Terkini DUN Tenang: Jentera Pas Beransur Pulang…

Maklumat terbaru menyatakan 2 jentera pilihanraya Pas dari luar Johor beransur pulang. Manakala satu pasukan pilihanraya Pas Johor dari kawasan lain turut mengambil tindakan sama sekitar jam 3.00ptg dan 5.20ptg tadi.

Laporan yg diterima baru sekejap tadi itu bagaimanapun tidak menjelaskan kenapa mereka pulang awal.

Kedudukan mutakhir meletakkan Pas dalam keadaan agak tersepit, bagaimanapun masih terdapat lagi beberapa jentera pilihanraya dari luar terutama unit amal Pas yg masih giat menjalankan kempen.

Maklumat terkini daripada rakan-rakan yg bertugas bersama jentera pilihanraya Pas tempatan dan Pas pusat turut memaklumkan Pas mungkin bakal kehilangan hampir 900 undi terutama dari kalangan pengundi Melayu dan India.

Selain itu kedudukan Pas di kawasan pengundi Cina jugak di laporkan sedikit terjejas. Beberapa tindakan susulan sedang di ambil utk mengelakkan kehilangan besar undi dari masyarakat Cina.


Diharapkan jentera UMNO & BN tidak leka dgn gembar gembur seperti ini sebaliknya meneruskan asakan dan kempen hingga tamat waktunya 12.00 tengah malam nanti.

Pada saat ini Blog XPressMinda masih mengumpul laporan dan cula undi terbaru dari UMNO & BN. Setakat maklumat yg diperolehi kedudukan calon BN tetap di hadapan dan tahap penilaian sokongan masih hampir sama dgn laporan sebelum ini.

Mungkin sekitar sebelum 10.00 malam nanti maklumat terbaru yg lengkap dapat dikumpulkan daripada rakan-rakan lain yg bertugas dalam jentera kempen UMNO & BN.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s