas hak menubuhkan persatuan yang diberi oleh perenggan (c) Fasal (1) boleh juga dikenakan oleh mana-mana undang-undang mengenai buruh atau pelajaran.

    (4) Pada mengenakan sekatan-sekatan demi kepentingan keselamatan Persekutuan atau mana-mana bahagiannya atau ketenteraman awam di bawah Fasa (2) (a) , Parlimen boleh meluluskan undang-undang melarang perbuatan mempersoal apa-apa perkara, hak, taraf, kedudukan, keistimewaan, kedaulatan yang ditetapkan atau diperlindung oleh peruntukan Bahagian 3, perkara 152, 153 dan 181 berhubung dengan pelaksanaannya sebagaimana yang dinyatakan dalam undang-undang itu.
    +++++++++++++++++++++++++++++++++++++

  6. Pingback: Puluhan Ribu Penyokong PR Memenuhi Stadium Melawati… « XPressMinda

  7. Pingback: Patutlah Bershit 2.0 Tak Berani Buat Di Stadium Shah Alam… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s