Penyokong Haprak Pas Buat Tahik Lagi…

Ini bukan pertama kali, tapi sudah masuk berpuluh kali para penyokong pembangkang terutamanya Pas cuba membusukkan nama baik UMNO, BN dan kerajaan dgn menggunakan kepala surat agensi kerajaan ataupun menciplak surat UMNO/BN.

Terkini seramai 198 orang peneroka Felda Chemplak Barat  dalam DUN Tenang hampir-hampir tertipu dgn psywar & reverse psyko yg cuba dimainkan oleh penyebar propaganda pro Pas.

Kesemua mereka menerima surat kononnya di hantar oleh Majlis Daerah Labis (MDL) utk tujuan majlis penyerahan bantuan kewangan RM300 kepada peneroka. Peneroka di Felda Tenang turut menerima surat tipu yg sama.

Walhal majlis langsung tak ada sebaliknya tujuan penyebaran surat tersebut nampak sangat satu mainan kotor supaya menimbulkan kemarahan dan rasa benci pengundi terhadap UMNO, BN dan kerajaan.

Sebelum ini di Batu Sapi sewaktu PRK jugak kaedah hampir sama dilakukan puak pembangkang, menyebarkan berita angin kepada kelompok ramai kononnya MCA dan BN hendak memberi wang ringgit sebelum pilihanraya. Mujurlah ramai pengundi yg sudah faham perangai jahat penyokong pembangkang, jika tidak teruk jugak BN akan kena hamun dengan pengundi.

Di Galas, Bagan Pinang, Permatang Pasir turut tak terlepas dgn taktik jahat pembangkang yg cuba menyemai benih benci dan marah pengundi pada kerajaan BN. Mereka meletakkan wang palsu RM100 sebanyak 2 atau 3 keping di dalam sampul surat dan dimasukkan ke peti pos rumah penduduk, di dalam sampul itu juga diselitkan sekali dgn bahan kempen undilah BN. 

Apa motifnya?… Tentulah bila penduduk dan pengundi sudah kenalpasti duit tersebut adalah palsu maka mereka akan memaki dan mula membenci UMNO dan BN. Nama UMNO & BN menjadi busuk, jadi peluang pembangkang utk meraih undi daripada pengundi yg marah menjadi lebih senang.

Selain tu tidak berapa lama dulu, flyer seakan milik BN berwarna biru dan menggunakan slogan kempen BN pernah jugak disebarkan semasa PRU 2008, bila di buka utk bacaan isinya semua menghentam UMNO & BN.

Dalam pilihanraya 1990, 1995 hingga 1999 kaedah menjatuhkan imej dan maruah pemimpin UMNO pernah dibuat oleh pengikut Pas dgn mencetak gambar Dr. Mahathir memegang gelas kaca yg tertulis di bawahnya “inikah pemimpin Islam yg kita mahu?”. Faham maksudnya?.. Reverse psiko. Cubaan halus membina first impression bahawa Dr. Mahathir minum arak. Sedangkan minuman sebenar adalah jus buah-buahan.

Cubaan yg hampir sama pernah terkena pada Pak lah sewaktu PRU 2004. Modus operandis yg sama. Matlamat yg sama utk menjatuhkan air muka dan imej pemimpin UMNO & BN.

Itu lah namanya taktik jahat dan kotor yg kerap dilakukan oleh penyokong Pas dan PKR utk meraih undi cara mudah. Mulut mereka laju bercakap dan berceramah 24 jam berkaitan Islam, hudud, negara Islam, pendek kata semua yg baik adalah pulak diaorang, tapi sikap dan pembawaan jauh panggang dari api.

Kenapa mereka sanggup menggunakan segala cara tanpa fikir dosa pahala hanya semata-mata demi undi & politik?.. Cuba fikir sejenak…

Jawabnya sebab parti diaorang cuma handal bermain politiking dan berceramah 24 jam sahaja. Mereka nak kejar kedudukan tinggi melalui politik dan menikmati gaji serta kemudahan yg hebat melalui cara mudah.

Nak harapkan jasa?.. Khidmat?.. Pembangunan dan menyelesaikan masalah kehidupan rakyat?.. Jangan harap. Kalau di hitung jasa kambing dan lembu menjaga anak-anak depa dari kecik hingga besar pun masih lagi puak-puak lahabau yg mengaku ‘islemik’ tu tak boleh nak challenge.

Itu kita banding dgn kambing dan lembu. Kecik hati lembu& kambing kalau diketahuinya nanti.

Kalau nak kira jasa puak lahabau tu pada manusia yakni rakyat macam kita ni, jenuhlah kita fikir ntah apa jasa.. Yang asyik duk nampak tiap hari tiap malamnya rakyat duk kena hulur derma duit masuk tabung dan uncang depa semata-mata utk dengar depa jual ubat dalam ceramah. Itu sajalah yg termampu depa buat.

Apa depa ingat pentas ceramah dan kemahiran pidato serta pakai serban besar bas tu sudah cukup utk selesaikan masalah negara dan meningkatkan pembangunan ekonomi rakyat ke? Pigi daaa…

Kerajaan UMNO dan BN siang malam duk bertungkus lumus perah idea, usaha segala kudrat yg ada utk baik pulih ekonomi dan bangunkan kehidupan rakyat, alih-alih si celaka dari pembangkang senang saja nak curi undi dgn menabur benih kebencian rakyat pada kerajaan pusat dan BN.

Saling tak tumpah dgn zionis yahudi punya cara. Hampeh..

Fikirlah sejuta kali sebelum terniat nak sokong atau undi Pas mahupun PKR. Takyah duk bazirkan tenaga, duit dan undi anda utk haprak tu semua.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s