Tiada Lagi Janji Negara Islam…

Dah lama tak menulis disebabkan sedikit sibuk dgn urusan kerja harian. Tak sangka walaupun lama tak di update tapi tiap hari tetap ada juga pengunjung yg datang melihat entri-entri lama dlm blog yg tak berapa panas ni. Tima kasih utk semua.

Ok, memandangkan malam ni sedikit lapang dan hatipun sedikit lega sbb baru saja berjaya menyelesaikan 2, 3 kerja yg tertunggak lama, rasanya belum terlambat aku nak mengulas skit kenyataan terbaru Pas melalui Presidennya Hj Hadi Awang yg mengisytiharkan Pas sudah tidak lagi memperjuangkan kewujudan sebuah Negara Islam.

Ni aku quote kata-kata tok gundu yg suatu ketika dulu cukup hebat melaung-laungkan slogan Negara Islam, Hudud dan segala macam penentangannya terhadap konsep perpaduan & perkongsian kuasa antara kaum yg sekian lama diterajui oleh BN.

“Kita mulakan dengan pelaksanaan negara berkebajikan, itu ada dalam Al-Quran, Dia tak sebut negara Islam, Dia sebut negara berkebajikan” – Hadi Awang, Presiden Pas.

Kenyataan Hadi ini sebenarnya memperlihatkan betapa selama ini retorik & laungan jihad Pas utk menubuhkan Negara Islam bagi menggantikan kerajaan BN yg dikatakan sekular itu tidak lebih sekadar umpan politik dan gula-gula utk menarik sokongan orang Islam terutama pakcik makcik di kampung dan para pemuda Islam di merata ceruk negara.

Dah 60 tahun Pas melaungkan konsep negara Islam hingga berjaya menarik sokongan ramai umat Islam akhirnya kini harapan tinggal harapan, segalanya hanyalah janji manis sekadar utk menarik undi sahaja bukannya ikhlas dan istiqamah demi kewujudan sebuah negara islam sebagaimana dilaungkan dlm ceramah-ceramah politik.

Dek kerana janji Pas utk laksanakan Negara Islam itulah maka pengikut Pas yg taksub begitu yakin mengkafirkan ramai ahli dan penyokong UMNO, dek kerana laungan perjuangan negara islam itulah pakcik makcik dan muda mudi yg berjiwa Islam sanggup berkorban wang ringgit dan masa demi menggapai cita-cita wujudnya Negara Islam sebagaimana kerap diwar-warkan oleh pemimpin Pas.

Akhirnya segalanya bersepai macam kaca jatuh ke lantai. Tembelang sebenar akhirnya terdedah dgn kuasa Allah bahawa segala janji-janji Pas itu hanyalah mainan politik pimpinan Pas demi kuasa dan jawatan jua.

Sebetulnya kenyataan Hadi itu bukanlah yg pertama kerana sebelumnya bekas MB Perak yakni YB Nizar pernah sewaktu dalam persidangan Dewan Undangan Negera Perak sebelum ini telah secara tidak langsung menafikan bahawa Pas pernah berjanji mahu menubuhkan sebuah Negara Islam.

“dimanakah… dalam mana-mana transkrip Pas yang menyatakan bahawa Pas nak melaksanakan Negara Islam.. Saya mintak pandangan dan mintak jawapan.. dimanakah dalam transkrip dalam memorendum ke, dalam perlembagaan Pas sendiri ada menyatakan Pas nak melaksanakan Negara Islam?” – Nizar Jamaluddin

 

Mari kita imbas pulak beberapa kenyataan pemimpin Pas berkaitan betapa istiqamahnya Pas utk memperjuangkan kewujudan sebuah Negara Islam ala Pas.

Anda bandingkan sendiri dan buka minda dan hati utk melihat betapa hipokritnya golongan yg mengaku Islamik dan alim ini bilamana lidahnya laju menutur kata dan janji di pentas ceramah, laungan keras bersemangat meminta rakyat menyokong gagasan perjuangannya, namun akhirnya terkulai gara-gara ingin menjadi liberal demi mengejar kuasa duniawi.

“Negara Islam mesti menguatkuasakan hukum Islam tapi ia belum dilaksanakan sepenuhnya oleh kerajaan pusat dan PAS akan terus memperjuangkan”, YAB. Datuk Seri Abdul Hadi Awang (Berita Minggu, 12 Ogos 2001).

“Ya, memang matlamat kami mewujudkan negara Islam”, bekas Presiden PAS, Dato’ Fadzil Noor (Harakah, 16 April 1999).

“BN terlambat dan tiada matlamat dalam menjadikan Malaysia negara Islam kerana dasar dan undang-undang tubuhnya tidak mempunyai tujuan dan matlamat ke arah itu” Dato’ Seri Abdul Hadi Awang (Berita Harian, 28 Jun 2001).

“Pas tetap akan menubuhkan negara Islam sekalipun ditentang oleh DAP jika pakatan pembangkang berpeluang memenangi pilihan raya umum akan datang” Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Utusan Malaysia, 30 Julai 2001).

“PAS sedia menggugurkan slogan mewujudkan negara Islam sebagai bukti tolak ansurnya dengan mana-mana parti politik yang ingin bekerjasama dengannya”, Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian, 25 Jun 1999).

“Kita bersyukur dengan pendirian DAP sekarang kerana mereka sudah berubah sikap dan sanggup bekerjasama dengan PAS asalkan tidak mendirikan negara Islam”, Dato’ Nik Aziz Nik Mat (Berita Harian 12 Mei 1999).

Dan akhir sekali, menjelang esok petang jika tiada aral melintang InsyaAllah aku akan uploadkan Dokumen Negara Islam (DNI) ala Pas yg dijanjikan secara blueprint dan dilancarkan pada 12 November 2003 oleh Timbalan Mursyidul Am Pas, Dato’ Haron Din serta dirasmikan oleh Hadi Awang.

Skang dalam usaha mendapatkan dokumen DNI tu sebagai bukti Pas mungkir janji dan hanya memperalatkan saja laungan menubuhkan negara Islam untuk kepentingan politik kepartian.

Waktu lemah mereka mengunakan segala macam janji Islamik yg di adun dgn semangat kepartian sempit, bila berasa kuat dan kemaruk ingin mengejar kuasa mereka bersedia bila-bila masa utk menjadi liberal.

One thought on “Tiada Lagi Janji Negara Islam…

  1. Pingback: Pas Dah Hilang Telur… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s