Lanun Rampas Kapal: Tahniah PASKAL & TLDM

Anggota PASKAL yg terkenal sbg pasukan komando TLDM yg serba boleh & cekap telah berjaya menyelamatkan sebuah kapal dagang MT Bunga Laurel yg disewa oleh  MISC Berhad.

Semua anak kapal dilaporkan selamat. Manakala 7 orang lanun Somalia berjaya di tahan, 3 daripadanya cedera sewaktu berbalas tembakan dgn unit komando TLDM.

Tidak sia-sia ATM & kerajaan Malaysia melabur sejumlah wang dlm memantapkan pasukan pertahanan negara.

Malah apa yg penting di samping meningkatkan kelengkapan ketenteraan, perlaburan itu juga turut membuahkan hasil apabila ia turut menyumbang kepada lahirnya ramai anggota tentera yg mahir dan memiliki kecekapan yg tinggi.

Latihan intensif yg pernah dikatakan sebagai kasar, menjatuhkan maruah dan ganas hingga pernah dipolitikkan oleh parti politik pembangkang sedikit masa dahulu sebenarnya nyata memenuhi kehendak situasi semasa reallife.

Tidak dapat di bayangkan jikalau anggota tentera dan komando kita hanya mengikuti latihan ringan atau sekadar berkawad sahaja tentu sekali operasi menyelamat seperti ini berakhir dgn kegagalan, kematian atau kecederaan yg tinggi di kalangan anggota komando Malaysia.

Seperti biasa bila gagal atau ramai yg tewas, puak pembangkang pastinya gembira dan meletakkan kesalahan tersebut di atas bahu kerajaan dgn pelbagai dakwaan jahat misalnya kerajaan gagal menyediakan peruntukkan mencukupi utk melatih tentera dan membeli kelengkapan canggih.

Apapun, tahniah kita ucapkan kepada TLDM dan pasukan komandonya yg cekal dan cekap tersebut. Tahniah juga utk kerajaan Malaysia yg sejak dahulu amat prihatin dgn kebajikan tentera serta sentiasa berusaha menaiktaraf kelengkapan pertahanan Malaysia.

Sesungguhnya jelas terbukti kualiti, kemampuan dan kecekapan tentera Malaysia serta pemilikkan aset canggih ketenteraan negara bukannya satu pelaburan yg sia-sia. Sebaliknya ia adalah keperluan yg penting dimiliki demi memastikan hak, maruah dan keselamatan kita semua terjaga drpd ancaman musuh dari dalam & luar negara.

Dalam situasi lain, tentera dan komando Korea Selatan dilaporkan turut berjaya menyelamatkan kembali sebuah kapal dagang mereka yg turut dirampas oleh lanun Somalia. Bezanya, seramai 6 org lanun somalia terbunuh dalam operasi menyelamat tersebut.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s