Isu Jenazah: Pas Bakal Tersungkur Kerana Sebar Fitnah

Rakyat Johor khususnya di DUN Tenang bangkit lagi membongkar fitnah dan kemungkaran yg telah dilakukan oleh jentera pilihanraya Pas berkenaan isu jenazah arwah setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air.

Sesungguhnya fitnah dan adu domba seolah sudah menjadi asam garam kehidupan Pas dan penyokong mereka. Tiada rasa takut azab atau bimbang kemurkaan Allah s.w.t.

Sudahlah memperalatkan Islam dan kesucian Al-Quran utk meraih undi duniawi, lebih teruk lagi mereka mencemarkan masjid dan memperalatkan kematian arwah utk agenda politik sempit malah hingga mencipta fitnah yg turut menjatuhkan maruah imam dan ajk masjid berkenaan.

Masjid yg sepatutnya dimanfaatkan utk kerja ibadat mencari hidayah & keredhaan Allah sebaliknya mereka menggunakannya utk merencanakan kejahatan hingga kemudian disebarkan kepada umum dengan cerita fitnah dan putar belit hanya semata-mata mengejar sokongan pengundi utk kepentingan parti Pas.

Layak sekali perbuatan mereka itu sama sebagaimana pernah disabdakan oleh Nabi Muhammad S.A.W.

Daripada Ali bin Abi Thalib r.a. berkata, Telah bersabda Rasulullah saw.;

“Sudah hampir sampai suatu masa di mana tidak tinggal lagi daripada Islam ini kecuali hanya namanya, dan tidak tinggal daripada Al-Quran itu kecuali hanya tulisannya. Masjid-masjid mereka tersergam indah, tetapi ia kosong daripada hidayah. Ulama mereka adalah sejahat-jahat makhluk yang ada di bawah kolong (naungan) langit. Dari mereka berpunca fitnah, dan kepada mereka fitnah ini akan kembali”.

Hadis Riwayat Al-Balhaqi

Sebelum ini, beberapa blog pro UMNO termasuk UMNO-Online sendiri serta blog ini telah menyiarkan penjelasan daripada Imam Masjid Felda Tenang (Masjid An-Nur) dan rakan arwah, kali ini penjelasan dan luahan kemarahan itu datang pula daripada Pengerusi Biro Khairat Kematian, Hamzah Manaf.

Berikut disiarkan petikan yg dilaporkan oleh Utusan Malaysia.

Pas terbukti memfitnah PM

 

 HAMZAH Abdul Manaf menunjukkan berita di dalam Buletin Tenang yang mempolitikkan pengurusan jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air, Felda Tenang pada kempen pilihan raya kecil DUN Tenang di Labis, Johor, semalam.

LABIS 23 Jan. – Taktik kotor Pas mula terbongkar satu per satu termasuk yang terbaru mengenai penipuan dan putar belit parti itu yang mendakwa kononnya Datuk Seri Najib Tun Razak ‘lupa menziarahi’ jenazah seorang pimpinan UMNO cawangan yang meninggal dunia pada hari Perdana Menteri melakukan lawatan kerja sehari ke Felda Tenang, 18 Januari lalu.

Ia suatu fitnah nyata yang dilakukan oleh Pas melalui edisi kedua akhbar Buletin Tenang, lidah rasmi parti itu yang diedarkan kepada orang ramai sepanjang tempoh berkempen dalam Pilihan Raya Kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) Tenang di sini.

Sebaliknya, apa yang berlaku, seperti ditegaskan Pengerusi Biro Khairat Kematian Masjid An-Nur, Hamzah Manaf, 77, dan beberapa pemimpin setempat, tindakan Najib tidak melawat jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air Felda Tenang, Allahyarham Abdul Latif Subhi Mohd. Din, 61, bukannya suatu isu kerana Perdana Menteri memang langsung tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham kerana tidak dimaklumkan mengenainya.

Satu lagi penipuan Pas menerusi buletin itu ialah apabila mendakwa jentera parti itu yang menguruskan jenazah Allahyarham, sedangkan hakikatnya ia diuruskan sendiri oleh para penduduk kampung.

Sebaliknya, beberapa wakil dan jentera Pas hanya muncul secara tiba-tiba di masjid berkenaan termasuk calon parti itu, Normala Sudirman untuk memberi penghormatan kepada jenazah Allahyarham.

Kemudian, di dewan solat Masjid An-Nur Felda Tenang itu, salah seorang daripadanya yang memakai jaket Pas secara tidak semena-mena bangun dan mengimamkan solat jenazah ketika pengurusan masjid meminta waris Allahyarham menjadi imam kerana lebih afdal diimamkan oleh keluarga terdekat, atau menunggu kira-kira 15 minit untuk imam tiba.

Hamzah yang ditemui Utusan Malaysia hari ini menegaskan, hati seluruh penduduk di Felda Tenang sangat terluka dengan tindakan Pas menerusi buletin itu bertajuk ‘PM lupa ziarah jenazah Setiausaha Umno cawangan Tenang.

Menurutnya, Pas secara terbuka berbohong apabila mendakwa Najib tidak melawat jenazah ketika melintasi masjid itu pada pukul 10 pagi kerana isu itu langsung tidak berbangkit sebaliknya suatu penipuan besar.

Jelasnya, ia bukan isu kerana Perdana Menteri tidak mengetahui mengenai kematian Allahyarham, malah jenazah tiba dari Hospital Segamat untuk disembahyangkan di masjid berkenaan pada pukul 12 tengah hari.

“Ini suatu pembohongan, bohong, bohong, bohong,” katanya ketika wartawan menunjukkan naskhah Buletin Tenang terbitan Badan Perhubungan Pas Johor itu kepada beliau hari ini.

Abdul Latif Subhi meninggal dunia kira-kira pukul 7.30 pagi di Hospital Segamat setelah mengadu sakit dada.

Selain itu, tambah Hamzah, para penduduk Felda Tenang berasa sangat kecewa lebih-lebih lagi apabila Pas mendakwa imam masjid Masjid An-Nur Felda Tenang, Mohd. Shariff Hassan, tidak mempeduli dan menguruskan jenazah berkenaan kerana sibuk meraikan kedatangan Perdana Menteri.

Beliau yang lebih dikenali sebagai ‘Ayahanda’ oleh penduduk Felda sangat terkilan dan kesal dengan tindakan parti pembangkang itu yang sengaja menabur fitnah semata-mata hendak memburukkan Perdana Menteri dan penduduk kampung semasa Pilihan Raya Kecil DUN Tenang tanpa mempedulikan hukum hakam agama Islam yang menegah keras umatnya melakukan fitnah sesama Islam.

Sambil berharap supaya pengundi di DUN Tenang yang mendengar atau membaca mengenai fitnah tersebut supaya jangan mempercayainya, Hamzah berkata:

“Siapa kata orang Pas yang kendalikan semua urusan jenazah dari masjid hingga ke tanah perkuburan? Semua urusan itu kami yang lakukan kecuali imamkan solat jenazah dan itu pun, dia (orang Pas) tidak diminta berbuat demikian.

“Seperti kebiasaan, kita minta jika ada waris terdekat untuk mengimamkan jenazah, tapi disebabkan anak Allahyarham tidak bersedia menjadi imam solat jenazah, kita tanya sama ada mahu tunggu imam (Mohd. Shariff). Tiba-tiba seorang lelaki yang memakai jaket Pas terus ke hadapan dan mengimamkan solat tersebut.

“Saya nak ucap ‘tahniah’ kepada Pas kerana memfitnah dan memburukkan orang kampung dia sendiri,” katanya dengan nada sinis menyindir pemimpin Pas yang sengaja menabur fitnah untuk meraih sokongan.

Hamzah berkata, pihaknya sebenarnya memang tidak menghalang tindakan lelaki itu yang bukan pun penduduk Felda berkenaan mengimamkan solat jenazah tersebut tetapi tindakan memutarbelitkan fakta kejadian itu untuk dijadikan modal politik sangat dikesali.

Menurutnya, jika lelaki itu tidak mengimamkan solat jenazah itu pun, ia tetap dilangsungkan awal kerana Mohd. Shariff tiba beberapa minit kemudian iaitu ketika sembahyang baru bermula.

“Sebelum itu, saya telefon imam supaya datang segera untuk mengimamkan jenazah. Saya juga sudah beritahu supaya menunggu kira-kira 15 minit untuk menanti ketibaan imam.

“Sebenarnya semua urusan mengenai jenazah, kita yang lakukan. Ahli Pas ini cuma mengimamkan solat jenazah semasa jenazah tersebut disembahyangkan. Kalau betul Pas uruskan semuanya, kenapa tidak ada seorang pun orang Pas yang membantu urusan sehingga ke tanah perkuburan?” katanya.

Kepada puak-puak penyokong & pendukung Pas, renung-renungkanlah maksud hadis dibawah ini. Semoga kamu semua masih ada yg terbuka pintu hati utk tidak terus bersekongkol atau terlibat dgn fitnah ciptaan ahli politik yg hanya memperalatkan agama Islam utk kepentingan politik dan hawa nafsu sendiri.

Daripada Abu Hurairah ra. berkata, Rasulullah saw bersabda;

“Akan timbul di akhir zaman orang-orang yang mencari keuntungan dunia dengan menjual agama. Mereka menunjukkan kepada orang lain pakaian yang dibuat daripada kulit kambing (berpura-pura zuhud dari dunia) untuk mendapat simpati orangramai, dan percakapan mereka lebih manis daripada gula. Padahal hati mereka adalah hati serigala (mempunyai tujuan-tujuan yang jahat).

Allah swt Berfirman kepada mereka, “Apakah kamu tertipu dengan kelembutan Ku?, Ataukah kamu terlampau berani berbohong kepada Ku?. Demi kebesaran Ku, Aku bersumpah akan menurunkan suatu fitnah yang akan terjadi di kalangan mereka sendiri, sehingga orang yang alim ( cendikiawan ) pun akan menjadi bingung (dengan sebab fitnah itu)”.

Hadis Riwayat Tirmizi

One thought on “Isu Jenazah: Pas Bakal Tersungkur Kerana Sebar Fitnah

  1. Salam. Salam perjuangan. singgah sebentar melawat blog Tuan. Saya setuju bahawa PAS akan hancur kerana selalu menabur fitnah. Memang Pas dilahirkan utk menjadi si Fitnah. Mereka tak takut kepada Tuhan. Mereka sanggup berbuat apa saja demi agenda politik kotor mereka ala Yahudi. Insyallah..lambat laun allah akan melaknatkan mereka. Mereka banyak buat dosa terhadap sesama manusia terutamanya dgn orang2 melayu/Islam UMNO. Mereka perlu bertaubat. Kalau di izinkan mohon linkkan blog saya di sini. Blog Tuan akan saya linkkan di blog saya. Terima kasih…:)

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s