Musim PRK: Ada yg bergembira tatkala yg lain bersedih

Agaknya demam Pilihanraya kecil (PRK) di Malaysia hanya akan kebas selepas cukup 3 tahun pilihanraya 2008 selesai. Sehingga kini kita sudah melalui sejumlah 13 PRK sejak berakhirnya PRU 2008.

Kini PRK ke 14 di DUN Tenang, Johor akan menyusul dan terbaru PRK ke 15 Dun Merlimau di Melaka turut bakal ditentukan SPR berikutan kematian wakil rakyat kawasan tersebut semalam.

Tatkala ini keluarga dan sanak saudara arwah tentu sedang bersedih kehilangan orang yg tersayang, takziah di ucapkan dan semoga rohnya di tempatkan dikalangan para mukmin dan kalangan orang yg soleh.

Yang pergi tidakkan kembali, yg hidup meneruskan aktiviti harian seterusnya. Daripada Allah kita datang kepada Allah jua kita kembali.

Pun demikian sewaktu kita semua dikejutkan perkhabaran bahawa arwah dimasukkan hospital dalam keadaan kritikal kerana serangan jantung, tiba-tiba bertalu-talu blog pro Pas dan BN menyiarkan kononnya arwah sudah meninggal dunia.

Dalam tempoh masa antara jam 3.30pm hingga 6.30pm petang semalam beberapa kali berita kematian arwah disebarkan sedangkan ketika itu arwah masih lagi bernyawa dan sedang di beri rawatan rapi oleh doktor & jururawat bertugas. Arwah hanya disahkan meninggal dunia pada jam 8.10pm.

Kita barangkali boleh faham kesungguhan para blogger utk menyampaikan berita sepantas mungkin demikian juga beberapa akhbar secara online turut menyiarkan paparan berita tersebut, namun sepatutnya dlm keadaan tersebut kita semua berdoa dan memohon rahmat Allah mudah-mudahan arwah yg sedang berperang dgn saat-saat genting itu dipermudah dan disembuhkan sakitnya.

Di saat kekalutan dunia blog dgn berita palsu kematian arwah pada saat itu, tiba-tiba seorang pemimpin Pas yg kerapkali di gelar dgn panggilan Tok Guru oleh pengikut taksubnya juga turut terjebak menyebarkan berita sensasi tersebut melalui akaun facebook beliau.


NIK AZIZ MENYAMAR SEBAGAI MALAIKAT MAUT!!!!

Namun selepas sejumlah 66 komen oleh pembacanya termasuk 97 pembaca lain yg menandakan ‘like this’ pada berita tersebut, kira-kira sejam lebih kemudian berita tersebut di padamkan dan diikuti berita sah jam 10 lebih disiarkan tanpa sedikit pun kata-kata maaf atau pembetulan utk berita sebelumnya.

Sedikit sebanyak imej Nik Aziz tentu tergugat kerana seolah-olah ingin berlumba-lumba menjadi seperti segenlintir bloggers lain menyiarkan berita dan cerita tanpa pengesahan sahih terlebih dahulu.

Mungkin bagi segelintir kita soal kematian YB di satu satu kawasan adalah satu berita gembira walaupun ia tentu sekali ia saat menyedihkan bagi sanak saudara terdekat.

Utk rekod, 10 PRK yg di adakan sebelum ini termasuk DUN Galas juga disebabkan kematian wakil rakyat sebelumnya, manakala 3 lagi PRK di terpaksa di adakan kerana YBnya sengaja meletakkan jawatan.

Kini PRK kembali lagi, ia mengundang gembira ramai orang tatkala yg lain sedang bersedih dan berkabung. Itulah lumrah dunia. Ramai orang akan berebut melobi utk menjadi calon, ada yg sejak awal memasang angan-angan menjadi YB, ada yg berkira-kira menanti upah kempen & pengangkutan.

Utk bakal YB dan mereka yg kemaruk utk merasa kerusi empuk YB apakata hayatilah sendaloka lagu ND Lala ini sebagai pedoman, semoga anda memahami betapa sukarnya menjadi YB sekiranya hanya berbekalkan kemahiran pidato dan air liur sahaja.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s