Bila Pas Memainkan Isu Jenazah…

Mengikut laporan Harakahdaily, PM tidak mempedulikan jenazah Setiausaha UMNO Cawangan Felda Tenang yg dikatakan telah diletakkan  di Masjid Felda Tenang sejak jam 10.00 pg lagi.

Dalam masa hanya beberapa jam selepas siaran di Harakahdaily berita tersebut yg hanya bersandarkan kenyataan seorang saksi telah tersebar ke seluruh jagat maya hasil daya usaha ramai penglipurlara intelek murahan pro Pas.

Respon yg diperolehi sebahagiannya meletakkan Najib sebagai pemimpin yg tidak prihatin dan tidak berjiwa rakyat. Manakala sebahagian lagi kelihatan agak mual dan memandang jijik cubaan Pas mempolitikkan kematian seorang hamba Allah.

Hari ini ternyata berita tersebut hanyalah fitnah dan dongengan Pas semata-mata. UMNO Online dan Blogger Pisau.Net berjaya memberi penjelasan yg tepat dan bernas utk menyanggah pembohongan jahat Harakahdaily & penyokong Pas berhubung isu jenazah Setiausaha UMNO Cawangan, arwah Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61.

Klik sini dan sini utk lebih memahami penjelasan tersebut seperti yg diceritakan oleh Imam Masjid Felda Tenang &  jiran arwah.

Berikut pula beberapa fakta yg mampu membongkar penipuan Harakahdaily tersebut.

1.) Arwah Abdul Latif Subhi bin Mohd Din, 61 adalah Setiausaha UMNO Cawangan Kolam Air dan bukannya dari Cawangan Felda Tenang seperti di dakwa oleh Harakahdaily.

2.) Arwah tinggal di Bandar Segamat manakala Felda Tenang adalah kampung arwah.

3.) Proses penggalian kubur diuruskan oleh Hj Hamzah Abd Manaf (AJK Khairat Kematian).

4.) Masjid Felda Tenang telah menghantar sebuah van jenazah utk mengambil jenazah arwah di Hospital.

5.) Jenazah arwah telah diuruskan dan disembahyangkan oleh ahli qariah di Hospital kemudian  jenazah di hantar ke Felda Tenang dan sampai di Masjid Felda Tenang pada jam 11.30pg.

6.) Bilal Masjid Felda Tenang, Mohd Yusof Hashim, Pengerusi Jawatankuasa Masjid bersama Pengerusi Jawatankuasa Khairat Kematian, Hj Md Salleh Md Ali telah menyambut ketibaan jenazah di Masjid Tenang pada jam 11.30pg.

7.) Arwah telah selamat dikebumikan selepas solat Zohor. Manakala ketibaan PM adalah selepas selesai urusan pengkebumian jenazah.

8.) Dato Maulizan Exco Johor & Dato Shamsul Ketua Penerangan Johor turut hadir ke Masjid Felda Tenang sewaktu urusan jenazah & solat jenazah di masjid tersebut.

Selepas membaca fakta-fakta berikut, cuba kita berfikir sejenak… adakah patut sebuah parti melabelkan dirinya sebagai parti Islam memutar belitkan kenyataan hanya semata-mata utk memenuhi tuntutan politik kepartian?

Dan kita patut renung sejenak penjelasan berikut yg diberikan oleh Imam Masjid Felda Tenang;-

“Saya kemudiannya bertanya kepada Hj Hamzah perkara berkenaan dan dijawab oleh beliau bahawa perkara itu berlaku terlalu pantas. Saya kemudiannya mahu menunaikan solat jenazah bersama beberapa penduduk yang lain, namun jenazah terbabit telah diangkat secara tergesa-gesa oleh sekumpulan yang memakai baju tertera lambang Pas,” katanya.

Apa punya keparat begitu tergesa-gesa mengangkat jenazah sambil memakai baju berlogokan parti politik? Bukankah di situ sudah jelas ada motif tersirat Pas disebalik isu ini?

Patutkah soal fardu kifayah dan ibadah dalam menyempurnakan jenazah di jadikan modal politik parti semata-mata utk menjatuhkan air muka Perdana Menteri hanya kerana berlainan parti & pegangan politk?

Tepuk dada tanya akal. Sesungguhnya dunia politik Malaysia sudah terlampau jauh melencong gara-gara sikap terdesak ramai jibraun politik yg mengejar pangkat duniawi. Mulut gah berceramah siang malam soal memperjuangkan Islam, namun hakikatnya hanya menjadi pemanis mulut dan modal utk mencari undi sahaja.

2 thoughts on “Bila Pas Memainkan Isu Jenazah…

  1. Pingback: Matlamat Menghalalkan Cara… « XPressMinda

  2. Pingback: Isu Jenazah: Pas Bakal Tersungkur Kerana Sebar Fitnah « XPressMinda

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s