Lawak Mat Rempit…

Ka..ka.. sakit perut aku duk gelak sorang-sorang malam ni. Tak tahulah samaada sebab terpengaruh dgn cerita rempit bohsia yg meletup dulu tu ataupun dah memang tabie bebudak sekarang suka merempit sana sini.

Yg mak bapak kaya atau yg dah bekerja depa sanggup melabur sejumlah wang utk dapatkan tip top punya motosikal utk tujuan merempit, yg takde duit pi balun sekejap motor mak pak utk lepaskan gian merempit.

Yg sengkek poket kosong sanggup buat parttime kongkek motor orang lain samaada utk kegunaan sendiri ataupun utk dijadikan sparepart.

Tapi lain pulak dgn 10 orang mat rempit yg muda remaja ni. Begitu bersungguh benar berkonvoi dari Sijangkang  hingga ke Shah Alam demi memenuhi gian keseronokan merempit, agaknya sambil2 pasang hajat kot-kot mana tahu tersangkut 2, 3 orang minah rempit yg sudi agaknya. ka..ka…

10 remaja ‘merempit’ dengan basikal ditahan

SHAH ALAM 15 Mei – Operasi Lumba Haram yang dijalankan oleh polis trafik biasanya akan memberkas penunggang motosikal yang berlumba di jalan raya.

Tetapi lain pula ceritanya dalam operasi sama yang dijalankan oleh Ibu Pejabat Polis Kontinjen (IPK) Selangor awal pagi ini apabila 10 remaja berbasikal turut ditahan kerana berpeleseran di jalan raya.

Kesemua remaja berusia antara 13 hingga 15 tahun itu ditahan oleh pasukan trafik ketika sedang ‘merempit’ dengan basikal masing-masing di Jalan Persiaran Masjid, Seksyen 10 di sini kira-kira pukul 2 pagi.

Kumpulan itu sanggup berbasikal selama tiga jam dari Sijangkang, Banting ke Shah Alam semata-mata untuk berpeleseran dan ada di antara mereka yang keluar tanpa pengetahuan ibu bapa serta memiliki rokok.

Penguat Kuasa Trafik IPK Selangor, Asisten Supritendan Hambazi Abd. Rahman berkata, kesemua remaja itu ditahan kerana berpeleseran dan menunggang basikal dari Sijangkang ke Shah Alam tanpa lampu yang boleh membahayakan nyawa mereka.

Beliau berkata, kesemua mereka kemudian dibawa ke balai polis dan diberi nasihat agar tidak mengulangi kesalahan sama.

“Polis kemudian menghubungi ibu bapa mereka untuk memaklumkan penahanan tersebut. Kita juga minta ibu bapa remaja terbabit datang ke balai dan membawa mereka semua pulang,” katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Menurut Hambazi, operasi yang turut memburu samseng jalanan itu merupakan rutin biasa bagi membanteras aktiviti jenayah dan kesalahan lalu lintas yang disertai kira-kira 20 anggota trafik dengan kerjasama Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA).

Tambahnya, sepanjang operasi hampir tiga jam yang bermula pukul 1.30 pagi itu, sebanyak 131 kompaun dikeluarkan atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Sebanyak 21 motosikal dan tiga buah kereta disita atas kesalahan antaranya tiada perlindungan insurans dan cukai jalan serta pemandunya tiada lesen memandu.

Katanya, pihaknya akan terus menjalankan operasi yang sama dengan lebih kerap bagi mendidik pengguna jalan raya agar lebih berhemah.

Basikal pun basikal la der… janji dapat jugak title mat rempit.  ka..ka..

One thought on “Lawak Mat Rempit…

  1. Bagus tindakan polis trafik itu, krn akan membantu menrbenteras kegiatan yang tidak diingini Yang makt rempik ini MENGUGAT KESELAMATAN ORANG RAMAI. Rutin sebegini patut dikekalkan setiap minggu kerana mereka yang melakukan kegiatan haram ini langsung tidak menghormati kawasan ini adalah berdekatan masjid negeri yang sepatutnya tempat bersembahyang yang maha suci ,lagi2 cabaran mereka dah sampai atas tahap kepala PDRM Negeri , ibu Negeri Keislaman dan kedudukan Istanan, manakah contoh tauladan bandaraya bestari? i jika dibiarkan berleluasa maka maruah samseng 2 dan kegiatan haram lain di kawasan lain tak usah diesebut lagi??????????????
    Saya bercadang mereka yang dicekup, selain dipenjalalkan, nmrereka harus dijamin oleh ibu bapanya, dan mereka yang ringan kesalahan dikenakan kerja amal seperti kutip sampah dikawasan, membersih longkang dan bergotongroyong dengan orang ramail dengan serangam dibekalkan oleh PDRM untuk jangka masa pendek supaya mereka insaf akan kesalahan yang dilakukan akan memalukan mereka jika dicekup
    syaba
    Ivan Tee

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s