Mustaffa Kamil Ayub Bakal ‘Disembelih’ PKR?

Ini kisah Mustaffa Kamil Ayub yg diketahui ramai antara penyokong setia Anwar Ibrahim. Diantara saki baki pro ABIM yg masih bersama Anwar beliau adalah yg paling top berbanding bekas pemimpin ABIM yg lain.

Di anggap sebagai ‘lelaki ABIM terakhir’ dalam PKR yg masih memegang sisa-sisa keyakinan terhadap kewibawaan Anwar sebagai pemimpin masa depan.

Dalam pemilihan PKR yg lepas beliau tewas teruk di tangan Azmin Ali utk jawatan Timbalan presiden PKR. Pemilihan parti yg dicemari banyak insiden ganas dan kekasaran itu turut menjadi bahan sendaloka serta bahan tawa orang ramai bila sekitar hanya 10% sahaja anggota parti yg keluar mengundi berbanding keseluruhan jumlah ahli PKR yg di dakwa hampir 400, 000 orang.

Manakala seorang lagi pencabar terdekat utk jawatan sama Zaid Ibrahim telahpun bertindak keluar parti kemudiannya menjadi Presiden KITA (Kesejahteraan Insan Tanah Air, rebranded parti AKIM) selepas tidak berpuas hati melihat banyak penyelewengan semasa kempen dan proses pemilihan dilakukan.

Mustaffa adalah antara pemimpin PKR yg di war-warkan bakal menyertai Zaid dalam parti KITA. Desas desus itu tersebar kerana beliau dilihat bersama-sama zaid memprotes ketidaktelusan pemilihan PKR yg tampak jelas direncanakan utk menaikkan Azmin sebagai Timbalan Presiden PKR.

Terkini, blog Medan Info menyiarkan artikel berkenaan kemungkinan Mustaffa bakal digantung keahliannya berikutan aduan terhadapnya masa pemilihan yg lepas.

Turut disiarkan adalah surat tunjuk sebab daripada Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution bertarikh 13 Januari 2011.  (sila klik imej utk paparan yg jelas)

Jika berita ini benar, bermakna jolokan ‘lelaki ABIM terakhir’ bakal tersimpan dlm lipatan sejarah sekaligus menjadi petunjuk pengaruh ABIM kian lenyap dalam PKR.

Cuba teliti tarikh notis dikeluarkan ialah bertarikh 13 Januari dan tarikh penerimaan yg dicatatkan ialah 24 Januari 2010. Agaknya sebagai memenuhi syarat demokrasi dan dilihat bebas maka tempoh 10 hari diberikan utk Mustaffa menjawab notis tunjuk sebab tersebut bermula dari tarikh surat dikeluarkan. Ha..ha..ha.. Memang ajaib PKR ni.

Andai terbukti surat ini sahih, kita sudah boleh membuat andaian barangkali memang ada tangan ghaib yg benar-benar mahu membakar jambatan antara PKR dan ABIM samada kerana dendam ataupun kepentingan sendiri.

Sehingga kini belum diketahui tindakbalas drpd Mustaffa dan penyokongnya, sama-sama kita nantikan kesudahan kes ini.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s