Temberang Pas Terdedah di DUN Tenang…

Di kelantan suhu pengaruh Pas kian lama kian suram bilamana sambutan rakyat terhadap kepimpinan Nik Aziz semakin menjadi suam-suam kuku.

Kelebihan sokongan rakyat terhadap Pas dalam PRU 2008 yg lalu baik di Kelantan mahupun di seluruh negara nyata hanyalah seperti buih-buih di lautan yg kemudian kian menghilang.

Setelah sekian lama bertahtha di singgah sana Kota Darulnaim kini suara-suara kritikan yg mempertikaikan kemampuan Nik Aziz & Pas memerintah Kelantan semakin kerap kedengaran.

Baik di pasar, kedai kopi, pejabat kerajaan mahupun di beranda rumah hatta di kawasan yg di anggap pekat hijau selama ini pun semakin kuat pertikaian dan suara-suara menolak kepimpinan Pas di Kelantan.

Permulaan awal proses penolakan rakyat diterjemahkan melalui kemenangan tipis calon Pas dgn hanya 65 undi majoriti di PRK DUN Manek Urai  dan dibantu oleh beberapa faktor lain akhirnya ia merebak hingga menyebabkan Pas tewas terduduk di PRK DUN Galas kemudiannya.

Isu-isu disebalik tabir berkaitan misi kerajaan perpaduan yg terhalang kerana sikap dendam kesumat Nik Aziz boleh dianggap merekah menjadi bibit-bibit penentangan rakyat Kelantan yg sekian lama terpendam saban waktu makin terbuka.

Rasanya tidak salah kalau diandaikan sedikit sebanyak  pemangkin momentum perubahan ini selanjutnya kian terkesan di hati rakyat Kelantan berikutan wujudnya pula kekecohan isu menantu Nik Aziz di PMBK hasil pendedahan blogger Kickdefella. Klik sini, sini dan sini.

Ibarat api dalam sekam, suara penolakkan dan penentangan terhadap kepimpinan Pas dan Nik Aziz itu kini menjalar pula  ke hampir pelusuk negeri.

Sementelah lagilah bila kesatuan di antara para pemimpin UMNO Kelantan juga semakin baik di bawah pimpinan Datuk Mustapa Mohamad dibantu oleh Dato’ Awang Adek serta ramai pemimpin UMNO yg lain seperti YM Tengku Razaleigh dan Dato’ Annuar Musa, kini keadaan Pas di Kelantan sudah tidak selesa seperti dulu lagi.

Tiada lagi ketakutan atau rasa risau bila mengkritik Nik Aziz. Jika dulu dikalangan ramai pemimpin UMNO pun ada yg terpengaruh dgn propaganda kealiman & karamah Nik Aziz sebagai kononnya ‘ulamak’ hingga mereka cuba mengelak daripada mengkritik kelemahan yg ada pada batang tubuh Nik Aziz, kini segalanya hanya sejarah.

Mitos  pendewaan  terhadap ‘kewarakan’ Nik Aziz yg dibina dgn imej warak, alim dan gembar gembur kononnya memiliki karamah bukan lagi dinding kebal yg mampu melindungi Nik aziz dan Pas daripada terus mengabui mata rakyat.

Lanjutan drpd kebangkitan inilah membawa kepada semangat baru utk UMNO & BN Kelantan dengan melebarkan pula misi mereka utk menggempur Pas di DUN Tenang dgn hanya satu hasrat bagi memastikan rakyat Johor khususnya di DUN Tenang mengambil iktibar daripada apa yg berlaku di Kelantan sejak lebih 20 tahun lepas.

Jika Pas mampu ditundukkan oleh UMNO dgn majoriti lebih besar dalam PRK DUN Tenang, pastinya ia menjadi azimat berharga utk UMNO & BN Kelantan meraih sokongan lebih jitu di arena pertarungan politik Kelantan kelak.

Usah Jual Temberang Di Tenang, UMNO Kelantan Akan Dedah Segala-galanya

BACHOK, 23 Jan – Usah jual temberang, rakyat Kelantan sudah lama tidak terbela dan rakyat Johor terutama di Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang tidak sepatutnya terpedaya.

Inilah mesej yang akan disampaikan UMNO Kelantan kepada pengundi di DUN Tenang untuk mereka membuat penilaian sebenar dalam memilih calon wakil rakyat mereka pada 30 Januari ini.

Bagi memastikan pengundi Tenang tidak melakukan kesilapan Badan Perhubungan UMNO  Kelantan akan mendedahkan kegagalan kerajaan Pas Kelantan membangunkan negeri itu walaupun diberi peluang selama 20 tahun memerintah Kelantan.

Timbalan Pengerusi Badan Perhubungan UMNO  Kelanta,  Datuk Dr Awang Adek Hussin berkata  pendedahan yang akan dibuat pada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang itu adalah bagi memastikan rakyat di kawasan itu tidak terpengaruh dengan dakyah yang ditabur parti itu.

“Seramai 20 tenaga yang berpengalaman akan dihantar ke DUN berkenaan bagi membantu UMNO Johor sepanjang tempoh berkempen sehingga hari pengundian 30 Jan ini.

“Antara perkara yang akan diceritakan ialah isu air, jalan, perparitan, banjir dan kepincangan dalam perlaksanaan projek ladang rakyat yang menjadi kebanggaan mereka,” katanya.

Beliau berkata demikian selepas mengadakan ramah mesra dengan nelayan Pangkalan Petah, di sini hari ini.

Pilihan raya kecil DUN Tenang diadakan berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Sulaiman Taha bulan lepas. Pada pilihan raya kecil itu, calon Barisan Nasional (BN),  Mohd Azhar Ibrahim akan ditentang calon Pas, Normala Sudirman.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s