Bersih 2.0 Kata Pilihanraya Malaysia Kotor…

Ye la tu, kot mana kotornya tak tahulah. Melainkan kalau haprak-haprak dan jibraun pemimpin Pas, PKR dan DAP tu anggap kemenangan besar mereka menguasai 5 buah negeri dan turut menawan 82 kerusi parlimen tu dilakukan secara kotor.

Kalau PRU dan PRK di Malaysia ni kotor jangan haraplah pembangang yg terdiri drpd Pas, PKR dan DAP tu nak tawan hatta sekelumitpun kuasa mana-mana negeri.

Sepanjang suku ketiga tahun 2008 hinggalah awal tahun 2011 ni ada 16 pilihanraya kecil dan 8 daripadanya dimenangi oleh pembangang samada Pas, Pkr mahupun Dap.

Lagi mahu kata kotor ke?…

Oii lahabau,.. tu Nik Aziz yg dah lebih 20 tahun bergayut di puncak kuasa tanpa sedikitpun membantu ekonomi rakyat sebaliknya dia asyik duk bertukar ganti kereta mewah malah gaji serta elaun meningkat berkali-kali tu, duduk di kerusi MB kelantan adalah hasil drpd Pilihanraya sama seperti di amalkan sekarang.

Itu si Azizan yg saban masa asyik cakap “saya tak tahu”, Lim Guen Eng yg suka ambil kredit penat lelah usaha tarikan perlaburan pimpinan BN Pusat, Si Khalid Gagap yg gah sembang pasal bisnes tapi dah jual PKNS, Kesas tu.. depa sekarang jadi kepala negeri disebabkan pilihanraya yg kotor ke wahai jibraun munafikun?

Jika pilihanraya malaysia ni dijalankan secara kotor, si bekas cikgu Normala tu takkan terhegeh-hegeh letak jawatan guru semata-mata utk bertanding pilihanraya dan lakinya yg kuyu tu takkan menipu sijil sakit demi membantu kempen pilihanraya bininya tu.

Sebaliknya disebabkan pilihanraya yg bersih, telus yg sekian lama di selenggarakan oleh SPR inilah maka si peraih ikan di Manek Urai dapat merasa jadi YB selepas menang atas tiket Pas dalam pilihanraya kecil dulu tu.

Yang sebenarnya engkorang beria-ia nak jalankan perhimpunan Bersih 2.0 tu bukannya apa. Korang dah nampak ramai rakyat mula buka mata atas segala tipu daya dan mulut busuk ramai pimpinan parti Pas, PKR dan DAP tu.

Lagi satu, idea mengembeleng tenaga melaksanakan Bersih 2.0 ni disebabkan ramai pemimpin kamu yg teruja melihat kejatuhan 1, 2 kerajaan di negara Arab dan Afrika sana tu terutama sekali di Mesir, Tunisia serta kekalutan di yemen, Bahrain dan Syria.

Motif korang semua mudah, cuba wujudkan ketidaktenteraman awam, cuba memaksa pihak berkuasa bertindak keras supaya mudah menjatuhkan ekonomi negara dan rakyat akan bangkit menentang kerajaan.

Dalam masa sama korang cuba membina alasan utk membolehkan perbicaraan 16 Julai 2011 melibatkan bapak segala kronisme dan nepotisme Malaysia yakni Anwar tu tertangguh atas sebab darurat atau apa saja janji tangguh.

Budak budus jahil murakkab bolehlah kamu tipu kata motif perhimpunan utk membersihkan proses pilihanraya, tapi majoriti besar rakyat Malaysia ni fikirannya belum dikotori najis bersin dr mulut haprak Anwar, Nik aziz dan hadi.

Wahai jibraun penyangak dan pengacau kehidupan rakyat, kot ye kalau betul korang masih ketegaq nak adakah perhimpunan Bersih 2.0 tu, bersihkan diri kamu semua tu dulu. Lucutkan semua jawatan politik, jawatan Exco dan MB di semua negeri yg Pas, PKR dan Dap pegang serta merta dan adakan sekarang jugak pilihanraya.

Korang tak reti malu dan takde harga diri ke pegang jawatan hasil drpd proses pilihanraya yg korang dakwa sebagai kotor? Jangan jadi munafikun, hipokrit dan jibraun… letak sekarang jugak jawatan tu semua dan bubarkan DUN di Selangor, Kedah, Kelantan dan Penang tu.

Utk geng-geng haprak ahli Parlimen PR yg memandai tunjuk gengster memakai baju & tali leher berlogo Bersih 2.0 dalam parlimen tu, korang pun sama juga, elok letak jawatan tu sekarang sebab kamu semua dah sepakat kata proses pilihanraya Malaysia ni kotor.

Tak malu ke terima gaji, guna duit elaun, claim mileage hasil daripada jawatan yg dimenangi melalui proses pilihanraya yg kamu dakwa kotor?

Konon nak bersihkan proses pilihanraya.. chaittt.. PKR punya pemilihan pun kucau barau, ada hati nak mengajar SPR yg berpuluh tahun berpengalaman kendali ratusan pilihanraya kecil dan berbelas pilihanraya umum.

Si Ketua Umum PKR selamba menguasai parti tanpa sebarang pemilihan demokrasi, si isteri pula dgn megah ditabalkan jadi presiden kemudian si anak pula menjadi naib presiden. Kroni terdekat Azmin Ali pula jadi Timbalan,.. hai… ada hati nak cerita pasal ketelusan dan demokrasi yg luhur?.. Cermin diri la woi…

Ada hati nak cerita pasal ketelusan pilihanraya,.. chaitt… si Nik aziz tu pun duk tongkat langit pegang jawatan mushit am tanpa pemilihan secara demokrasi oleh ahli bawahan.

Tak malu sungguh duk canang nak bersihkan pilihanraya Malaysia drpd unsur ketidakadilan,.. chaitt.. si Lim Kit Siang anak beranak dan menantu pegang jawatan dalam parti DAP pun dah macam harta pusaka keluarga.

Chaiss… dasar manusia hipokrit, jibraun dan budus tahap murakkab. Macam tu punya peel perangai pun masih ada lahabau yg duk bawah pi sokong. Buta hati tertutup minda sungguh para murakkab bawahan.

2 thoughts on “Bersih 2.0 Kata Pilihanraya Malaysia Kotor…

  1. BODOH. Apa la u ni. pilihan raya kecil tu tak boleh main. dan BN and Pembangkan ade menang. sekarang masalahnya nak keadilan untuk undi bersih. U tau tak Malaysia saje ade undi POS. Maksudnya. undi tu wajib until orang kerajaan untuk diundinya.
    Jangan lah sokong orang yang sentiasa NAIK HARGA BARANG BARANG NAIK (BN)
    tu sentiasa nak harga..

    Tengok lah negera jiran. Yang u duduk kat kampung baca satu belah.. Kata satu bangsa kepala otak enka. Mana dia ade tolong bangsa sendiri. Semua kroni.. Kalau lah si bodoh can wak ade.. Mesti malaysia tak boleh berjaya.

    APA GUNA HIDUP DENGAN BANGSA. HIDUP LAH DENGAN MANUSIA<NEGARA

  2. sapa kata Malaysia saja yg ada undi pos… Amerika (US), UK, Switzerland, Indonesia adalah antara negara yg masih lagi iktiraf undi pos. Depa punya cara lagi sempoi, kertas undi di masukkan dlm sampul khas dan pos ke rumah pengundi yg berada jauh dr tempat pengundian.

    Malah di US misalnya El dorado yg berada bawah California siap sediakan drive thru voting, sambil duk dlm kereta pun boleh mengundi sebijik kaedah pesan kfc, mcd drive thru.

    Malaysia punya kaedah undi pos membenarkan wakil parti bertanding menyaksikan proses pengundian hingga tamat dan beg undi di seal hinggalah dijumlahkan sekali dgn undian biasa kemudiannya.

    Askar, polis, kakitangan SPR yg bertugas depa tetap rakyat malaysia, dan depa berhak utk ambil bahagian sama utk mengundi parti pilihan depa. Satu cara utk depa mengundi ialah pengundian secara pos lebih awal daripada orang lain supaya tugasan depa sewaktu hari pengundian tak tertangguh.

    pas, PKR dan DAP serta Bersih 2.0 marahkan undi pos hanya sebab depa gagal tarik pengundi pos utk undi depa, gila apa nak undi Pas, PKR dan DAP yg siang malam duk hentam polis, askar dan kakitangan SPR.

    Pas, PKR dan Dap je bebal tak reti ambik hati para pengundi pos, macam nak tackle awek yg hang pi terajang dia kemudian pi pulak ajak dating, sapa yg mahu dol ooii.. last2 awek tu tak mahu keluar dating hang pi pulak tuduh dia sombong, ada ka patut…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s