Islam Bukan Sekadar Hudud Semata-Mata…

Hadi Awang sewaktu Pas memerintah Terengganu dan ketika itu beliau adalah Menteri Besar Terengganu, katanya hukum Hudud hanyalah 0.0001% daripada Islam.

Mungkin kerana Hudud itu hanya 0.0001% sahaja, maka dek kerana itulah agaknya hingga sekarang perlembagaan Pas tetap memasukkan penghormatan dan sanjungannya terhadap Perlembagaan Negara.

Walaupun seringkali mereka berkata Perlembagaan negara adalah perlembagaan manusia ataupun perlembagaan penjajah Lord Reid, namun ia tidaklah menghalang utk Pas menerimanya malah mengguna pakainya bila perlu.

Fasal 6 (11) Melakukan apa-apa jua usaha dan tindakan dalam batas-batas Perlembagaan dan Undang-Undang negara bagi mencapai semua tujuan-tujuan PAS ke dalam dan ke luar.

Selain itu hingga kini tiada suara mahupun kesungguhan utk perlaksanaan Hudud di negeri-negeri seperti Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak (sebelum kejatuhan Nizar).  Juga hingga saat ini para pemegang jawatan exco, mb dan segala jawatan lainnya masih bersandarkan undang2 tubuh negeri-negeri tersebut yg tertakluk dalam ruang lingkup Perlembagaan Negara sekarang ini.

Demikian jugaklah tiada kesungguhan di pihak Pas utk bertanding lebih 2/3 kerusi parlimen semasa pilihanraya umum 2008 utk mengubah perlembagaan lord reid (ikut gelaran depa) sebaliknya mereka hanya bertanding di sekitar 60 kerusi parlimen sahaja sedangkan utk mengubah perlembagaan seterusnya melaksanakan Hudud memerlukan Pas menang 148 kerusi parlimen daripada 222 kerusi parlimen di seluruh Malaysia.

Mungkin kerana telah lama sependapat dgn pandangan 0.0001% itu jugaklah Pas Kelantan hingga kini masih memegang teguh Undang-Undang Tubuh kerajaan Negeri hasil peninggalan Kerajaan BN sebelumnya.

Manakala Undang-Undang Kanun Jenayah Syariah (yg dikatakan oleh Pas sbg Hudud) pun hingga kini tidak dijalankan dgn alasan Dr.Mahathir menghalangnya. Sedangkan sekarang sudah tahun 2011 dan Mahathir pula sudah meletak jawatan PM sejak penghujung Oktober 2003 dulu lagi tu.

Perumpamaan Hadi itu benar walaupun tidaklah kita ketahui tepat atau tidak peratusan 0.0001% yg dikatakannya itu, tapi secara umumnya ruang lingkup Islam dan keadilannya tidaklah sekadar bersoal jawab pasal hudud sahaja. Islam itu menitikberatkan keadilan, terbuka sifatnya dgn zaman dan bersifat mudah bukannya membebankan.

Demikianlah halnya dgn kes Anwar Ibrahim di dakwa meliwat bekas pembantunya Saiful Bukhari serta yg terhangat dipasaran sekarang berkaitan rakaman video i-catch night vision yg melibatkan seseorang yg ‘mirip’ Anwar Ibrahim dgn Chinadoll berumur 26 tahun tu.

Qazaf yg merupakan sebahagian drpd hukum Hudud yakni memerlukan 4 kesaksian manusia yg tidak fasik yg melihat perlakuan zina dgn jelas bukannya satu-satunya pilihan yg ada dlm menentukan siapa pelaku dalam video rakaman tersebut ataupun menjawab persoalan benarkah Anwar Ibrahim telah meliwat Saiful Bukhari.

Islam itu luas, lengkap, mudah dan membuka ruang penyelesaian demi mencapai keadilan dalam pelbagai perkara. Kerana itu pembuktian berdasarkan bahan bukti ataupun penyiasatan secara saintifik utk mencari kebenaran jugak dibenarkan yakni disebut Qarinah.

Apa itu Qarinah?.. Pasang telinga, lapangkan dada. Campakkan seketika fahaman politik kepartian sempit Pas jauh ke kandang babun kemudian jom dengar penerangan Ustaz Karim dalam Youtube di bawah.

One thought on “Islam Bukan Sekadar Hudud Semata-Mata…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s