Jalan Berliku Semakin Lapang…

Liku-liku perjalanan dan kebangkitan semula UMNO & BN tidaklah semudah bersembang kosong di pentas ceramah atau seringkas kerja menjual ubat di jalanan.

Kebangkitan UMNO dan BN dipenuhi cabaran dan onak duri yg agak menyakitkan ramai. Sisa-sisa kemarahan rakyat pada BN terutama bekas Perdana Menteri Dato’ Seri Abdullah dan menantunya agak terasa di benak ramai.

Melayu, Cina, India, Orang asli, Iban, Kadazan, Serani dan ramai lagi kaum keturunan yg dulu hidup aman, banyak yg terguris hati dan perasaan dek kerana mainan politiking pembangkang dan sedikit kealpaan di pihak pimpinan BN sebelum ini.

Kita terduduk di Permatang Pauh, hilang Kuala Terengganu, gagal di Bukit Gantang dan tewas di Bukit Selambau malah di semua 4 kawasan tersebut undi kita turut beralih sedikit kepada pembangkang.

Pengunduran Pak Lah dari jawatan Perdana Menteri dan Presiden UMNO peralihan tanggungjawab di bahu Dato’ Seri Najib tika itu seolah di abaikan ramai pihak. Belum terlihat tanda-tanda kemahuan umum utk bersama BN semula.

Mujurlah di Batang Ai kita menang dan meraih peningkatan undi kemudiannya mengambil langkah tidak popular dgn tidak menyertai PRK Penanti selepas menyedari mainan politik Anwar yg cuba mengekalkan momentum khalayak ramai utk pembangkang.

Satu keputusan yg bijak oleh BN di bawah Najib ketika itu walaupun di cemuh dan dihambur kata-kata nista oleh pembangkang. Seumpama strategik berundur seketika utk mengatur serangan selanjutnya.

Terlihat seakan mengaku kalah tapi kemudiannya menyertai semula medan perang dgn haluan & strategik pertempuran yg baru.

Bila tiba pilihanraya kecil Manek Urai, nyata semangat dan kebangkitan semula BN terutama UMNO dapat dapat dirasakan. Hasilnya kita berjaya menyebabkan Pas kehilangan banyak undi dan mereka hanya mampu menang dgn majoriti 65 undi sahaja.

Di sinilah agaknya permulaan UMNO di landasan yg betul utk UMNO & BN kembali meraih sokongan ramai.Tanda-tanda kehendak orang Melayu bersama UMNO semula  walaupun masih samar kelihatan tetapi ia sudah cukup utk merintis semula haluan UMNO di persada politik negara.

Walaupun kemudiannya kita tewas di Permatang Pasir, tapi sedikit lega kerana majoriti kemenangan Pas berkurangan hampir seribu undi. Jika ketika ini Pas menang dgn majoriti lebih besar, tentu sekali ia boleh membantutkan semangat pemimpin & penyokong BN yg ketika itu sudah mula mengatur langkah utk bangkit semula.

Hadirnya pilihanraya Bagan Pinang bagaikan pucuk di cita ulam mendatang, ketokohan Tan Sri Isa Samad bukan saja menyebabkan semarak rakyat bangkit makin kuat bersama UMNO dan BN, tetapi turut memberi impak besar memacu pemulihan sokongan rakyat di seluruh negara.

Tatkala inilah secara jelas kita ketahui orang Melayu dan India kini sudah beransur kembali kepada UMNO dan BN. Detik-detik kemenangan manis BN di Bagan Pinang turut memberi impak besar terhadap kemampuan Pas membawa suara & kepentingan umat Islam di arena politik nasional.

PRK Parlimen Hulu Selangor akhirnya mengesahkan BN kembali menguasainya selepas hampir 2 tahun dipinjamkan kepada PKR.

Undi Melayu dan India meningkat, bagaimanapun di sini kaum Cina jelas menolak kehadiran BN bila mereka semakin ramai menyokong pembangkang walaupun pelbagai bantuan dan khidmat dicurahkan oleh pucuk pimpinan negara.

Selepas itu kita tewas mengejut di Sibu menandakan secara jelas sememangnya sokongan pengundi Cina terhadap BN masih rapuh. Parlimen Sibu beralih tangan kepada DAP meletakkan DAP suatu kuasa politik Cina yg ketika itu cukup ampuh sukar di gugat oleh komponen BN yg lain seperti SUPP, MCA mahupun Gerakan.

Hinggalah takdir Allah s.w.t melorongkan satu lagi pilihanraya kecil di Kelantan yakni DUN Galas berikutan kematian penyandangnya dari Pas yg diketahu sakit tenat sekian lama, UMNO sebagai general telah mengepalai kebangkitan sebenar BN dgn kembali menguasai DUN Galas.

Strategik dan kaedah kempen Tengku Razaleigh yg di amanahkan tanggungjawab berat oleh Najib dan UMNO Pusat nyata berbaloi. Berbekalkan arah sokongan rakyat yg kian dekat dgn UMNO dan BN akhirnya kita  meraih undi tambahan daripada semua pelusuk masyarakat, Melayu, Cina, India dan Orang Asli di kawasan ini.

Di ketika yg sama BN turut mengekalkan kemenagan di Batu Sapi walaupun di tentang 2 lawan dlm persaingan 3 penjuru. PKR makin dilupakan orang. Anwar semakin tertekan.

Dan kini di DUN Tenang. UMNO telah membuktikan bahawa Pas mahupun PKR bukan lagi halangan. Rakyat telah bangkit bersuara. Mereka kini lebih yakin hanya UMNO untuk orang Melayu dan MIC untuk orang India.

Malah MCA walaupun dilihat masih gagal menguasai sokongan pengundi Cina, tetapi kejayaan BN menawan kembali 2 kawasan yg dikuasai Pas (baca DAP) sebelum ini, mungkin boleh di anggap ini adalah permulaan semula utk MCA menjadi kuat dan digeruni lawan.

Sejak awal detik gendang perang di palu di sini, rakyat sudah sepakat hanya BN untuk rakyat. Agak manis kejayaan ini bilamana susuk tubuh Anwar dan Nik Aziz sudah tidak di pandang ramai lagi.

PRU 2008 walaupun detik hitam untuk UMNO & BN berikutan tsunami politik waktu itu, ia juga membawa rahmah besar yg membolehkan BN dan komponen-komponennya melakukan transformasi politik dan pentadbiran.

UMNO semakin mantap di hati rakyat terutama pengundi Melayu dan Bumiputera, MIC pula sedang mengorak langkah memperbetulkan haluan sokongan pengundi India, kini tiba giliran MCA menemui sedikit sentuhan walaupun masih banyak yg perlu dilakukan, namun kredit masih boleh diberikan utk pimpinan MCA.

Apa yg penting, BN perlu terus mendengar suara rakyat. Sentiasa prihatin dan setia bersama rakyat tidak kira waktu susah mahupun senang.  Bak kata pepatah ringan sama di junjung, berat sama dipikul.

Kuala Terengganu kita hilang
Batang Ai kita kekalkan
dari Manek Urai  kita mulakan peningkatan
di Bagan Pinang merintis kemenangan
Hulu Selangor kepangkuan barisan
Batu Sapi mantap bertahan
Galas sudah kita tawan
kini Tenang kita buktikan…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s