Surat Khabar Lama & DUN Tenang…

Selalu di hujung minggu sesetengah kawasan perumahan akan dikejutkan bunyi bising van atau lori kecil membunyikan hon diikuti teriakan “surat khabar lama”…”old newspaper”…”baterry lama”.. kemudian diikuti pula teriakan dalam bahasa cina mengulanginya.

Waktu zaman sekolah menengah hingga masuk sebuah ipta dulu (pertengahan 90-an – awal 2000), banyak duit saku dihabiskan semata-mata utk membeli pelbagai akhbar, majalah hinggalah buku-buku politik. Semuanya di simpan dengan satu hasrat utk dibukukan dan dijadikan rujukan kelak.

Utusan Malaysia, Berita harian, Minda pelajar, Mingguan Perdana, Harakah, Eksklusif, Tamadun, Massa dan beberapa lagi terbitan media lain. Habis berselerak bilik kecil aku di rumah dgn timbunan akhbar dan majalah hingga ruang utk tidur pun agak sesak dan agak panas.

Waktu berada di sebuah ipta di Pahang, bilik asrama yg di kongsi bersama 3 rakan lain kelihatan bersepah kerana timbunan akhbar dan majalah. Walaupun agak tidak kemas namun bilik itu tetap menjadi seumpama mini library bagi ramai rakan-rakan junior dan senior pada sebelah malam dan hujung minggu.

Tapi sayang selepas berpeluang lanjutkan pelajaran ke Shah Alam semua koleksi akhbar sudah tiada. Ada yg dijual kepada pembeli barang lama, sebahagiannya pula dibuang oleh arwah ibu & kakak kerana ruang sudah terlampau sempit. Memang kesilapan aku kerana gagal membukukannya sebagaimana yg dirancang.

Mengapa aku terfikir utk ungkit kembali perihal akhbar lama ini?.. Ada sebabnya.

Semuanya kerana Mahfuz dan Pas. Beberapa hari lepas YB Mahfuz mendakwa Tun Dr. Mahathir sudah hilang ingatan atau bahasa kasarnya nyanyuk kerana mengkritik pencalonan seorang wanita bagi mewakili Pas dalam PRK DUN Tenang.

Kata Mahfuz “Saya terkejut dengan kenyataan Tun Mahathir yang kata PAS tak konsisten. Saya tak tahu bila PAS kata calon wanita diharamkan kerana PAS pernah melantik Khadijah sebagai calon pertamanya dalam pertandingan tiga penjuru di Dungun Terengganu. Saya ingat Tun Mahathir ni sudah hilang ingatan terhadap sejarah”.

Sayang sekali kita tiada bukti hitam putih utk menyambut buah tanggung yg diberikan oleh Mahfuz Omar kali ini.

Bagi generasi muda dan tua yg pernah melalui zaman ‘kehebatan’ kerajaan Pas Kelantan bersama APU (Angkatan Perpaduan Ummah) sekitar 1990 – 1996, barangkali ramai yg masih ingat setidak-tidaknya pernah membaca beberapa kenyataan Nik Aziz berkaitan penglibatan wanita dalam politik.

Sebelum pilihanraya 1995 dalam utusan & berita harian ada disiarkan kenyataan Nik Aziz yg mempertikaikan kelayakan orang perempuan sebagai calon pilihanraya dan juga menjadi pemimpin politik serta negara. Kemudian Harakah pula dijadikan sebagai jentera serangan intesif selama beberapa minggu memainkan isu tersebut utk mengiakan kenyataan Nik Aziz tersebut.

Disinilah peri pentingnya akhbar-akhbar lama  itu utk memporakperandakan jentera Pas di DUN Tenang sekarang ini.

Beberapa hujah Nik Aziz dan Pas ketika itu antaranya berkisar pada aurat suara wanita, sentuhan lelaki perempuan. Untuk memperkuatkan lagi hujahnya maka dibacakan hadis yg menyatakan “lelaki adalah pemimpin bagi wanita”.

Selain itu, kemampuan kaum hawa sebagai wakil rakyat dan pemimpin juga dipertikaikan kerana dikhuartiri akan menyebabkan fitnah apabila terpaksa keluar di waktu malam utk berkhidmat kepada rakyat. Malah sekitar tahun-tahun tersebutlah kaum hawa turut dilarang utk menyertai Tilawah Al-Quran atas dasar suara wanita itu aurat bagi lelaki.

Waktu itu UMNO agak teruk dikecam kerana ada beberapa pemimpin Wanita UMNO yg memegang jawatan dalam kerajaan terutamanya Dato’ Seri Rafidah dan beliau menjadi puching beg yg berharga utk Pas dalam memainkan propaganda hanya lelaki sahaja yg layak menjadi pemimpin dan wakil rakyat.

Pun demikian serangan Pas terhadap UMNO waktu itu tidak pula mengambilkira bahawa dalam piliharaya 1990 dan 1995, beberapa wakil rakyat parlimen & DUN di Kelantan telah diwakili oleh orang perempuan, namun penglibatan mereka samasekali tidak menyekat Pas utk memperlekehkan UMNO.

Tika itu Pas bersama PMS46 (sebelumnya dikenali S46 sahaja), Hamim dan Berjasa bergabung tenaga dalam APU (Angkatan Perpaduan Ummah) dan Parlimen Kota Bharu misalnya diwakili oleh pemimpin wanita PMS46, Hajah Ilani binti Dato’ Haji Isahak sejak tahun 1990 lagi.

Dalam hal ini nyata bola tanggung yg diberikan oleh Mahfuz gagal utk kita manfaat sepenuhnya. Bingkisan memori dan ingatan sejarah lama hanya berkesan mempengaruhi mereka yg pernah melaluinya atau meyakinkan sesetengah pengikut politik sahaja, namun utk checkmate pergerakan lawan tentu sekali ia terbatas.

Tun Dr. Mahathir benar bila berkata “dulu PAS kata wanita tak boleh diletakkan sebagai calon tetapi sekarang dia kata boleh pulak”.

Tapi kenyataan Tun itu hanya menjadi bahan gelak ketawa bagi generasi baru Pas yg tidak pernah mengikuti sejarah dan merupakan modal utk memperlekehkan Tun Dr.Mahathir bagi segolongan pemimpin Pas yg kita ketahui hanya galak berceramah dan kerap lupa apa yg mereka pernah tuturkan dan janjikan sebelumnya.

Mungkin tidak terlewat utk pembaca di luar sana, barangkali ada kalangan kita yg masih menyimpan keratan akhbar-akhbar lama agak elok di kongsi bersama. Pembuktian melalui hitam putih keratan akbar pastinya akan memperkuatkan hujah kita dan Tun Dr.Mahathir sebagai pihak yg benar sekaligus menjadi bukti Pas adalah parti flip flop bertopengkan Islam sejak dulu hingga sekarang.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s