68.68% Pengundi Sehingga 4.00 ptg

Seramai 10,133 pengundi telah keluar menunaikan tanggungjawab mengundi hingga jam 4.00 petang. Keadaan banjir yg berlaku dan banyak tempat di tenggelami air menyebabkan peratusan sasaran keluar mengundi 80% mungkin sukar di capai.

Dalam pada itu pemimpin UMNO dan anggota petugas pilihanraya BN sempat memberi bantuan dan menyelamatkan 2 orang muslimat Pas yg terperangkap dalam sebuah kereta MyVi yg hampir di hanyutkan air deras.

Selain itu, beberapa pemimpin UMNO dan BN seperti Shahrir Samad, Hishamuddin Tun Hussien Onn, Menteri Besar Johor dan calon BN sendiri turut hadir membantu penduduk yg terperangkap dalam banjir.

Timbalan Perdana Menteri, Dato Seri Muhyiddin Yassin pula dilaporkan terperangkap dalam banjir bersama puluhan wartawan yg membuat liputan.

Bagaimanapun apa yg dikesalkan, jentera kempen Pas dan pembangkang lain hanya lebih berminat memancing undi dan gagal memberi bantuan segera membantu mangsa banjir di DUN Tenang.

Petugas kempen Pas dilihat seolah enggan meninggalkan kawasan pembuangan undi seakan persoalan undi itu lebih berharga berbanding nyawa dan keselamatan penduduk.

Nyata perkiraan Pas dan pembangkang hanya berkisar soal undi dan politik parti sahaja, namun tatkala khidmat diperlukan rakyat mereka gagal memenuhinya.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s