Jasa Nik Aziz Yang Akan Dikenang…

Sudah berpuluh tahun Nik Aziz menjadi wakil rakyat dan turut menyandang jawatan Menteri Besar Kelantan. Dalam tempoh tersebut beliau sudah beberapa kali bertukar ganti kereta rasmi MB.

Gaji dan elaunnya juga sudah meningkat, jadi jika di ambil kira tempoh lama beliau sbg YB  kawasan DUN Cempaka juga sbg MB Kelantan paling lama tentu sekali banyak jasanya kepada rakyat setidak-tidaknya utk penduduk kawasan beliau sendiri.

Sebelum pilihanraya 2008, dikhabarkan wujud beberapa perancangan tersusun utk membantu para peniaga terutama sekali di bandar Kota Bharu. Nawaitu penstrukturan semula kawasan peniagaan tersebut menjadi fokus kerana ia dikatakan mampu menarik kembali undi para peniaga dan keluarga mereka seterusnya mengembalikan semula parlimen Kota Bharu yg berada di tangan Zaid Ibrahim ketika itu.

Rezeki nyata milik Pas apabila hasil amarah rakyat terhadap Pak Lah & menantunya Khairi di tambah pula dengan janji kerajaan negeri utk membina Bazar Tok Guru, maka dlm pilihanraya umum tersebut Parlimen Kota Bharu kembali ke tangan Pas dgn majoriti agak besar.

Blogger Kickdefella ada menyiarkan artikel yg memperincikan perancangan membina Bazar Tok Guru. Idea asal datangnya daripada Husam Musa di bantu oleh menantu Nik Aziz, Arif Fahmi yg ketika itu menjawat jawatan besar di PMBK.

Namun sebagaimana biasa sikap dan sifat hipokrit & materialistik manusia politik, Bazar Tok Guru akhirnya hanya tinggal nama sahaja kerana jolokan terkenal kini di panggil Lubang Kubur Tok Guru gara-gara laluan pejalan kaki yg sempit dan keluasan asal diubah menjadi semakin kecil gara-gara ada pihak mengejar keuntungan.

Harga asal setiap lot RM40,000.00 utk 12 x 15 kaki kini di jual dengan harga rm70,000.00 – 80,000.00 hanya utk keluasan 8 x 10 kaki sahaja. Daripada konsep utk membantu peniaga hasilnya kini bertukar menjadi lubuk membina keuntungan sebelah pihak.

Dengarnya kerajaan negeri pimpinan Nik Aziz di anggarkan kerugian sekitar RM50 juta hasil negeri kerana terpaksa membayar gantirugi RM23 juta kepada syarikat yg membangunkan Bazar Tok Guru dan lebihkuran RM30 juta lagi akibat kehilangan tanah yg kini menjadi milik syarikat tersebut.

Itu serba sedikit fakta dan angka yg ditunjukkan oleh blogger Kickdefella, kita semua ketahui penglibatan Kickdefella bersama Husam Musa dan Pas kelantan sejak beberapa tahun lalu hinggalah beliau berkerat rotan berpatah arang dgn Pas Kelantan berikutan isu melibatkan menantu Nik Aziz di PMBK.

Jadi dalam isu ini nyata beliau memiliki kredibiliti apatah lagi hingga kini pihak kerajaan negeri masih gagal menjawab dakwaan yg dikemukakan.

Kini kita pergi pula menyelusuri keluh kesah penduduk di dalam DUN Chempaka yg diwakili oleh Nik Aziz sendiri. Khabar terbaru rupanya setelah lama bersabar, akhirnya rakyat bangkit meluahkan perasaan apabila mereka mengadakan perhimpunan aman mendesak Nik Aziz dan kerajaan negeri menyelesaikan masalah jalan-jalan yg rosak sejak 7 tahun lampau.

Seramai 50 orang penduduk mewakili sejumlah 5000 penduduk daripada 5 buah kampung telah hadir meluahkan perasaan mereka selama 20 minit di Kampung Pantai Sabak.

Barangkali bagi segelintir kita isu ini boleh dianggap remeh kerana yg berhimpun hanya 50 orang sahaja, namun kesannya bukan sedikit kerana apa yg diprotes itu melibatkan kawasan yg diwakili oleh Menteri Besar sendiri.

Entah di mana letaknya air muka Nik Aziz, jika dalam kes Bazar Tok Guru atau Lubang Kubur Tok Guru dilaporkan RM23 juta dibelanjakan demi menjaga maruah beliau, tapi dalam hal kebajikan rakyat kawasannya sudah 7 tahun terabai tanpa pembelaan.

Agaknya betul bagai dikata ramai orang, Nik Aziz hanya gah bila memegang microphone dan nampak jujur amanah bila berceramah, hakikatnya beliau tetap seorang politikus yg hanya mahir berucap tapi gagal bila berkhidmat.

Bazar Tok Guru dan keluhan rakyat di Chempaka hanyalah gelodak awal di jiwa rakyat, tidak dapat tidak dalam PRU akan datang gelombang kebangkitan rakyat Kelantan tidak mustahil bakal mengikuti arus perubahan sepertimana yg berlaku di DUN Galas tempohari.

2 thoughts on “Jasa Nik Aziz Yang Akan Dikenang…

  1. Pingback: Kail Panjang Sejengkal… « XPressMinda

  2. masa telah tiba utk menghukum nik ajis setelah diberi peluang 20 tahun merosak kan kelantan..dia dan menantu perangai lebih kurang sama je

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s