Kekeliruan Kes Rogol & Mesej Kartun…

Memang ramai yg keliru dan kartunis Miki akhirnya berjaya memperbetulkan kekeliruan itu secara mudah, ringkas tapi penuh sindiran, jelas dan terang tapi mengelirukan bagi mereka yg blur dan slow.

Tajuk kartun itupun sudah cukup utk difahami “Kekeliruan Kes Rogol” bagi kita yg waras, tapi ia sukar difahami oleh segolongan jumudan hanya disebabkan beberapa ayat misalnya “dia hanya besi”  yg dilihat sebagai menyindir dan menjentik dahi pemimpin mereka.

Meh kita hayati semula kartun tersebut dgn jiwa tenang, pandang dari mata burung bukannya lihat dari dalam tempurung.

(Kartun bahagian kiri menunjukkan seorang wanita telah mengadu kepada TOK PENGHULU berkaitan dirinya dirogol dan meminta pandangan TOK PENGHULU tersebut, manakala kartun kanan wanita tersebut berjumpa pulak pihak POLIS utk mengadu yg dirinya dirogol – dalam kedua-dua situasi ini pengadu menyatakan dia hanya ada bukti rakaman dari handphone sahaja utk membuktikan kes rogol tersebut.)

Ok, anda sudah baca dan anda sepatutnya sudah faham bahawa kartun tersebut menepati tajuknya “Kekeliruan Kes Rogol” malah kalaupun tajuk kartun tersebut ditukar kepada “Kekeliruan Kes Zina” sekalipun ia tetap betul kerana maksud utama yg diampaikan oleh kartun tersebut adalah utk menjawab kekeliruan masyarakat umum yg hanya statik kepada isu 4 saksi semata-mata.

Sedangkan dalam kes zina, rogol, liwat isu 4 saksi bukannya statik sebaliknya ia juga terbuka kepada penyelesaian lain yakni Qarinah (bukti siasatan, bukti air mani, bukti DNA, bukti rakaman dan lain-lain yg boleh mensabitkan kesalahan ataupun membuktikan wujudnya kejadian yg dilaporkan).

Hudud misalnya yg mana menuntut kehadiran 4 saksi yg tidak fasik yg melihat secara jelas ‘pedang masuk sarung’ sekiranya gagal dipenuhi keperluan 4 saksi tersebut maka ia akan pergi kepada hukum Takzir yakni pembuktian secara Qarinah iaitu melalui pembuktian dan siasatan rapi.

Islam itu adil, luas meliputi pelbagai aspek, mudah tidak membebankan, padat dgn penyelesaian dan tidak statik hanya pada satu dua perkara sahaja. Sebab itulah dalam Islam perbezaan pendapat diharuskan kerana ia membuka ruang perbincangan, tidak mengongkong pada satu-satu pandangan sebaliknya sarat dgn pemahaman utk menjernihkan kekeliruan umum.

Utk faham lebih lanjut soal Hudud dan Takzir boleh ikuti kuliah agama yg disampaikan oleh Ustaz Kazim dalam video di bawah.

Cuma situasi kita hari ini, dek kerana wujudnya sekelompok khawarij yg menjadikan agama sebagai umpan politik maka ruang lingkup pemahaman Islam itu menjadi kaku dan terhad bagi kalangan pengikut mereka.

Depa menjadi sensitif andaikata sesatu isu menjentik dahi mereka, tapi depa senyap bila ianya melibatkan kepentingan politik duniawi misalnya kes penggunaan nama Allah s.w.t kepada kristian, amalan pluralisme, isu liberal berkaitan homoseks serta isu cabaran terhadap kepentingan Islam oleh sekelompok kiasu.

Sebelum menutup tulisan ini, cuba pulak anda baca dan hayati kartun berikutnya pulak. Kartun yg jelas nyata memperlekeh dan mempermainkan Islam, namun disenyapkan oleh kelompok khawarij tersebut.

– Kartun karya kartunis Zunar ini memaparkan 2 situasi.  Situasi pertama, seorang Ulama (kiri) meletakkan bingkai nama ALLAH & MUHAMMAD gambaran keimanan Ulama tersebut yg mengakui Allah s.w.t itulah Tuhan Yang Maha Esa dan Muhammad itu Pesuruh Allah.

– Manakala sebelah kanan, seorang Ulama UMNO (kanan) di digambarkan meletakkan bingkai nama ABDULLAH BADAWI & MAHATHIR MUHAMMAD seolah-olah menyampaikan maksud Abdullah Badawi itu adalah tuhan dan Mahathir itu adalah pesuruh tuhan.

Anda fikirkan sendiri di antara 2 kartun di atas siapa sebenarnya yg benar-benar memperlekeh, menghina Islam serta mencemar kesucian Islam? Buka minda, nyatakan yg hak.

3 thoughts on “Kekeliruan Kes Rogol & Mesej Kartun…

  1. yang bawah tu menunjukkan bhw Ulama Umno mendahulukan suruhan pmerintah & ketepikn suruhan Allah( di potraykn dlm bentuk kartun). It’s as simple as that. Perkara ini jelas dgn tindakan, bkn dgn percakapan. Gambar tu menunjukkn realiti y berlaku. Allahu a’lam.

  2. Orang Islam di mana2 rumah atau pejabat kita akan letak 2 bingkai bertulisan Allah yg diletakkan di bahagian kanan dan Muhammad di bahagian kiri.

    Ia membawa maksud Allah s.w.t itu Tuhan Yang Maha Kuasa pencipta sekalian alam dan Nabi Muhammad s.a.w itu Pesuruh Allah yg di utuskan utk membawa kebenaran Islam.

    Tidak wujud dalam mana-mana rumah yg meletakkan Abdullah Badawi sebagai tuhan dan tidak ada juga rumah atau pejabat yg meletakkan Mahathir sebagai pesuruh tuhan.

    Tapi disebabkan kreztiviti yg melampau dimiliki zunar, maka di ubahnya tulisan Allah s.w.t dan Nabi Muhammad itu kepada nama Abdullah badawi dan Mahathir Muhammad.

    Disebabkan zunar adalah hakmilik Pas, automatik kejahilan Zunar yg mempermainkan nama Allah dan Nabi Muhammad maka ia dipandang sebelah mata oleh penganut Pas.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s