Kedudukan Terkini DUN Tenang…

Momentum sokongan pengundi di DUN Tenang saban hari menunjukkan tanda-tanda positif semakin berpihak kepada calon BN, Azahar Ibrahim ataupun nama glamournya Tok Ai.

Sehingga jam 10.00 malam tadi, laporan mutakhir yg diterima memperlihatkan arah sokongan & mood pengundi meletakkan BN dalam keadaan selesa terutama sekali di kawasan majoriti Melayu & India.

BN mensasarkan untuk memperolehi 90% sokongan pengundi Melayu kali ini dan perkembangan terkini menyimpulkan ia hampir pasti boleh di capai. Manakala sasaran peratusan undi daripada kalangan pengundi Cina ialah 45% dan India 80%.

Situasi semasa menunjukkan BN sudah menguasai kira-kira 85% undi orang Melayu. Dalam pilihanraya umum 2008, sokongan pengundi Melayu utk BN sekitar 80% sahaja.

Lonjakan sokongan untuk BN paling ketara  kelihatan di Peti Undi Felda Tenang, Tenang Station, Chemplak & Chemplak Barat. Di keempat-empat kawasan peti undi ini terdapat lebih 4000 pengundi berdaftar di mana dalam PRU 2008 kesemua kawasan ini memihak kepada BN.

Ketika ini sambutan ramai amat menggalakkan di semua majlis berkelompok dan aktiviti anjuran UMNO & BN. Rata-rata rumah penghuni di kibarkan bendera UMNO dan BN, manakala culaan sikap dan undi menunjukkan sokongan kuat utk BN jauh meninggalkan Pas di belakang.

Di Felda Tenang & Felda Chemplak misalnya, isu manipulasi dan penyebaran berita fitnah yg mengaibkan keluarga arwah Abdul Latif Subhi Mohd. Din dalam isu ‘jenazah terbiar’ oleh Pas telah menyebabkan ramai penyokong Pas berpaling tadah dan memboikot aktiviti Pas. Jentera kempen Pas di kawasan ini kini banyak bergantung kepada khidmat jentera Pas dari luar Johor.

Di lain-lain kawasan majoriti Melayu seperti Ayer Panas, Redong dan Sawah Bahru juga turut menyaksikan sedikit peningkatan sokongan terutama sekali dgn penyertaan semula bekas ahli UMNO yg keluar parti tahun 2007 & 2008 yg lalu.

Usaha kempen UMNO dan BN kini selain drpd menjelaskan isu-isu setempat dan negara, turut memberi perhatian kepada kempen meningkatkan kesedaran  keluar mengundi serta turut berusaha mengesan pengundi berdaftar yg gagal menunaikan tanggunjawab tersebut dalam PRU 2008.

Keseluruhan ada sejumlah 7014 pengundi Melayu berdasarkan daftar pemilih terbaru SPR dan UMNO meletakkan sasaran jumlah keluar mengundi di kalangan pengundi Melayu di DUN Tenang sekitar 92%, berikutan itu tugas khas mengesan dan menjalankan kempen kesedaran mengundi diberikan kepada jentera Wanita, Pemuda dan Puteri Bahagian Labis dibantu oleh jentera tempatan Dun Tenang.

Bagi kawasan majoriti pengundi India terutama di peti undi Ladang Bukit Dato, laporan terkini culaan undi dan tahap sokongan menunjukkan BN kini di hadapan dgn anggaran sokongan 75%.

Tahap yg lebih baik berbanding PRU 2008 yg mana ketika itu BN hanya menguasai sekitar 70% sahaja sokongan pengundi kawasan ini. Apa yg menarik di sini beberapa orang bekas ahli dan penyokong PKR turut sama berganding bahu dgn jentera BN daripada MIC.

Di satu lagi kawasan majoriti India, peti undi Ladang Labis Utara persaingan sedikit sengit di antara jentera MIC dgn PKR. Bagaimanapun arah sokongan pengundi masih lagi di kuasai oleh BN dgn anggaran perbezaan hampir 8% berbanding Pas .

Secara umum culaan peratusan sokongan untuk BN dari kalangan pengundi India di kedua-kedua peti undi tersebut dan peti undi lain kini diletakkan pada paras 62%.

Dalam PRU 2008, campuran undi di kedua-dua kawasa peti undi tersebut dgn lain-lain kawasan dalam DUN Tenang menunjukkan BN hanya memperolehi sekitar 45% saja sokongan pengundi India. Berdasarkan angka tersebut, peningkatan sokongan ini agak memberangsangkan dan petanda baik untuk MIC yg kini dalam proses pemulihan.

Beberapa usaha gempur isu-isu setempat dan nasional giat dilaksanakan menggabungkan tenaga jentera MIC dan UMNO utk memastikan sasaran 80% sokongan pengundi India dalam pilihanraya kali ini dapat di capai.

Manakala di kalangan pengundi Orang Asli dan pengundi Pos BN dilaporkan hampir pasti mampu meraih sekitar 95% sokongan.

Bagaimanapun di kalangan pengundi Cina, secara umum masih condong ke arah Pas. Tahap sokongan untuk BN hanya menunjukkan sedikit peningkatan. MCA menganggarkan sehingga kini hanya 36% sahaja pengundi keturunan Cina bersama BN. Peningkatan sekitar 3% berbanding PRU 2008.

Daripada 3 peti undi majoriti Cina, BN di dapati hanya mendahulu sokongan di peti undi Labis. Tahun 2008 kawasan ini di menangi oleh Pas dgn majoriti 10 undi kini di yakini mampu di tawan semula oleh BN.

Peti undi Bandar Labis Timur keadaan agak sengit, tahap sokongan dilihat masih memihak kepada Pas walaupun terdapat sedikit peralihan sokongan pengundi untuk BN.

Buat masa sekarang ia diletakkan pada paras kelabu. Beberapa usaha dilakukan utk menarik sokongan beberapa pemimpin tempatan pro PKR dan DAP yg dipinggirkan dalam pemilihan parti tahun lepas giat dilakukan utk memastikan sokongan pengundi kawasan ini memihak kepada calon BN.

Di peti undi Bandar Labis Tengah, keadaan agak kuat memihak kepada Pas (baca DAP). Aras sokongan ditandakan sbg hitam. Jentera DAP dan PKR cukup aktif di sekitar sini. Dalam pilihanraya umum yg lalu, BN kalah teruk di sini dgn majoriti 509. Berdasarkan keadaan semasa, MCA mengandaikan BN mungkin hanya mampu menarik sedikit sahaja undi dari Pas utk peti undi Bandar Labis Tengah.

Bagaimanapun, pada 28 Januari nanti keadaan mungkin berubah sekiranya ura-ura orang kuat PKR di sini beralih arah menyertai MCA semula. Esok pula beberapa pasukan jentera tambahan MCA akan sampai, dijangkakan keadaan mungkin mampu diubah kepada situasi yg lebih baik.

Secara keseluruhannya, laporan tersebut menyimpulkan BN hampir pasti menang PRK DUN Tenang dgn majoriti sekitar 3500 undi.

Sementara itu pihak jentera pilihanraya dgn bantuan MCA, Gerakan & BN Pusat telah mengambil beberapa langkah yg akan dilaksanakan bermula esok  dan 28 Januari nanti sebagai usaha tambahan memperkemaskan kempen meraih sokongan pengundi Cina.

Selain itu beberapa kelemahan yg telah dikenalpasti sejak semalam telah diperbaiki. Beberapa langkah keselamatan turut diambil utk memintas cubaan penyamaran dan kerja jahat pihak tak bertanggungjawab terutama dalam penyebaran surat layang, propaganda berbau perkauman dan juga kegiatan vandalisme yg merosakkan bahan kempen BN.

Ketika ini di anggarkan 70% kekuatan jentera pilihanraya telah bergerak pada tahap optimum. Menjelang Jumaat nanti keseluruhan jentera pilihanraya yg bertugas akan digerakkan sepenuhnya hingga habis masa berkempen.


Sekian dahulu buat masa ini. Blog XPressMinda akan berusaha dari semasa utk mendapatkan laporan terkini arah sokongan pengundi daripada BN, terima kasih kepada semua rakan pro UMNO yg bertugas di sana kerana berkongsi maklumat.

Disamping itu jika tiada aral melintang esok petang Blog XPressMinda akan cuba merisik keadaan terkini daripada beberapa rakan yg bertugas dalam jentera pakatan rakyat terutama Pas & PKR utk mengetahui laporan prestasi terkini mereka sebagai input perbandingan utk tatapan semua.

One thought on “Kedudukan Terkini DUN Tenang…

  1. Pingback: Terkini DUN Tenang: BN & Pas « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s