Terkini DUN Tenang: BN & Pas

Kedudukan Terkini: Barisan Nasional (BN)

Sehingga jam 11.00mlm tadi, laporan-laporan terkini berkaitan culaan undi & arah sokongan pengundi DUN Tenang yg di terima Bilik Gerakan UMNO & BN menunjukkan sedikit peningkatan berbanding 2 hari lepas. Utk rujuk laporan sebelum ini, klik sini.

Rata-rata kawasan pengundi majoriti Melayu dan India menunjukkan mood sokongan yg agak kuat utk calon BN. Dijangkakan BN berpeluang meraih pertambahan hampir 700 undi dari kalangan pengundi Melayu dan India.

Manakala di kawasan majoriti Cina, laporan mutakhir itu menyebut Pas masih gah mendahului di peti undi Bandar Labis Tengah, dijangkakan tidak banyak perubahan undi utk kedua-dua pihak. Di peti undi Labis Timur pula keadaan semakin sengit, BN dan Pas di lihat bersilih ganti mendahului sokongan. Keadaan di sini agak sukar diramalkan oleh kedua-dua pihak.

Persaingan meraih sokongan di peti undi majoriti Cina kawasan Labis sebaliknya telah beralih arah berpihak kepada BN. Jangkaan terkini meletakkan BN pasti menguasai peti undi ini dgn anggaran majoriti melebihi 100 undi.

Secara umum, MCA menganggarkan hampir 40% pengundi Cina akan memberi undi untuk BN kali ini. Peningkatan hampir 7% berbanding 33% dalam PRU 2008. Dalam tempoh beberapa jam terakhir ini, MCA dgn bantuan jentera komponen BN berusaha keras utk memastikan sasaran 45% undi pengundi Cina mampu dicapai.

Secara keseluruhan, laporan tersebut meramalkan BN mampu meraih undi sekitar 7400 undi dgn kemenangan hampir 4000 majoriti undi.

Usaha tambahan yg di lakukan jentera UMNO dan BN kini menumpukan kempen kesedaran supaya lebih ramai pengundi keluar mengundi sebagai langkah susulan utk memastikan kemenangan majoriti lebih besar berbanding sebelumnya.

 

Kedudukan Terkini: Pas (PR)

Manakala sumber maklumat 5 orang rakan yg bertugas di pihak jentera pilihanraya Pas merumuskan Pas agak tertekan menghadapi gelombang asakan UMNO & BN. Bagaimanapun Pas agak selesa di hadapan di 2 kawasan pengundi majoriti Cina.

Pas kini dilaporkan mengurangkan sedikit gerakan kempen di kawasan Melayu dan India berikutan sukar mendapat sokongan penduduk. Isu manipulasi kematian seorang penduduk sebelum ini  menyebabkan jentera Pas mengalami kesukaran mendekati pengundi.

Jentera Pas tempatan meramalkan Pas bakal kehilangan undi yg agak besar terutama di peti undi Felda Tenang, Chemplak, Chemplak Barat, Sawah Baru, Tenang Station & Ladang Labis Utara.

Sebahagian besar jentera pilihanraya Pas bersama PKR dan DAP kini tertumpu di kawasan majoriti Cina sebagai langkah terakhir utk memaksimumkan sokongan pengundi Cina bagi menggantikan anggaran penyusutan sekitar 500 undi masyarakat Melayu dan India.

Seorang pemimpin Pas pusat menjangkakan kemungkinan Pas kalah dgn majoriti lebih besar berbanding pilihanraya sebelumnya bagaimanapun beliau tidak menyebut berapa jumlahnya.

Manakala seorang lagi pemimpin Pas tempatan menjangkakan masih mampu mengekalkan sebahagian besar undi pilihanraya lalu dan hanya kalah majoriti bawah 3000 undi sahaja. Beliau yakin penyusutan sokongan dikalangan orang Melayu bakal digantikan dgn undi tambahan daripada masyarakat Cina.

Utk rekod dalam PRU 2008, Pas memperolehi sejumlah 3875, Barisan Nasional 6367 undi dan undi rosak 413 undi.


Sekian dulu utk masa ini, Blog XPressMinda akan mengumpulkan lagi laporan & hasil culaan terkini daripada kedua-dua pihak sehinggalah tamat tempoh kempen tengahmalam nanti.

Terima kasih kerana mengunjungi blog ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s