Kail Panjang Sejengkal…

Kita kerap dengar ramai insan gemar membina harapan dan memberi harapan. Bercita-cita tinggi dan berhasrat memiliki atau mencapai banyak perkara yg diidamkan.

Dunia politik juga banyak berkait rapat dgn harapan dan pengharapan menggunung tinggi, bila harapan tercapai ia satu kemajuan yg dibanggakan, bila ia gagal ramai yg gila tak keruan.

Menjelang PRK DUN Tenang 30 Januai 2011 nanti, calon Pas Cikgu Normala Sudirman nampaknya begitu konfiden dan optimis hasratnya memenangi PRK itu bakal tercapai.

Baguslah kalau yakin, tapi dgn hanya berbekalkan keyakinan sahaja cukup ke Cikgu? Masa depan rakyat dan agenda pembangunan kawasan Tenang takkan terjaga hanya disebabkan yakin dan optimis sahaja.

Zaman sekarang rakyat bukannya buta dan pekak, mereka berkehendakkan wakil yg mampu menyelesaikan pemasalahan, berkemampuan menjadi mata dan telinga rakyat utk di ajukan kepada kerajaan bagi menambahbaik kehidupan harian mereka.

Parti yang cikgu wakili nyata bukanlah wadahnya utk mereka, sedangkan permasalahan rakyat di kawasan pemimpin tertinggi Pas pun tak mampu diselesaikan inikan pula cikgu yg masuk bertanding dgn hanya berbekalkan rasa yakin & optimis sahaja.

Cuba bandingkan diri dengan pemimpin pujaan hati cikgu di Kelantan, hal ehwal melibatkan jalanraya yg rosak dan berlubang pun gagal Nik Aziz selesaikan ditambah pula skandal Bazar Tok Guru yg menghantui peniaga-peniaga kecil di Kota Bharu walaupun sudah puluhan tahun menjadi MB & wakil rakyat di Kelantan, agaknya inikah yg cikgu mahu ketengahkan kepada rakyat sebagai modal mewakili mereka kelak?

Kalau kail cikgu hanya sejengkal, kail Nik Aziz sudah berdepa-depa pun hingga kini masih juga gagal membantu dan menyelesaikan banyak permasalahan rakyat bawahan.

Saban hari saban minggu rakyat hanya diminta menyokong, bila tiba waktu ceramah rakyat di minta menderma wang masuk ke dalam uncang. Kata mereka derma jihad. 20 tahun memerintah maka selama 20 tahun itulah rakyat kelantan menolong Pas dengan menderma duit susu anak dan belanja dapur keluarga demi untuk pemimpin & parti Pas.

Pun begitu, memandangkan cikgu sudah begitu yakin eloklah sama-sama kita nantikan keputusan PRK Tenang malam 30 Januari nanti. Jangan kelak bila keputusan rasmi terpapar di skrin tiba-tiba ada yg meroyan menuduh SPR buang peti undi dalam laut pula.

Bukan apa, sejarah sudah membuktikan ramai yg hanya berbekalkan rasa yakin dan kerap membina harapan tanpa mengukur kemampuan diri sendiri kerapkali sukar terima hakikat dek kerana terlalu ampuh berpaut pada harapan palsu.

Orang tua-tua selalu berpesan, kalau kail panjang sejengkal, lautan dalam jangan di duga. Selamat bertanding Cikgu.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s