Kempen PRK DUN Tenang Labuh Tirai…

Tepat jam 12.00 thg malam tadi secara rasminya kempen pilihanraya kecil N.05 DUN Tenang, Johor telahpun tamat.

Selepas lebih seminggu para petugas dan sukarelawan kedua-dua parti bertanding berpenat lelah & bersengkang mata sekarang tiba masa utk hari penentuan parti mana yg akan menang dan siapa pulak yg akan berendam air mata.

Tanpa perlu bercerita panjang, berikut di paparkan ringkasan laporan, maklumat dan data yg telah diperolehi daripada rakan-rakan yg bertugas dalam kedua-dua parti sejak selepas maghrid tadi hinggalah hampir jam 1.40pg sekejap tadi.

Kedudukan Terkini BN (Laporan & maklumat petugas Jentera Pilihanraya UMNO)

1. Berdasarkan semua laporan, maklumat dan data yg diperolehi daripada semua jentera kempen dan peti undi, BN merumuskan berpeluang menguasai DUN Tenang dgn anggaran perolehan undi sekitar 7600 – 8500 undi sekiranya jumlah keluar mengundi adalah antara 70% – 75%.

2. Arah sokongan pengundi Melayu mencatat peningkatan hampir 10% manakala pengundi India sekitar 8% berbanding rumusan laporan terakhir sebelum ini. Perolehan undi daripada pengundi Cina dijangkakan akan meningkat sedikit dimana antara 38% – 43% kalangan mereka diramalkan akan mengundi BN.

3. Secara umumnya BN dilihat mampu menguasai 11 peti undi termasuk undi pos. Disamping mengurangkan jumlah undi Pas di 2 kawasan majoriti Cina.

4. Keseluruhannya BN lebih kehadapan dan lebih berjaya meraih sokongan pengundi terutama dikalangan orang Melayu, India dan masyarakat Orang Asli. 

5. Rata-rata majlis dan kempen BN terutama UMNO dan MIC mendapat sambutan hangat manakala tahap sokongan utk MCA di kalangan masyarakat Cina menunjukkan sedikit peningkatan.

6. Jentera UMNO/BN kini berada dlm keadaan siap siaga utk menghadapi hari pengundian esok yg dijangkakan cerah dari awal pagi hingga awal petang.

Kedudukan Terkini Pas (Laporan & maklumat Jentera Pilihanraya Pas & PKR)

1. Laporan dan maklumat yg diterima secara umumnya menunjukkan Pas semakin tenggelam dan hilang arah sokongan dikalangan masyarakat Melayu.

2. Pas meramalkan kehilangan sekitar 900 undi daripada kalangan masyarakat Melayu dan India.

3. Kedudukan Pas di 3 buah peti undi Cina sedikit merosot bagaimanapun baki sebuah lagi peti undi dijangkakan sedikit naik.

4. Secara umum Pas gagal menembusi kawasan Melayu dan bakal kehilangan banyak undi kaum India.

5. Pas menjangkakan kalah dgn majoriti sekitar 4000 undi.

 

Jika diteliti kedua-dua ringkasan maklumat & laporan dalaman tersebut, umumnya ia tidak jauh daripada jangkaan ramai pihak.

Keadaan di DUN Tenang sejak awal lagi berpihak kepada BN selain faktor sejarahnya sebagai salah sebuah kubu kuat, faktor pendorong yg lain adalah peralihan sokongan rakyat di seluruh negara yg semakin mesra UMNO & BN.

Apa yg penting di pihak BN, perlu sentiasa berhati-hati sepanjang tempoh pengundian esok kerana kita maklum dalam PRK-PRK yg lalu pembangkang agak aggresif dan sanggup melakukan apa sahaja utk mengganggu kelancaran proses pengundian.

Mudah-mudahan kemenangan besar benar-benar menjadi milik UMNO & BN, InsyaAllah.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s