Cuti Sakit & Kronologi PRK DUN Tenang…

Jentera pilihanraya Pas dan PR nyata agak tergugat selepas pembongkaran isu sijil cuti sakit (mc) milik Maarof B. Abd. Mutalib suami kepada calon Pas DUN Tenang, Normala Bt. Sudirman.

Benarkah cuti sakit itu di rancang dgn lakonan hebat menyebabkan doktor terpedaya atau sijil sakit tersebut diperolehi hasil konspirasi dalaman? Atau bagaimana?

Persoalan ini ligat bermain di fikiran orang ramai kerana dalam keadaan Maarof mendakwa dirinya sakit hingga diberikan cuti namun jelas di lihat ramai dia masih boleh menemani isteri berkempen dari pagi hingga ke malam.

Keadaan ini menyebabkan ramai pihak menjadi ragu dgn kesahihan alasan beliau sakit hingga mendapat cuti panjang 21 hari. Sehingga kini, tiada penjelasan lanjut drpd Maarof sendiri. Klik sini.

Yg jelas sepanjang pergerakan kempen yg dilakukan Normala serta jentera Pas kerap dihujani dgn pertanyaan dan sindiran tajam penduduk berhubung isu tersebut.

Keadaan ini diburukkan lagi bila ramai penduduk dan pengundi mempersolkan sikap amanah dan mulia yg sepatutnya dimiliki oleh golongan pendidik.

Nota: Maarof adalah guru di Sekolah Menengah Kebangsaan Tenang Stesen manakala Normala adalah bekas cikgu Sekolah Kebangsaan LKTP Kemelah yg telah meletakkan jawatan dgn notis 24 jam utk menjadi calon Pas dalam PRK DUN Tenang.

Semua kita tahu kerja cikgu ni adalah mendidik, membimbing dan mengajar anak-anak murid supaya kelak nanti menjadi orang yg berguna, amanah dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara bila diaorang besar nanti.

Tambahan pula kedua-duanya membawa imej Islam malah merupakan pendukung kuat  Parti Islam Semalaysia (ringkasannnya PIS, orang putih panggil Pan Malaysian Islamic Party tapi disebabkan bunyi PIS tu takde ummmph, maka nama rasmi yg digunakan adalah PAS).

Dengan terbongkarnya isu ini, sedikit sebanyak imej pada golongan pendidik dan Islam itu sendiri tercalar.

Kalau kita tengok salinan mc ini ada 3 semuanya, jadi jangkaan kita awalnya tentulah agak kronik sakitnya si Maarof laki tersayang calon Pas N.05 Dun Tenang, Johor tu.

Tapi, dalam keadaan yg didakwa sakit tersebut alih-alih boleh pula menemani isterinya ke hulu ke hilir berkempen dan berceramah sejak dari awal penamaan calon hingga sekarang.

Apa yg menarik tarikh-tarikh yg tercatat pada ketiga-tiga mc tersebut agak konsisten dgn situasi pilihanraya kecil di DUN Tenang. Utk memudahkan kita cuba memahami isu ini elok di buat perbandingan seperti berikut;-

6 & 7 Januari 2011: Pusat Perubatan Keluarga (mc pertama)
2 hari cuti / Khamis & Jumaat, manakala Sabtu (8/1) dan Ahad (9/1) adalah cuti mingguan di Johor

10 hingga 23 Januari 2011: Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat  (mc kedua)

14 hari cuti / Bermula hari Isnin (10/1) hingga hari Ahad (23/1)

24 hingga 28 Januari 2011: Klinik Kesihatan Bandar Putra, Segamat (mc ketiga)

5 hari cuti / sambungan cuti bermula Isnin (24/1) hingga hari Jumaat (28/1), manakala Sabtu (29/1) dan Ahad (30/1) adalah cuti mingguan

Jumlah semuanya 21 hari cuti.

Berikut pula kronologi permulaan gendang ‘perang’ pilihanraya kecil DUN Tenang dari saat sosek-sosek pemilihan calon hingga sekarang.

1] 18 Disember 2010, SPR mengumumkan telah menerima surat makluman kekosongan kerusi DUN Tenang berikutan kematian penyandangnya, Allahyarham Datuk Sulaiman Taha (Al-Fatihah utk arwah & ucapan takziah utk keluarganya).

2] 19 Disember 2010, PR melalui Anwar Ibrahim mengesahkan Pas akan meletakkan calonnya utk bertanding dalam PRK  DUN Tenang . (PR merujuk kpd satu pakatan gabungan parti pembangkang yg bergerak secara haram kerana sampai skang pakatan tersebut belum register)

3] 23 Disember 2010, Pas melalui Dr. Dzulkifly mengesahkan 5 nama individu senarai calon telah disenarai pendekkan.

4] 24 Disember 2010, YDP Pas Labis memberitahu pemberita 4 nama calon telah disenaraipendekkan.

5] 24 Disember 2010 pula SPR mengumumkan tarikh penamaan calon dan tarikh pengundian DUN Tenang N.05, Johor.

6] 29 Disember 2010, FreeMalaysiakini mendapat pengesahan daripada Mazlan Aliman bahawa calon Pas bukan orang tempatan.

7] 30 Disember 2010, desas desus bahawa seorang bekas cikgu wanita berada dalam senarai nama calon utk mewakili Pas.

8]  10 Januari 2011, SPR mengumumkan 2 pusat semakan nama pengundi di buka.

9] 16 Januari 2011, Normala diumumkan sebagai calon Pas oleh Presiden Pas, Hadi Awang.

10] 22 Januari 2011, Proses penamaan calon PRK DUN Tenang.

11] 30 Januari 2011, Hari pengundian DUN Tenang.

Apa yg ada dalam fikiran anda sekarang? Sememangnya dia kebetulan sakit? atau buat-buat sakit utk dapatkan cuti?..

 ha..ha..ha..


Ulasan rakan-rakan blogger berkaitan isu ini

1- Suami Sakit : Calon PAS Di Saran Tarik Diri Dan Tumpukan Kepada Suami
2- Suami Normala Dapat MC Untuk Bantu Isteri Berkempen
3- Sah ! MC Milik Suami Normala

One thought on “Cuti Sakit & Kronologi PRK DUN Tenang…

  1. Pingback: PapaGomo 5: Kebenaran Di Lorong Kegelapan… « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s