Debat Sana Debat Sini… Siapa Yang Kena?

Anwar diketahui cukup bijak berpidato, bermain kata, bermadah pujangga dan terbukti hebat menyusun bait kata utk mengelirukan & memukau pendengarnya. Barangkali antara ahli politik yg setanding dgn kehebatan Anwar itu hanyalah Mat Sabu dan Nik Aziz.

Mereka bertiga berada dalam kelasnya tersendiri dan memilik persamaan yg jelas. Malah jika salah seorang daripada mereka mengatakan bahawa tahik kambing itu adalah ubat makjun, tidaklah mustahil ada manusia yg membawa panji-panji berlogokan mata satu dan bulan purnama akan meyakininya serta sanggup menelan ‘makjun’ tersebut.

Mulut manis, kata-kata bombastik, pandai menyusun kata dan kemahiran pidato jelas aset yg penting bagi ahli politik utk mudah dikenali ramai.

Kini dalam kegawatan Anwar menghadapi kes liwatnya di Mahkamah dan disebalik gusarnya hati terpaksa berhadapan dgn bekas ‘anak buah’ sendiri dalam perbicaraan, maka Anwar bereaksi pantas menyahut kritikan Najib terhadap Pelan 100 Hari PR dgn menghulurkan salam perdebatan secara terbuka.

Maka hebohlah seantero pelusuk maya internet dengan gembar gembur dari kalangan penyokong dan pemuja Anwar mendesak Najib menyahut cabaran Anwar utk berdebat.

Tidak berapa lama kemudian Najib dalam satu majlis di DUN Tenang secara jenaka meminta Anwar menyelesaikan dahulu isu peribadi dan kes liwatnya serta konflik dalaman PKR dahulu sebelum fokus kepada debat.

Secara sinis kata Najib “Saya boleh debat dengan dia…apa kita takut kat dia…saya Perdana Menteri saya tahu segala maklumat…jangan cuba nak cabar saya…kalau saya dedah segalanya ada yang demam nanti….terlondeh semua”.

“Tak payah nak debat… tunai janji nak tubuh kerajaan 16 September…tak tubuh lagi…ini dah tahun 2011…kita tunggu sehari demi sehari tak jadi…dia kata 30 Ahli Parlimen Barisan Nasional nak seberang…masuk parti pembangkang nak tubuh kerajaan.

“Kita tengok-tengok, belek-belek mana 30…rupanya lima Ahli Parlimen ( PKR) dia jadi bebas..ini kalau kita tunggu lagi…ada lagi nak jadi bebas.

“Parti mana dari Timbalan Presidennya, Setiausaha Agung, Naib Presiden, Naib Ketua Pemuda, Ketua Wanita dia sampailah ke bawah Ahli Parlimen dah keluar dari parti. Tuan-tuan ada tengok parti macam ni dak?,” .

Sehari kemudian Malaysiakini yang memetik Bernama melaporkan;-

Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengajak Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk berdebat mengenai “Pelan 100 Hari” pembangkang sebaliknya hanya mahu berbincang.

Anwar dipetik berkata ” Ia perbincangan secara baik…kita tengahkan pandangan kita, mereka jawab dan kemukakan pandangan mereka. Tapi mereka tak setuju. Sebelum ini kita ajak menerusi media. Semalam surat menyusul. Respons tak begitu baik,”.

Esoknya Anwar Ibrahim melalui blog beliau menafikan mengeluarkan kenyataan demikian dan meminta Bernama menarik balik laporan tersebut. Sehingga artikel ini di tulis laporan Bernama tersebut masih tersiar di Malaysiakini.

Itu sedikit imbasan semula berkenaan isu debat antara Anwar dan Najib. 

Tup-tup suasana hangat isu debat berubah haluan bila 2 hari lepas Agendadaily menyiarkan artikel yg memetik mesej twitter Gobalakrishnan MP Padang Serai dari PKR yg secara terbuka mempersoalkan motif cabaran debat Anwar terhadap Najib.

Kemudian diikuti dengan cabaran terbuka Gobala utk berdebat dengan Anwar Ibrahim. Haru Anwar dibuatnya. Mana tidaknya, anak buah sendiri mencabar kemampuannya mengendalikan haluan bahtera.

Ha..ha..ha.. Ini baru betul, anak didik secara terbuka mendesak ketuanya berdebat. Sama-sama berada dalam kapal yg sama, seumpama anak kapal mempertikaikan kemampuan nahkoda mengemudi haluan kapal di lautan bergelora.

Sebelum ini Ummi Hafilda turut pernah mencabar Anwar berdebat dan cabaran tersebut dianggap oleh Anwar sebanyak hanya ‘soal nyamuk’. Mungkin Anwar terlupa kisah Raja Namrud yg gagah perkasa namun akhirnya tewas hanya kerana nyamuk. Walaupun dianggap nyamuk, Ummi tetap terus menyengat dengan pena tulisannya melalui blog srikandi7 mengungkit sejarah hitam yg terpaksa dilalui sejak tercetusnya kes liwat Anwar yg pertama dulu.

Ummi tidak keseorangan kerana jika Ummi dianggap hanya nyamuk bagi Anwar, bagaimana pula dengan Khairi, Nazri dan Kottapan yg turut secara terbuka mencabar Anwar ‘langkah mereka’ dahulu sebelum berhasrat berdebat dengan Najib?

Entah di mana Anwar hendak letak mukanya yg saban hari kelihatan kusut tiada seri dalam menghadapi cabaran demi cabaran. Yang tentu agak merobek jiwa raganya tentu sekali bila Kottapan dan Gobala yg pernah sama-sama mengharungi cabaran dalam PKR kini turut menongkah arus menjentik kelakian Anwar di khalayak ramai.

Rasanya agak wajar utk Anwar kembali kepada asetnya yg satu itu, memanfaatkan kehebatan pidatonya melanyak satu demi satu cabaran yg datang dari dalam PKR terutama sekali cabaran debat terbuka oleh Gobakrishnan. Itupun jika Anwar masih percaya dirinya masih ampuh sebagai pemimpin berwibawa.

Seorang pemimpin itu hanya akan dipandang mulia jika mampu mengawal anak buahnya secara bijak tidak kira samada melalui kehebatan kata-kata mahupun peraturan, kerana bila anak didikan atau orang bawahan sendiri sudah berani mengangkat muka mencemuh wibawa si pemimpin, jangan diharap rakyat bawahan lain masih sanggup mengikut pemimpin tersebut.

Ayuh Anwar… buktikan dirimu masih berharga di mata penyokong totok lain dan bukannya kaki tangguh mahupun dayus, kalau kau fikir Ummi hanya soal nyamuk, Khairi, Nazri dan Kottapan dianggap tak setaraf denganmu, maka Gobala tentu sekali cabaran yg paling mendesak kemampuanmu utk kekal sebagai pemimpin yg masih berpengaruh dalam PKR dan pembangkang.

Bak kata Gobala “saya boleh londih semua ini..Kalau berani debatlah..Jangan cerita lain2…Atur DEBAT”.

Ha..ha..ha.. kita tengok siapa yg kena…

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s