Harimau Muda Kalahkan Singa Tua…

Boleh tahan peningkatan prestasi pasukan bolasepak bawah 21 tahun kita hingga mati katak dibuatnya singa seberang. Walaupun just perlawanan persahabatan, tapi kerana ia melibatkan Singapura maka kemenangan 2-0 memang satu isyarat yg bagus.

Kalau dalam edisi Piala AFF Suzuki yg lepas kita tidak berpeluang bertemu dgn Singapura, kali ini walaupun pasukan yg diturunkan adalah berbeza namun kejayaan ini boleh di kira agak manis dan petanda baik utk kebangkitan pasukan negara seterusnya.

Soal kenapa? Jawabnya mudah, musuh tradisi Malaysia dalam arena bolasepak adalah Indonesia dan Singapura.

Paling menarik, kita berjaya menundukkan Singapura dgn 2 gol tanpa balas di gelanggang mereka sendiri. Mantap.

Syabas Malaysia. Tahniah Skuad Harimau Muda.

Skuad Harimau Muda benam Olimpik Singapura 2-0

KUALA LUMPUR 24 Jan. – Skuad Bawah 21 Tahun negara, Harimau Muda A menundukkan skuad Olimpik Singapura 2-0 dalam perlawanan bola sepak persahabatan di Stadium Jalan Besar, Singapura, hari ini.

Jaringan Irfan Fazail dan Syahrul Azwari Ibrahim pada minit ke-23 dan 45 sudah cukup memastikan anak buah Ong Kim Swee itu pulang dengan kemenangan manis setelah kecundang 2-1 kepada skuad Olimpik Thailand, di Bangkok Khamis lalu. – Utusan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s