Nak Jimat Air Punya Pasal…

Ke..ke.. agaknya ini berita yg paling lawak atas muka bumi utk hari ni. Gara-gara nak jimat air punya pasal, tiap kali nak pam tandas kena ada caj tambahan 9 sen.

Tapi korang semua jgn risau, menda ni bukannya berlaku di Malaysia.. Sebaliknya ianya adalah cadangan drpd sebuah bandar di Canada.

9 sen caj pam tandas

WINNIPEG: Satu cadangan agar setiap pengguna dikenakan bayaran setiap kali mengepam tandas ketika membuang air, menimbulkan kontroversi penduduk di bandar raya ini dan disifatkan tidak adil kerana membabitkan keperluan semula jadi.

Majlis bandar raya mendakwa cadangan mengenakan bayaran AS$0.05 sen (9 sen) setiap kali pengguna mengepam tandas melebihi lima kali sehari bertujuan menjimatkan air. Bagaimanapun sebilangan anggota majlis itu menyifatkannya keterlaluan.

“Nampaknya kita seperti dilarang mempunyai bilik air di rumah. Kita sudah mewajibkan penggunaan meter, jadi sebarang caj tambahan pasti meningkatkan kesulitan,” kata seorang anggota majlis yang namanya tidak didedahkan.

Bagaimanapun pegawai jabatan air dan kumbahan Majlis Bandar Raya Winnipeg mencadangkan caj itu dalam laporan terbarunya berkata, pengguna dapat menjimatkan wang dan air jika mereka kurang mengepam tandas. – Agensi

Sumber: Berita Harian

Bayangkan kalau cadangan lawak ni dilaksanakan di Malaysia… Aku jamin akan ada rumah yg dipenuhi dgn bauan semerbak. ka..ka..

Pasti ada yg sanggup biarkan sisa buangan toksik depa berendam dlm mangkuk tandas utk beberapa ketika sebelum mengepamnya keesokan harinya… ka..ka..

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s