Imbasan Sejarah – Dokumen Negara Islam Pas, 12 November 2003

Seperti dijanjikan walaupun sedikit terlewat, berikut dipaparkan petikan isi kandungan janji-janji politik Pas dalam Dokumen Negara Islam Pas (DNI) yg dilancarkan oleh Hadi Awang & Haron Din pada 12 November 2003.

“Membangun Bersama Islam” akan digarap dan dihayati untuk membina negara Islam. Islam penyelesai kepada semua masalah termasuk masalah dalam masyarakat majmuk. Penghayatan Syura Berparlimen dan Raja Berperlembagaan dapat disuburkan melalui pemerintahan Islam. Negara Islam menjamin kemajuan, kemakmuran dan kesejahteraan hidup. Negara makmur dan mendapat keredhaan Allah swt” – Dokumen Negara islam oleh Pas, 2003 / Cetakan pertama Oktober 2003 / Perlancaran rasmi 12 November 2003.

Sambil tu, meh kita baca pula sedikit kata-kata aluan Hj Hadi sewaktu melancarkan Dokumen Negara Islam ketika itu.

“Dengan terbitnya dokumen ini akan terjawablah segala tohmahan dan fitnah yang ditaburkan oleh musuh-musuh PAS kononnya
PAS tidak akan menubuhkan Negara Islam malah pernah dikatakan bahawa seluruh ahli-ahli PAS tidak pernah berniat sedikitpun untuk menubuhkan Negara Islam di Malaysia”.

“Sesungguhnya kewajiban menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajiban melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kepada kaedah fiqh yang makruf”. – Presiden Pas, Hj Hadi Awang / 12 Novemver 2003

 

Kemudian meh pulak kita bandingkan ucapan tadi dgn kenyataan terbaru Hadi Awang sewaktu Muktamar Pas 2011 yg baru saja habis beberapa hari yg lepas.

“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas.

Kalau pada tahun 2003 dulu Hadi Awang dengan megahnya mengisytiharkan Pas tetap istiqamah untuk menegakkan Negara Islam  sehingga mengangkat perjuangan Pas itu sebagai wajib sepertimana ibadat wajib yg lain, maka kini selepas 8 tahun kenapa tiba-tiba Hadi Awang korner baring mengatakan bahawa Negara Islam itu tidak disebutpun dalam Al-Quran?

Al-Quran pd tahun 2003 dengan Al-Quran tahun 2011 isinya sama je, takde berubah satupun. Yang berubahnya Pas dan Hadi, seumpama sekali air bah sekali pantai berubah.

Dulu misalnya dikendong kehulu hilir duk canang ‘Bersama Kepimpinan Ulamak’ sekarang ‘Pas For All’,… dulu ‘Membangun Bersama Islam’ sekarang dah tukar jadi ‘Negara Kebajikan’.

Alih-alih ulamak entah ke mana, Islam entah ke mana, negara Islam pun tiba-tiba hilang drpd Al-Quran. Karpal Singh jugak yg duk gelak guling-guling tengok telatah buruk Pas yg kemaruk mengejar undi dan kuasa drpd pengundi bukan Islam.

Agaknya betui bagai di kata oleh seorang veteran Pas, Subky Latif dalam salah satu entri di blognya selepas hampir sebulan DNI dilancarkan oleh Hadi Awang. Walaupun tulisannya itu keseluruhannya menyokong DNI Pas itu, tapi salah satu petikan tulisan itu agak tepat kena atas dahi pemimpin Pas terutama Hadi Awang, Nik Aziz dan kepimpinan Erdogan Pas yg lain.

“Mungkin ada antara aktivis PAS tidak mahu bercakap tentang negara Islam, kerana takut tidak akan dapat meraih undi orang bukan Islam. Tetapi dalam keadaan apapun orang bukan Islam tetap percaya bahawa matlamat PAS tidak akan berganjak dari negara Islam sekalipun ada orang PAS takut untuk menyebutnya. Mereka tidak akan percaya PAS akan menggugurkan cita-cita itu” – Subky Latif / Dokumen Negara Islam, Ilmu Yang Wajar Dipelajari / 01 Disember 2003 .

 

Dek kerana begitu kemaruk mengejar undi dan sokongan pengundi non-muslim demi melampiaskan nafsu serakah pada kuasa duniawi, Pas sanggup bergolok gadai prinsip dan memotong akar tunjang perjuangannya sendiri.

Oklah cukup stakat tu aku mengomel, kat bawah ni aku sertakan satu dua petikan menarik daripada blueprint Dokumen Negara Islam yg dilancarkan oleh Pas dan Hadi awang pada tahun 2003 dulu tu.

Muslim dituntut menyebut dalam solat:
Maksudnya : “Sesungguhnya solatku,
ibadatku, hidup dan matiku kerana Allah
Tuhan sekelian alam.”

Ikrar di atas yang diulangi dalam setiap kali solat, tidak
ada ertinya selagi tuntutan ikrar itu tidak dipenuhi. Bagi
memenuhi tuntutan itu, maka sebuah negara Islam yang
sebenar perlu diwujudkan

Selagi tidak ditegakkan negara Islam, maka ikrar tersebut
tidak dapat dimanifestasikan dalam segenap aspek
kehidupan.

Sistem pemerintahan Islam seperti yang telah digariskan
di atas menjadi pegangan mukmin yang benar imannya
demi menghayati Islam yang tulen.

 – Dokumen Negara islam oleh Pas, 2003 / Cetakan pertama Oktober 2003 / Perlancaran rasmi 12 November 2003 –

 

Kalau nak download keseluruhan file pdf dokumen yg dah dicampak ke longkan oleh Pas tu, Klik Sini…. Pandai-pandailah korang sebarkan pada pakcik makcik, bebudak poyol yg masih pekat hijau sokong Pas.

Susah ooo nak carik dokumen ni, hampir seharian duk godek internet mujurlah pakcik google punya document masih boleh access cache file pdf ni kalau tak berjanggut la korang tunggu nak tengok dokumen ni drpd pemimpin Pas ataupun penyokong depa, bukan kita tak tahu kalau boleh depa nak kita lupakan menda nih supaya selamatlah depa drpd dipanggil cakap tak serupa bikin, munafik dan penipu.

 

8 thoughts on “Imbasan Sejarah – Dokumen Negara Islam Pas, 12 November 2003

  1. Pingback: Pembohongan Hj Hadi Isu Negara Islam Terbongkar !!! | warisan2057 | Hidup UMNO Barisan Nasional | warisan2057

  2. Pingback: Pas Dah Hilang Telur… « XPressMinda

  3. Salam… Saya rasa empunya blog nih perlu tarik blk tulisan anda nih… Bile mse plak dlm ucapan TG HAdi yg pertama tuh ade cakap yg negara Islam nih ade dlm AQ. Sbnarnya Negara islam ini adalah ijtihad para ulama muktabar. Xde pon dlm AQ… Itulah klu jahil psl agama jgn malu menuntut ilmu. Lg 1, ilmu agama itu wajib bg setiap muslim; x kira la ko pemimpin, doktor, engineer. Wallahua’lam…

  4. w’salam. dalam quote pertama Hadi Awang di atas memanglah takde ucapan direct menyebut negara Islam tu ada dalam Al-Quran.

    tapi dalam ucapan indirect, Hadi menyamakan tuntutan mendirikan/menegakkan negara Islam ni sama penting macam ibadat wajib yg lain.

    jadi disamping baca artikel yg aku tulis, elok jugak baca isi kandungan ucapan Hadi Awang dalam dokumen negara Islam (DNI) yg dikeluarkan oleh Pas pada 2003, lebihkurang 8 tahun yg lalu. https://xpressminda.files.wordpress.com/2011/06/dokumen_negara_islam_pas_2003.pdf

    ******************
    Sesungguhnya kewajiban menegakkan Negara Islam adalah sama penting dengan kewajiban melaksanakan ibadat-ibadat wajib yang lain berpandukan kepada kaedah
    fiqh yang makruf:

    Maksudnya, “Sesuatu yang tidak dapat disempurnakan yang wajib melainkan
    dengannya maka yang itupun menjadi wajib.”

    Di atas kesedaran itulah PAS telah memperjuangkan Islam sebagai “Ad-deen wad-daulah” agama dan negara yang ditegakkan di Negara Malaysia yang tercinta, yang diasaskan di atas prinsip-prinsip syariat berpandukan firman Allah swt: (Surah al-Maa’idah, ayat 48)

    Maksudnya, “Dan Kami turunkan kepadamu (wahai Muhammad) Kitab (al-Qur’an) dengan
    membawa kebenaran, untuk mengesahkan benarnya Kitab-kitab Suci yang telah
    diturunkan sebelumnya dan untuk memelihara serta mengawasinya. Maka jalankanlah hukum di antara mereka (Ahli Kitab) itu dengan apa yang telah diturunkan oleh Allah (kepadamu), dan janganlah engkau mengikut kehendak hawa nafsu mereka (dengan menyeleweng) dari apa yang telah datang kepadamu dari kebenaran. Bagi tiap-tiap umat yang ada di antara kamu, Kami jadikan (tetapkan) suatu syari’at dan jalan ugama (yang wajib diikuti oleh masing-masing). Dan kalau Allah menghendaki nescaya Ia menjadikan kamu satu umat (yang bersatu dalam ugama yang satu), tetapi Ia hendak menguji kamu (dalam menjalankan) apa yang telah disampaikan kepada kamu. Oleh itu berlumba-lumbalah kamu membuat kebaikan (beriman dan beramal salih). Kepada Allah jualah tempat kembali kamu semuanya, maka Ia akan memberitahu kamu apa yang kamu
    berselisihan padanya.”

    ****************

  5. Pandangan sy bhw ssuatu pndekatan,methodology atau konsep itu boleh berubah mngikut situasi asalkan ianya masih dipandu oleh syariat.konsep ngara islam berubah kpd konsep negara berkebajikan keduanya tidak bercanggah dgn syariat.jika dilihat dlm konsep ngara berkebajikan turut disentuh tentang kewujudan negara islam. Ianya tetap wujud.adakah ianya ditolak dan dibuang sdangkn ianya disebut dan dinyatakan dlm konsep negara berkebajikan?persoalan penulis mnekankan ianya ibadat wajib tidak timbul kerana ianya tetap wujud dalam pndekatan konsep negara berkebajikan.apatah lg pas tidak pernah mngubh dasar parti mltakkn islam,alquran sunah ijmak dan qias sbg panduan parti y tertinggi.

  6. Tentu penulis bersetuju dgn knyataan diatas sekiranya penulis melihat bagaimana konsep islam hadhari itu didowngradekan kepada konsep 1malaysia y dikaitkn dgn konsep 1israel ciptaan APCO..bagaimana sanggup dan tergamak umno mnghapuskn 10 prinsip islam y ada dalam islam hadhari itu dan digantikan dgn konsep y cacamerba hingga toiletpun ada dinamakan toilet 1 malaysia? Kalau inilh sifir penulis maka umno telah mnjadi apa y dkatakan penulis iaitu pembenci islam kerana menghapuskan konsep ISLAM hadhari itu sendiri..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s